Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Sunday, September 4, 2011

Prolog

Malam yang sunyi dan sejuk menyelubungi suasana perkampungan kecil di utara negeri tersebut. Kebiasaanya suasana adalah meriah dan penuh dengan gelagat penduduk di situ.. Namun di hari ini, suasananya adalah amat berlainan sekali.

Kesan tompokan darah menyinari jalan-jalan dan lorong-lorong kecil perkampungan tersebut. Remukan pintu dan serpihan kaca tingkap terdapat di kebanyakkan perumahan kecil di situ. Angin bertiup kencang mengiringi bau hanyir yang berpunca dari satu bangunan besar di pertengahan kampung tersebut.


Jejak langkah seorang lelaki kedengaran. Air peluh dingin membasahi dahinya.


Bola matanya melihat ke arah sekeliling kawasan tersebut dengan penuh ketakutan dan berwaspada.


Tangannya menggenggam erat cangkul yang diperolehinya dari laman kebun yang dilaluinya awal tadi. Langkah kakinya mulai berat dan berhati-hati. Dilihatnya pada langit dan kelihatan burung-burung gagak bertempiaran sana sini, seperti mencari sesuatu.


Sinaran cahaya bulan menyinari permukaan wajahnya. Dia yang berambut pendek, warna perang hitam dan bermisai nipis menelan air liur tergamam dengan apa yang dilihatnya.


Tulang tengkorak yang agak segar dengan kesan darah dan cebisan daging haiwan kucing yang berkecai terlantar di depan jalannya. Tengkorak kepala manusia....


Dilihatkan jam tangannya menunjukkan 10.45pm. Dia memeriksa telefon bimbitnya namun hampa kerana tiada signal untuk membuat panggilan. Andai dia berpatah balik, perjalanan ke arah stesen polis berhampiran akan mengambil masa 45 minit sekurang-kurangnya.


Tujuan untuk menziarahi kawan lamanya di malam ini tidak disangkanya akan menjadi sedemikian rupa. Dia keseorangan, kini..... Namun...


Dia bersandar serta merta di tepi rumah papan tersebut. Rumah yang agak malap dengan cahaya lilin menyinari ruang dalamnya. Kedengaran bunyi pernafasan yang agak kasar menghampiri tempat dia berlindung.


Rasanya seperti seseorang yang sukar untuk bernafas dan juga dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. Titisan darah mengalir dari tangan kirinya, berpunca dari kecederaan seperti dicakar oleh kuku haiwan yang ganas.


Rambut panjangnya mengabui pandangannya yang mulai kabur. Gadis di awal lingkungan 20-an cuba memaksa diri untuk melarikan diri dari perkampungan tersebut. Namun, kecederaannya menyukarkan sedikit pergerakannya.


Dia yang asalnya bersama 2 orang rakan karibnya sekadar singgah di situ untuk bertanyakan jalan, namun kini hanya dia seorang sahaja yang tinggal.


2 rakan karibnya hilang begitu sahaja tanpa diduga. Langsung tak dapat dikesan, malahan dia pula secara tak langsung diserang oleh burung gagak yang berkeliaran di langit, seperti kelaparan dan mencari makanan tanpa mengira sama ada makanan itu adalah manusia mahupun haiwan.



Lelaki tersebut berasa lega kerana didapatinya ada orang lain selain dia di situ. Dia segera melangkahkan diri ke arah gadis tersebut sambil matanya melihat sekeliling dengan penuh teliti. Suasana yang sejuk segera menyelubungi sekitar kawasan tersebut.

Gadis itu terduduk tatkala dia dihampiri oleh lelaki tersebut. Dia ternyata gembira namun was-was dengan apa yang sedang berlaku. Tidak semena-mena muncul jua seorang lelaki yang tidak dikenalinya berada di hadapannya, apatah lagi dia menyangka 2 rakannya yang akan muncul sebaliknya. Dia terkejut apabila disedari tangan kiri lelaki itu memegang cangkul namun dia berasa lega apabila cangkul tersebut diserahkan padanya.

Dia bingkas bangun dan dipapah ke arah rumah yang disinari cahaya lilin, yang berdekatan dengan mereka berdua. Yang peliknya rumah lain semuanya gelap gelita.

Pintu rumah tersebut dibuka dengan perlahan. Apa yang ada hanyalah beberapa lilin yang dinyalakan dalam rumah tersebut. Agak kecil ruang tamu rumah tersebut dengan hanya sebuah kerusi, meja kecil dan sebuah katil. Tiada bilik mandi mahupun ruang memasak.

Lelaki tersebut segera menuju ke penghujung rumah kecil itu untuk meneliti apa yang perlu. Dilihatnya kesan darah di sekitar lantai tersebut, dengan pakaian bewarna biru muda di tepinya. Wanita tersebut tersentak.

Pakaian itu serupa dengan apa yang dipakai oleh salah seorang rakannya. Adakah kawannnya cedera, atau lebih dari itu. Apa yang sudah berlaku...?

Dia berpaling ke arah lelaki tersebut. Kerisauan dan ketakutan jelas terpancar di wajah mereka berdua.

DUMMM!!!!