Bab 6
Air panas membasahi seluruh tubuh badan Ezwan. Rasa peluh dengan badan yang lekit sebentar tadi hilang dengan segarnya, setelah meluangkan masa untuk bersenam di mini-gym yang terletak di aras 2.
Dia harus mengekalkan kecergasan sedia ada kerana itu adalah sebahagian rutin yang harus dijalani oleh semua ahli krew GAIA. Di samping menjadi persiapan di mana dia harus menempuh cabaran fizikal yang tak terkata dan mesti berada pada keadaan mental yang stabil.
Selesainya mandi, jam baru sahaja mencecah angka 20.00 (8pm). Serentak dengan itu, dia menerima panggilan interkom dari Lee Yong.
"Kapten, krew senior sudah bersedia di dalam bilik mesyuarat tuan."
"Ok Lee Yong. Saya akan ke sana kurang dari 10 minit."
Ezwan berdiri kaku seketika apabila pandangannya ke arah satu potret gambar kecil di sisi katilnya. Gambar yang memaparkan kemesraan dua orang ketika bercuti di pulau Langkawi seminggu selepas mereka disatukan.
Air mata mula mengalir tanpa dia sedari. Sejak akhir akhir ini, dia merasakan dirinya lemah dan mudah tewas. Tewas kepada emosi dirinya semenjak dia menerima makluman tentang perkara yang sebenar tentang BLEU. Sebelum ini dia terpaksa menerima hakikat akan kehilangan-nya. Tetapi kini, ada cebisan harapan walaupun tipis yang dia masih hidup lagi. Cuma semenjak setahun ini, dia telah berlaku curang padanya. Dan dia tidak pasti apa yang perlu dilakukan jika ianya benar. Adakah dia harus memilih? Bagaimana dengan Zura pula?
Dia mengambil nafas perlahan-lahan lalu menyiapkan diri untuk bertemu dengan krew senior yang lain. Apabila dia melangkah keluar dari biliknya, dia sedari akan kehadiran Zura yang sedang menyandari di sebalik dinding sambil berpeluk tubuh dan merenung ke arahnya.
"Zura, nape awak kat sini?"
Zura membetulkan helaian rambut di depan dahinya. Pandangan matanya jelas menuntut jawapan yang diinginkan semenjak kebelakangan ini, namun dia sedari ianya bukanlah sesuatu yang mudah baginya apatah lagi pada Ezwan itu sendiri.
Ezwan dapat mengagak sebab kehadiran Zura di situ. Namun ianya bukanlah masa yang sesuai mahupun sesuatu yang boleh dikongsikan kepada Zura, walaupun dia sedari Zura berhak jika mereka berdua ingin kekalkan hubungan sedia ada.
Dengan tidak semena-mena berlakunya gegaran yang melanda GAIA dan menyebabkan Zura hilang keseimbangan dan terjatuh. Namun gegaran itu hanya berlaku kurang dari 5 saat sahaja dan tiada apa-apa yang berlaku kemudian.
Ezwan segera membantu Zura dan memastikan dia tidak mengalami kecederaan.
"I ok, " kata Zura sambil memegang lengan Ezwan tika dia bangun untuk berdiri.
"Kapten, ada sesuatu yang berlaku. Sila datang ke bridge tuan."
Bunyi interkom kedengaran dan jelas dari nada Ismail pastinya sesuatu yang kurang baik.
Dia bergegas masuk ke dalam lif turbo dan menuju ke bridge tanpa lengah-lengah sambil diikuti oleh Zura.
Sampainya di bridge, dilihat Jasmin dan Lee Yong sedang sibuk meneliti sesuatu di stesen masing-masing.
Ikmal yang sedari akan kehadiran Ezwan terus menyatakan sesuatu.
"Kapten, gegaran kecil yang kita alami tadi adalah disebabkan oleh medan tenaga asing yang melekat di bahagian belakang kapal telah melepaskan diri secara tiba-tiba."
