Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Thursday, November 15, 2012

Bab 12 - Komunikasi


Nik sedang bertungkus lumus membetulkan lintasan wayar komunikasi di samping cuba mengkalibrasikan signal yang sedia ada.
Kerosakan yang sedia ada tidaklah teruk berbanding apa yang dia jangkakan awal tadi.

Beberapa konsol komputer yang lain berjaya dibetulkan oleh Lee, dan salah satunya adalah 'back up video audio log'.
Dia cuba mengakses fail yang sedia ada, namun processor komputer itu masih lagi tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Rohaizah mengumpulkan mayat-mayat yang ada di bilik komunikasi itu. Ada 4 mayat kesemuanya, 3 lelaki dan seorang perempuan.
Dikumpulkan mereka di penghujung kanan bilik tersebut. Manakala mayat yang dikenali sebagai Anie itu juga diletakkan di tempat yang sama.
Rohaizah bingung..
Dia memikirkan sesuatu yang kurang pasti..seakan pernah berjumpa dengan 2 daripada mayat ini..

Nathan mulai sedar dari pengsannya itu.
Sakit yang ada meyukarkan dia untuk benar benar fokus pada situasi kini.
Cuma dia berasa lega kerana Jasmeen sedang berada di sisinya, dan sekadar fokus memeriksa tablet tri-korder untuk memeriksa semula skematik BLEU B.

Ismail pula termenung, entah apa jua yang sedang difikirkannya kini.
Walaupun sebagai Pegawai Sains yang sentiasa terbuka untuk menjumpai apa jua perkara saintifik yang aneh dan pelik, Ismail gagal untuk menangani keadaan yang berlaku sekarang.

Anie, adalah kenalan yang dia jumpa ketika GAIA singgah ke Titan 6 bulan yang lepas untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.
Krew GAIA meluangkan masa selama 7 hari sambil berkenalan dengan pasukan ekspedisi ARCO dan ARGO, dan di situlah dia berkenalan dengan Anie yang merupakan salah seorang krew ARCO.

Anie baginya adalah seorang yang manja, manis dan secara tidak langsung berjaya menawan hatinya walaupun baru berkenalan.
Walaupun Anie tidaklah secantik mana dan kurus secara fizikal, namun ia bukanlah satu masalah baginya.

Ezwan sedar akan hubungan di antara Ismail dan Anie tatkala menerima kunjungan Pegawai Sains dan Perubatan pasukan ekspedisi ARCO, Dr Eliza.
Dr Eliza kurang senang dengan hubungan yang tak secara langsung terjalin di antara mereka berdua, lantas mempengaruhi keseluruhan komitment pasukannya.

Dilihatnya semula ke arah mayat Anie itu....
Ibarat dia telah dibedah atau dieskperimen menjadi sedemekian rupa..
Menjadi satu entiti yang bukan lagi manusia, am-nya,
Tapi bagaikan makhluk ULF
Dengan anggota badannya diubah menjadi 4 kaki ataupun tangan, bersenjatakan kukunya yang tajam.
Ini termasukkah dengan adanya tambahan satu mata yang lain dari yang lain.

Rohaizah telahpun memeriksa mayat Anie dan hanya dapat memberikan sedikit makluman berdasarkan analisis-nya.
Dia tidak dapat melakukan selebihnya kerana kurang kepakaran yang tertentu, dan juga dari segi kelengkapan yang diperlukan di mana ianya hanya dapat dilakukan di bilik perubatan GAIA.

Mengikut imbasan tablet tri-kordernya, tubuh fizikalnya telahpun diubah 80% dengan organ-organ utama tiada langsung, ibarat dikeluarkan.
Dia kurang pasti apa yang terkandung di dalamnya sekarang...
Anggota kaki dan tangannya adalah berlawanan sama sekali.
Tangan di kaki dan kaki di tangan...dengan sedikit penambahan pada jari jemari.
Dipotong dan dipasang semula...

Awalnya dia ingin mengatakan sesuatu pada Ezwan berkenaan dengan mayat wanita yang diperiksanya tadi,
Kecederaan yang dialami wanita tersebut dengan 3 orang yang lain adalah sama,
Dan kematian mereka adalah kurang dari 48 jam, lebih kurang 2 hari yang lepas.

" Kapten " Nik segera memanggil Ezwan, apabila dia berjaya mengaktikfan signal komunikasi yang sedia ada itu.

" Saya berjaya pulihkan komunikasi yang ada, tapi masih belum kalibrasikan sepenuhnya "

" Boleh kita gunakan untuk hubungi GAIA? "

" Signal isyarat komunikasi yang sedia ada ... seperti dihalang oleh sesuatu, frekuensi yang tidak dikenali. Tapi saya boleh boostkan signal untuk hubungi GAIA, cuma ia mungkin tak lama " terang Nik. Berkerut dahi, frekuensi asing ....dalam pemikirannya.

Siapakah yang sedang menghalang mereka.
Kenapa Anie di sini walhal dia sepatutnya berada di Titan.
Ada orang lain ke selain dari pasukannya datang ke P5?
Pelbagai persoalan bermain di dalam fikirannya.

" Nik, cuba hubungi GAIA dengan segera" arahnya tanpa berlengah lagi.

---

" Azlindah ke?"

Zura dan yang lain berpandang sesama sendiri, kecuali Raymond.
Tertanya-tanya...

" Apa dah jadi dengan Lindah?" tanya Raymond pada Lee Yong.

Azlindah di waktu lapang pernah meluangkan masanya berbual dengan Raymond di stesen kejuruteraan.
Mereka berkongsi banyak perkara, dan menjadi kawan yang rapat.
Apabila dia terdengar sesuatu berkaitan dengan Azlindah, hatinya kurang tenteram.

Beep!Beep!

Lampu hijau berkelip di monitor Lee Yong.
Isyarat komunikasi, ada seseorang cuba menghubungi GAIA.
Isyarat tersebut datangnya dari luar, dari BLEU B.

Lee Yong segera menjawabnya.

" ... hello? "

".....Lee....Ong.... Lee Yong, ini...Ez....wan..." suara yang didengarinya agak kabur dan terputus-putus.

" Lee Yong, ini Ezwan. Dengar tak ?"

" Dengar, kapten" . Lega rasanya apabila mendengar suara Ezwan.

Ekspresi yang sama juga terbayang di muka yang lain.

" Saya tak boleh lama-lama sebab isyarat tak stabil, jadi dengar baik-baik.  "

" Kami sekarang berada di bilik komunikasi, jauh dari bilik senjata. Ko-ordinat skematik mungkin tersilap ketika 'transport' dari GAIA ke sini. Nathan tercedera ringan, ada 5 mayat kat bilik ni termasuk mayat seorang yang bernama Anie. Dia sepatutnya berada di Titan. " Mesej yang disampaikan pendek tapi agak mengelirukan.

" Hubungi pusat ANGKASA, maklumkan status keadaan kini...." isyarat mula terputus-putus semula.

" Kapten dan yang lain? "

"K.mi........misi................." terputus terus.

Senyap seketika suasana bilik kawalan.

" Kapten?"

Tiada jawapan... senyap...

Zura teringatkan nama yang dikatakan oleh Ezwan tadi.
Anie...
Dia pernah menjalankan sesi kaunseling untuk gadis yang bernama Anie ketika berada di Titan, tapi itu 6 bulan yang lepas.
Adakah orang yang sama..

No comments:

Post a Comment