Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Thursday, November 29, 2012

Bab 17 - ARCO


Mereka bergerak dengan penuh berhati-hati secara berkumpulan melintasi ruang korridor yang agak luas itu. 
Bola sinar masih lagi bercahaya, menemani mereka semua. 
Tangga kecemasan yang dicari semakin hampir, di sebelah kiri.

Jasmeen beserta Lee bergerak ke hadapan dahulu untuk memantau keadaan dan memastikan tangga tersebut boleh digunakan.
Pintu masuk dalam keadaan terkunci dari dalam, seperti dipateri. Ini sedikit sebanyak menyukarkan mereka.
Lee menggunakan kepakaran yang ada untuk memeriksa litar pintu, sementara Jasmeen berkawal dan menanti kehadiran yang lain.

Nik sedang sibuk mengkonfigurasikan kod komunikasi LIMITLESS menggunakan tablet trikordernya.
Ini penting supaya dia dapat memantau apa jua frekuensi yang mungkin dipancarkan dari dalam kapal itu, di samping mengenalpasti kedudukannya.
Dia juga sedang berusaha untuk mengenalpasti frekuensi asing yang sedang menghalang komunikasi keluar atau masuk.
Kenapa dan mengapa....

Ismail sedang berborak dengan Rohaizah, cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang dia tahu berkenaan mayat-mayat tadi.
Kematian dalam masa 48 jam, selepas isyarat SOS yang dipintas mereka 2 hari yang lepas..
Kebetulan? Secara logiknya, mungkin. Tapi bagaimana?

Rohaizah di samping itu juga menyatakan ada tanda pembedahan kecil di belakang kepala Anie, tapi dia tidak berapa pasti. 
Cuma ia lebih seperti pembedahan untuk masukkan cip / mekanisma kecil yang seringkali dilakukan oleh Pegawai Sains Tentera untuk memantau askar khas, dari segi komunikasi, gelombang otak, penglihatan dan juga pertimbangan tingkah laku. Tapi maklumat pembedahan ini adalah amat sulit dan tidak semua orang di Pusat Angkasa yang mengetahuinya.

Sebelum Rohaizah direkrut menjadi anak kapal GAIA, dia ditempatkan di bawah Kumpulan Perubatan Khas Sains Tentera yang berkhidmat di bawah pengawasan pengurusan ESF. Dia dipantau oleh Laksamana AD Zuki yang juga merupakan Pegawai Atasan-nya di Pusat Angkasa.
Di sana juga dia didedahkan tentang operasi khas ESF yang melatih sekumpulan askar khas eksperimental yang menerima pembedahan khas untuk memasukkan cip ke dalam kepala mereka. Namun eskperimental itu gagal dan operasi itu ditutup serta merta apabila berlakunya kematian seorang askar.

Ismail agak terkejut juga apabila diketahuinya perkara ini dari Rohaizah.
Dia juga pernah berkhidmat di bawah pengurusan ESF selama beberapa tahun dan pernah menjalankan perbincangan dengan kumpulan Pegawai Sains berkenaan satu operasi gelap yang dipanggil TREKS - experimentasi askar angkasa yang berkeupayaan tinggi dalam mengharungi apa jua keadaan di angkasa. Namun itu hanyalah satu khabar angin setelah diselidiknya. 

Dia tak pasti samada nak diberitahukan perkara ini pada Ezwan ataupun tidak. Dia merasakan seeloknya biarlah dia fahami dengan jelas dahulu, walaupun ia mungkin akan mengambil masa dan bergantung sejauh mana misi mereka kini.

" Lee, bagaimana? " Ezwan bertanyakan Lee tentang status pintu kecemasan tersebut.

Di saat itu juga satu letupan kecil berlaku lalu terbuka pintu tersebut secara automatik. Litar pintas yang dilakukan oleh Lee berjaya, tapi secara tetiba dia terpaksa berundur segera dari pintu itu.

Tubuh seorang wanita gempal berkulit hitam kelihatan bersandar di tepi dinding bersebelahan dengan pintu tersebut. Mati ke?
Jasmeen bergerak mendekati wanita tersebut, sambil diikuti oleh Rohaizah.

