Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Tuesday, November 20, 2012

BAB 14 - PERSOALAN


Ezwan terkejut namun dia berjaya  mengawal perasaannya itu. Dia harus kuat untuk menangani situasi sekarang.

"Bagaimana boleh terjadi begini?" soalnya dengan penuh cermat dan perlahan.

Jasmeen memandang Ezwan dengan serius. Dia tertanya-tanya adakah kapten-nya ini tidak terkejut.
Apa yang diberitahu Rohaizah tadi sedikit sebanyak telah menyediakan landasan baginya untuk menerima impak kejutan ini.

Ezwan hanya membiarkan pandangan Jasmeen sedemikian, menunggu jawapan lanjut darinya.

" Mengikut imbasan dari trikorder saya menunjukkan skematik yang berlainan berbanding dengan skematik BLEU yang kita terima. Apabila kita tiba di sini tadi, sepatutnya kita dah sampai ke bilik senjata tapi ianya tidak. Jadi saya periksa semula skematik BLEU tadi dan terbukti yang ianya tak sama langsung "

Benar apa yang dikatakan Jasmeen. Mengikut kiraan koordinat tadi, sepatutnya mereka dah sampai ke bilik senjata terus. Dia juga memikirkan apa punca sebenarnya kesilapan tersebut samada disebabkan gangguan signal atau sebaliknya.

" Tapi kenapa bila imbasan GAIA pula menunjukkan ini adalah BLEU B? " soalnya.

Jasmeen berhenti seketika. Baginya ada 2 sebab yang dia boleh fikirkan, tapi dia khuatir salah satu sebab itu menjadi realiti.

" Jasmeen ? "

" Kapten, pertama disebabkan oleh gangguan jaringan elektromagnetik yang mungkin dipancar terus dari kapal ini untuk mengganggu sebarang imbasan yang dilakukan dengan tepat. Salah satu dari mekanisme keselamatan, kalau tak salah saya.

Yang ke-dua, mungkin ada orang yang sabotaj dengan masukkan data palsu ketika imbasan dilakukan " jelas Jasmeen dengan penuh teliti.

Sabotaj? Siapa? Krew kapal GAIA ke? 

Dia kenal semua krew kapal dengan sebaik mungkin. Mustahil ada anak kapalnya yang melakukan sedemikian. Jika ya, kenapa ?
Atas sebab dan arahan siapa? 

" Kapten ! " panggilan Lee menghentikan seketika fikirannya.

" Saya rasa baik tuan tengok log video ini, kapten " katanya. 

Ezwan dan Jasmeen bergerak ke arah monitor video log tersebut. 
Nik terhenti seketika tatkala meyedari yang lain merapatkan diri ke arah Ezwan, kecuali Nathan yang masih berkawal di depan.

Rakaman video yang dirakamkan adalah bertarikh 5 tahun yang lepas. 
Gambar seorang wanita berambut perang sedang memulakan bicaranya.

" Log Kapten bertarikh 15 July 2110 waktu 0030 Bumi. 
Saya Kapten Caroline van Helden di sini ingin merekodkan akan kejayaan keseluruhan krew kapal LIMITLESS dalam kejayaan tiba ke planet Pluto.
Keseluruhan krew seramai 23 orang ini akan memulakan analisa tentang gangguan anomali angkasa yang terbentuk di bulan P5. 
Setakat ini, tiada masalah dilaporkan dan misi yang pertama akan diadakan esok pagi. Sekian "

Rakaman video itu terhenti dengan sendirinya. Wajah kapten Caroline sedikit sebanyak mengingatkan Ezwan tentang seseorang, cantik dan berwajah manis ceria. Di latar belakang video itu menunjukkan gerak geri krew yang lain sedang sibuk menjalankan tugas masing=masing.

"Kapten, bukan ke kita dimaklumkan bahawa LIMITLESS dikerahkan ke sini 2 tahun yang lepas ? Kenapa rekod video tersebut mengatakan 5 tahun pulak ? " 
Persoalan timbul dari bibir mulut Ismail. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? 

Ezwan sekadar mengisyaratkan kepada Lee untuk mainkan video log seterusnya.
Rakaman itu bertarikh 3 bulan kemudian.

" Mengikut kiraan geometrik dan bentuk gelombang yang dibentuk, kami pasti yang gangguan anomali tersebut sebenarnya merupakan satu "pintu" ke ruang angkasa yang lain di sebaliknya. Dalam cubaan kelmarin, Jurutera Sains kami Sona Williams mengesahkan terdapat satu pusaran kecil di tengah-tengah ruang angkasa tersebut.. sebelum kami terputus hubungan dengannya selepas dia ghaib apabila dia menghampiri pusaran itu "

Gembira pada mulanya, sedih di akhirnya. Penemuan sesuatu yang menarik tapi amat berbahaya, fikir Ismail.

Rakaman seterusnya bertarikh 2 tahun kemudian.

" Kami perlukan bantuan kecemasan dengan segera!! NASA, sila repons. Kami diserang oleh sesuatu yang tidak dikenali. Kebanyakkan krew yang ada dah mati termasuk Pegawai Pertama saya. NASA, sila response......" statik rakaman itu sebelum skrinya gelap.

Kucar kacir, dengan beberapa orang krewnya lari bertempiaran dengan mayat bergelimpangan di atas lantai tadi.
Mereka yang melihat video itu hanya mampu berdiamkan diri. 
Diserang ? 

" Ada lagi Lee?" 

" Yang terakhir, 6 bulan yang lepas " kata Lee lalu cuba memainkan rekod tersebut.