"Melepaskan diri? Bagaimana tu?"
Lim yang berada di bridge tampil untuk menerangkan.
"Apa yang telah saya dan team saya jumpa ketika menyiasat dengan lebih lanjut tentang medan tenaga tersebut, ianya lebih kepada organik entiti dan cuba untuk menyerap tenaga dual matter pada penghujung kapal di bahagian enjin nacelles."
Enjin nacelles terletak di luar kapal dan berada di kedudukan bawah dan hampir pada penghujung kapal angkasa GAIA. Ianya merupakan kunci utama untuk penjanaan kelajuan warp di mana kuasa reaktor dual matter akan menyalurkan tenaga di situ apabila kelajuan warp digunakan. Tetapi di mana ianya terletak tidak diketahui pihak luar kerana ianya dilindungi dengan 2 bahagian sayap kecil di kedua belah sisi.
"Awak pasti Lim?"
Ezwan inginkan kepastian. Ini merupakan satu perkara yang serius kerana jika ada kerosakan berlaku pada nacelles tersebut, maka ianya akan mendatangkan kesulitan yang teruk bagi mereka.
"Positif kapten. Saya dah triple check bersama-sama dengan Encik Ikmal sekali. Tetapi apa yang boleh kita pastikan adalah entiti organik tersebut tidak berjaya untuk menyerap tenaga reaktor, malah ianya seperti menumpang tanpa sebarang kesan."
"Pastu camna dengan spike yang kamu jumpa ketika external scan?"
"Analisis yang kami lakukan mendapati bahawa spike tersebut adalah berpunca dari tenaga yang dihasilkan oleh entiti organik tersebut."
Sebelum sempat untuk Lee menjawab, Ismail dengan tidak semena-mena bersuara memanggil Ezwan.
"Kapten! Ada sebuah kapal angkasa telah dikesan berhampiran dengan kita. Jenis kelas Intrepid dan mengikut pada rekod database kita, ianya milik ESF."
Ezwan dan Ikmal berpandangan sesama sendiri. ESF di sini? Kebetulan atau ...
"Jasmin, status kapal tersebut?"
Ezwan menoleh ke arah Jasmin. Dilihatnya wajah Jasmin yang cuba mendapatkan jawapan untuknya.
"Kapten, mereka telah mengaktifkan sistem senjata dan dalam mode shield."
"Serangan ?" bisik Ikmal kepada Ezwan.
Ezwan berfikir sejenak. Baginya tiada sebarang sebab untuk kapal ESF tersebut untuk menyerang mereka malahan mereka adalah bersekutu walaupun ESF dan ANGKASA adalah dari dua organisasi yang berbeza. Cuma dari segi perlaksanaan dan penguasaan menyeluruh adalah di bawah ESF itu sendiri.
"Lim, pergi ke bilik kejuruteraan dengan segera. Kita mungkin akan ada sedikit persengketaan."
Lim terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia sudah berkhidmat hampir 15 tahun di angkasa lepas dan tidak pernah berlaku sebarang persengketaan dengan mana-mana pihak. Ini bakal menjadi yang pertama kali.
"Ba.. baik, kapten." Lim terus melangkah keluar dari bridge dan segera ke bilik kejuruteraan tanpa lengah.
Ezwan menoleh ke arah Lee Yong dan Jasmin. Lee Yong yang berumur lewat 20-an itu dan juga Jasmin masing-masing sedang menunggu arahan seterus darinya.
Dia menoleh ke arah Nik yang sedang asyik menaip sesuatu di terminal stesen yang terletak di sebelah kanan ruang kawasan bridge itu. Sebentar kemudian dia menoleh ke arah Ezwan dengan riak wajah yang bersahaja.
"Kapten, saya dah mengenalpasti model dan identiti kapal tersebut. Kod identiti NCU-3301A. Nama kapal adalah Excelsius."
"Excelcius? Betul ke Nik?" soal Ikmal yang inginkan kepastian.
