Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Friday, November 30, 2012

Bab 18 - Keraguan


Sakit. Sakit, kenapa aku rasa sakit. 
Sejuk, badanku terasa sejuk....
Kat mana aku ni sekarang..Nape terasa berat sangat badan..?

Dirasakan dirinya dalam keadaan berbaring, tanpa sebarang urat benang. Matanya sukar nak dibuka, apatah lagi nak berfikir dengan sebaik mungkin.
Namun dia ada terdengar suara-suara yang kurang jelas, berada di tempat yang sana dengannya kini. Siapa..? Tak jelas untuk difahami.
Beberapa saat kemudian, satu bunyi bingit dan kuat kedengaran. Seperti bunyi mesin pemotong, atau gergaji.
Takut, hatinya berdebar-debar dengan tiba-tiba. Nafasnya turun naik dengan laju. Di kala itu jua, darah yang banyak terpancut ke udara diiringi dengan jeritan yang kuat... 

----

Kerlipan biru berkelip di terminal kawalan pemandu menandakan yang mereka telahpun tiba ke destinasi, bulan Titan. 
Ikmal memeriksa semua sistem sensor kawalan dekat dan jauh untuk memastikan keadaan terkawal, dari dalam mahupun luar kapal GAIA.
Di samping itu, dia juga berasa pelik dengan apa yang ditemuinya. 

" Lee Yong, sensor imbasan bio mengesahkan tiada sesiapa pun berada di stesen tersebut " 

" Kapal? " 

" Takda langsung " 

Takkan kedua-dua pasukan ARCO dan ARGO dah meninggalkan stesen kajian mineral tersebut? Mustahil. Sepatutnya mesti salah satu pasukan akan standby, fikirnya.

Dia menekan butang komunikasi untuk berhubung terus dengan Pusat Angkasa, diharap agar dia dapat maklumkan perkara ini pada Laksamana Rudin seperti yang diarahkan oleh Ezwan. Dalam beberapa saat kemudian, dia menerima maklum balas menandakan komunikasi berjaya dihubungkan dan kini terpapar visual seorang lelaki di skrin visual hadapan.

Lelaki tersebut tidak menyerupai Laksamana Rudin, tapi Lee Yong sedikit sebanyak mengecam wajah lelaki itu.

" Tuan, saya Lee Yong dari kapal angkasa misi dan menyelamat KD 2006 GAIA ingin menyampaikan laporan segera kepada Laksamana Rudin " 

" Laksamana Rudin sedang bercuti sementara waktu sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Kamu boleh laporkan terus pada saya " suara yang agak keras dan tegas, ibarat seorang kommander tentera.

Lee Yong kurang pasti kini. Seingat dia misi yang dijalankan mereka sekarang adalah sulit dan hanya perlu dilaporkan pada  Laksamana Rudin sahaja.
Dia gusar. Apa yang akan Ezwan lakukan kalau dia di sini? 

" Mana kapten kamu, Ezwan ? " lelaki itu bertanyakan pula. Sedikit sebanyak dia tahu siapa kapten kapal GAIA. Tapi siapakah dia?

" Maaf tuan. Saya tak boleh nak terangkan segalanya. Saya hanya boleh laporkan pada Laksamana Rudin sahaja "  Bagi Lee Yong, ini mungkin tindakan yang akan diambil oleh Ezwan selama dia mengenalinya. 

Lelaki tersebut sekadar mengeluarkan batuk kecil sahaja, di samping tersenyum kecil, sinis. Orangnya berbadan besar sedikit dan berambut pendek paras telinga sahaja. Berumur dari segi wajahnya yang berkedut dan berambut hitam kelabu.

" Seperti yang saya katakan tadi, Laksamana Rudin sedang bercuti dan segala urusan berkaitan dengan misi GAIA boleh dilaporkan kepada saya. Ikut apa yang saya arahkan, Lee Yong! " Keras nadanya di akhir ayat tersebut tu.

Tekak Lee Yong berasa kering. Dia memandang ke arah Ikmal yang juga kurang pasti apa yang sedang berlaku sebenarnya. Namun pandangan mata Lee Yong seakan-akan memberikan signal pada Ikmal untuk melakukan sesuatu. Secara tiba-tiba, komunikasi di antara mereka mula terjejas ibarat kehilangan signal.
Lee Yong sekadar menyuarakan signal kurang baik sebagai maklum balas kepada lelaki itu sebelum terputus terus.

Dia menarik nafas sebaik mungkin seketika, di samping memberikan isyarat bagus pada Ikmal di atas tindakannya itu.
Mungkin benar apa yang dikatakan lelaki itu, tapi dia berasa was-was. Kalau benar Laksamana Rudin mengambil keputusan cuti sakit, tentu dia akan maklumkan kepada GAIA segera dan siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk memantau misi mereka. 

" Ikmal, pasti takda sebarang maklum balas dari stesen tersebut? Sensor jarak jauh di sekeliling ada apa-apa tak? " 

" Positif, tiada apa pun kat sana " jawab Ikmal sambil memeriksa semula sensor. Ada sesuatu yang berhampiran, sebuah kapal angkasa, statik...

" Lee Yong, ada sebuah kapal angkasa yang berada 2 kelajuan cahaya jaraknya dari kita. Saya tak dapat pastikan jenis kapal tapi ianya berskala kecil " 

Siapa? Arco atau Argo? Atau ULF? Mungkinkah mereka telah diekori tanpa sedar.

" Status kita? " 

" Masih dalam keadaan "cloaking", jadi mustahil bagi mereka untuk mengesan kita menggunakan sensor sedia ada " 

Dengan adanya teknologi "cloaking" membolehkan GAIA ghaib dari pandangan visual mahupun sensor. Kelebihan yang ada bagi mereka.

" Beredar dari sini dan menuju semula ke Pluto. Segera! " arah Lee Yong.

Berhubung dengan Angkasa tapi bukan dengan Laksamana Rudin, dan tiada sesiapa pun di stesen Titan. Mana perginya Arco dan Argo. 
Andai apa yang dikatakan oleh Ezwan itu memang benar yakni adanya krew Arco di Pluto, bermakna Arco dan Argo sedang berada di sana sekarang ini.
Tapi kalau ya, kenapa tak dapat dikesan mereka setibanya di sana...

GAIA terus ghaib dari situ menuju ke Pluto dengan serta merta.

---

Lelaki itu tidak marah mahupun kecewa apabila komunikasi di antaranya dengan Lee Yong terputus.
Misi asal masih lagi berjalan tanpa sebarang perubahan.

" ARGO, ekori GAIA dengan segera. Bertindak bila tiba masanya " arahnya pada saluran komunikasi yang kedua digunakannya.

" Baik Tuan " 

Dia bersandar, sambil menghalakan pandangan ke arah cermin pejabatnya. Sinaran cahaya matahari mulai malap, dengan awan berkumpul perlahan-lahan.
Hujan akan turun sebentar lagi..

Dia hanya tersenyum sendirian. Sama ada hujan lebat mahupun renyai, keputusannya tetap sama bagi dia.

No comments:

Post a Comment