Ismail dan Nik melepasi mereka sambil meninjau keadaan tangga kecemasan yang menuju ke aras bawah. Tiada apa yang dapat dilihat, gelap.
Nathan menuruni tangga dengan penuh berhati-hati di samping menerangi ruang tangga kecemasan itu dengan lampu suluh yang terpancar dari rifle laser-nya.

" Kapten, dia masih hidup lagi " kata Rohaizah, sambil meneliti trikordernya. Denyutan nadi lemah namun takda apa-apa kesan kecederaan pun.

Jasmeen masih lagi meneliti keadaan wanita itu, uniform dan juga rupanya. Uniform yang dipakainya berwarna biru tua dan berjalur hitam, beserta lencana di sebelah sisi lengan kirinya. Ada tag nama, yang masih lagi dikepit di poket kiri uniform.

Arco - Pegawai Kimia dan Mineral - Vani.. 

Arco? Bukankah ini yang dikatakan oleh kapten dan Ismail? Arco, pasukan Arco dari Titan? Kenapa kat sini?.. 
Misi ini makin lama makin pelik. Kenapa Arco di sini? Apa kaitan Arco dengan semua ini....

" Kapten?! " nadanya agak keras.

Ismail dan yang lain sekadar mengalihkan perhatian mereka ke arah Jasmeen. Tidak pernah dia bertegas dalam tegurannya terhadap Ezwan, sebelum ini.
Apa yang Jasmeen dah temui? 

" Ada apa yang kapten rahsiakan daripada kami, kapten?! " Jasmeen membetulkan postur dirinya. Serius wajahnya. 

" Apa yang kau cakapkan ni, Jasmeen? " tegur Ismail yang berdiri di sebelah Ezwan kini.

" Siapa lagi yang terlibat dalam misi ini, kapten? " sambung pertanyaan Jasmeen.

Ezwan tidak bersuara. Dia sekadar memandang tepat ke arah Jasmeen, menanti soalan seterusnya. Dia nak tahu apa maksud Jasmeen sebenar-benarnya.
Adakah Jasmeen tidak percayakan dia langsung, walhal telah mengenali sesama sendiri selama 7 tahun.

Melihatkan gaya Ezwan membuatkan Jasmeen tersentak. Kenapa dia tiba-tiba mencurigai Ezwan. Tidak terfikirkah dia yang Ezwan mungkin dalam keadaan yang sama seperti yang lain, keliru juga dengan apa yang ditemui setakat ini..

Dia menarik nafas sebaik mungkin. Setelah menenangkan diri, dia berkata semula.

" Maafkan saya kapten. Saya tak patut tinggikan suara tadi " katanya dengan perlahan. 

Rohaizah yang berada di tepinya itu berasa lega, takut andai ada perkara lain yang akan terjadi sebentar tadi. Mungkin Jasmeen rasa tertekan sebentar tadi..fikirnya.

" It`s ok. Saya faham apa yang u fikirkan. Risau dengan pelbagai perkara, sama juga dengan saya. " Kata Ezwan, sambil mengalihkan pandangannya ke arah wanita itu.

" Saya andaikan soalan tadi ada kaitan dengan wanita ini, dan " sambil menoleh ke arah Ismail " dia juga daripada pasukan ARCO, betul? " 

" Ya, tuan. "

Ismail sememangnya mengecam uniform tersebut apabila ternampak pertama kali tadi, tapi dia tidak ingin mengandaikannya. Dan dia pasti Ezwan juga tahu tentangnya. Andai pasukan ARCO berada di sini, maka Dr Eliza pasti juga.

" Nampaknya, bukan kita sahaja di dalam kapal ini. Malah pasukan ARCO juga. Di samping makhluk atau entiti ULF " Rohaizah mengeluarkan pendapatnya.
Benar, apa yang diperkatakannya juga benar. Setakat ni pelbagai soalan, kini dengan bertemunya wanita yang bernama Vani ini, mungkin mereka akan dapat sedikit jawapan darinya.

" Kejutkan dia Rohaizah " arah Ezwan tanpa berlengah.

" Ya, tuan!"

No comments:

Post a Comment