Namun apa yang terbayang di dalam video tersebut hanyalah statik sahaja.
Tetapi terdengar juga suara seseorang yang sedang berkata-kata, walaupun kurang jelas.

" Ezwan....i...................................yang krew...................... mati... "

Ezwan dan yang lain tersentak tatkala nama Ezwan dipanggil dalam video itu.
Suara itu walaupun tidaklah jelas, tapi amat dikenali oleh Ezwan.
Wanita yang mungkin diperkatakan oleh Laksamana Rudin.

Tiada apa lagi ayat yang didengari mereka semua, ... sunyi....kosong....tamat.
Persoalan yang baru timbul di kepala masing-masing, secara logik ataupun tidak.

Hidup atau dah tiada lagi....itu sahaja ayat yang bermain-main di dalam kepala Ezwan.
Dia terduduk seketika di atas sebuah kerusi kecil yang terletak berhampirannya. 

" Kenapa kapten? " Rohaizah berbisik perlahan pada Jasmeen.

Jasmeen sememangnya tidak suka untuk menceritakan atau berkongsi sesuatu perkara yang tidak berkenaan dengannya, apatah lagi ia melibatkan hal peribadi kaptennya itu.

" Sorry Rohaizah. Lebih baik u tanya kapten sendiri..." jawabnya terus.

Pandangannya hanya ke arah Ismail dan Lee, memerhatikan reaksi dan gerak geri mereka.
Sama ada mereka sedar apa yang telah berlaku pada kapten, atau fokus pada hal yang lain.

Rohaizah sekadar mengeluh kecil, sememangnya dia tahu itulah yang akan dijawab oleh Jasmeen.
Apa yang harus dilakukannya kini apabila mengetahui keadaan yang dihadapi mereka sekarang.
Takut, dan juga seronok. Perasaan yang timbul baginya kini walaupun bahaya senantiasa menanti mereka semua.

Kesunyian yang menyelubungi suasana itu hanyalah sementara.
Bunyi statik kedengaran di bilik itu melalui speaker seperti ada orang yang cuba menghubungi mereka.
Nik masih lagi mengenalpasti dari mana puncanya tapi dapat mengagak yang ia mungkin berasal dari salah satu bilik di dalam kapal itu, daripada apa yang dia perasan baru baru tadi.

Ezwan bangkit semula sambil menekup wajahnya.
Dia sekadar menepuk pipinya itu, sebagai satu cara untuk menyedarkannya.
Banyak lagi yang harus dilakukan sekarang, apa jua perasaan yang dia ada harus diketepikan sementara demi misi dan juga keselamatan krew kapalnya.
Entah camna keadaan GAIA sekarang, bagaimana Lee Yong dan lain hadapi situasi sebegini tanpanya bersama dengan mereka.

Lee dah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan apa yang perlu namun tanpa kelengkapan lengkap dan juga tenaga kerja yang sesuai, dia terpaksa biarkan sahaja. Tiada apa yang penting dijumpai kecuali log video tersebut, tanda tanya yang tentang apa yang diperkatakan oleh kapten Caroline itu.
Wajah yang masih muda, entahle apa yang dah terjadi pada mereka semua. 
Eksperimen ? Ekspedisi? Kalau ya pun, macam mana nak jelaskan tentang lembaga itu - lembaga yang dicam sebagai Anie.
Dia hanya boleh menggelengkan kepala sahaja. dan mengeluarkan keluhan kecil...

Ismail bergerak ke arah Ezwan. Mereka harus begerak menuju ke bilik senjata, walaupun akan mengambil masa dan jarak yang jauh. 
Walaupun dia berasa sedih dengan apa yang dijumpainya, namun dia harus cekal dan dia bertekad untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku pada Anie. Samada yang dijumpainya adalah benar-benar Anie ataupun tidak.

" Kapten, kita harus bergerak sekarang. Takda apa yang boleh kita lakukan di sini lagi " Ismail berkata dengan perlahan dan bersahaja.

Tangan kanannya sekadar memegang perlahan bahu kiri Ezwan. Ezwan menoleh ke arahnya. Dia juga tahu yang mereka perlu bergerak. Masa yang ada jangan dibazirkan, tatkala bola sinar luar bilik komunikasi itu akan malap bila-bila sahaja nanti.

Dia membetulkan postur dirinya lalu bergerak ke arah Nathan, sambil memberikan isyarat pada yang lain.
Nik yang masih lagi cuba mengenalpasti isyarat komunikasi itu akhirnya berjaya lalu memaklumkan segera pada Ezwan.

" Kapten, komunikasi tadi datangnya dari Bilik Perubatan! " 

Jasmeen memeriksa tabletnya. Bilik perubatan itu letaknya 150 meter dari posisi mereka kini, di sebelah arah kanan aras 3.
Mereka kini di aras 5. Lif kapal berada di 200 meter di hadapan mereka manakala tangga kecemasan di sebelah kiri hampir 50 meter dari mana mereka berada.

" Kapten, bilik tersebut di aras 3 tuan. Kita sekarang di aras 5, dan lif agak jauh dari mana kita berada yakni 200 meter "  terang Jasmeen.

" Jauhnya..." keluh Rohaizah.

" Tapi mungkin kita boleh gunakan tangga kecemasan yang berhampiran dengan kita, 50 meter di sebelah kiri " sambung Jasmeen.

Ezwan memikirkan sejenak. Dia tak perasan ada apa-apa tangga kecemasan tadi apabila mereka berjalan melepasi korridor tersebut.

" Pasti? " tanya Ezwan, tegas.

Jasmeen hanya mengangguk. 

" Ok team. Mari kita gerak ! "

No comments:

Post a Comment