"Awak pernah dengar ke tentang Excelcius?" tanya Ezwan yang baru sahaja duduk di atas kerusinya yang berada di belakang stesen navigasi yang dikawal selia oleh Ismail.
"Encik Ikmal, ianya positif tuan, " balas Nik.
Ikmal mengeluh kecil. Dia semestinya pernah dengar tentang Excelcius sebelum ini, tetapi hanya dalam bentuk khabar angin sahaja.
"Apa dia Ikmal. Tell me." Tegas Ezwan yang jelas kurang selesa.
Sebelum sempat untuk Ikmal menjawab, Ismail mencelah.
"Kapten, kapal itu dah sampai. Di hadapan kita tuan."
"On-screen."
Visual layar yang menyala di hadapan ruang bridge tersebut memaparkan satu bentuk kapal angkasa yang hampir sama dengan reka bentuk GAIA. Cuma dari segi warna ianya lebih kepada hitam merah dengan tanda nama Excelcius tertera di bahagian tepi kapal itu.
Ezwan dan yang lain terkejut dengan apa yang dilihatnya. Setahu mereka semua setiap kapal angkasa dari pihak berlainan adalah berbeza mengikut pada perjanjian yang termaktub ketika semua pihak dari serantau bumi bergabung di bawah ESF.
"Kapten, mereka cuba untuk berkomunikasi tuan, " kata Lee Yong apabila stesen terminalnya menerima isyarat panggilan.
Ezwan merenung ke arah Ikmal yang masih lagi tidak menjawab soalannya tadi. Dia hanya mengeluh kecil sebelum memberi isyarat kepada Lee Yong. Seketika kemudian visual layar di depan mereka memaparkan seorang lelaki yang berpakaian seragam warna hitam dalam suatu ruang yang gelap dan tidak menampakkan wajahnya dengan jelas.
"This is Captain Ezwan of the Angkasa's spaceship Gaia. May i know who are you and what this is about?" soal Ezwan tanpa berlengah-lengah.
"I know who you are captain Ezwan. Nice knowing you and your crew, " balas lelaki tersebut dengan suara yang lancar dan jelas.
"Seems you have the advantages of knowing me, but you have yet to introduce yourself."
Lelaki itu hanya ketawa kecil. Dilihatnya sedang menghirup minuman dari cawan yang tersedia di sebelah kanan kerusi yang didudukinya.
"You`ll know in due time. I`m here just to deliver a personal message to you and your crew."
Ezwan terdiam seketika. Dia menoleh ke arah Ikmal yang sedang berpeluk tubuh.
"I did not expect to have someone that i do not know of to personally send me and my crew a personal message. What would be the message?"
Ezwan menoleh ke arah Jasmin yang berada di belakang sebelah kirinya. Dari riak wajah Ezwan, Jasmin dapat mengagak apa arahan seterusnya. Dia dengan secara perlahan-lahan mengaktifkan mode pertahanan dan sistem senjata.
"Here is the message. Hahaha..." lelaki itu ketawa terbahak-bahak sebelum visual lelaki tersebut terpadam dan kemudian memaparkan satu peluru torpedo telah dilepaskan dari kapal angkasa Excelcius.
"Ismail!" jerit Ezwan.
Ismail dengan segera mengundurkan GAIA ke belakang.
"Lim, maksimum power!" arah Ezwan melalui interkom.
"Ya kapten."
Penggunaan kuasa reaktor dual matter dipertingkatkan ke peringkat maksimum dan secara langsung menguatkan integriti dan sistem pertahanan GAIA
"Jasmin?" toleh Ezwan ke arah Jasmin pula.
"Medan perisai dah diaktifkan tuan."
Namun apa yang berlaku adalah di luar dugaan.
Peluru torpedo tersebut berjaya menembusi medan perisai GAIA dan mengenai sayap kiri bahagian belakang.
No comments:
Post a Comment