Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Thursday, November 29, 2012

Bab 16 - 13 Tahun Yang Lepas


Zura, Raymond dan Ramis menuruni tangga kecemasan dari aras 1 ke aras 2 dengan penuh berhati-hati. Lif kapal malangnya tidak dapat digunakan tanpa sebarang sebab yang diketahui. Dari segi teknikal tiada apa-apa pun masalah, terang Raymond tadi.

Lee Yong dan Ikmal meneliti terminal sedia ada sambil melihat kamera Vcam untuk memantau pergerakan yang terpapar di atas skrin.

" Lee Yong, u pasti semua ni ok? " tanya Ikmal sambil menoleh ke arahnya. 

" Pasti ok " jawab Lee Yong.

Lee Yong sememangnya berharap semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 
Dia mengeluh kecil apabila Vcam aras 2 menampakkan gerak geri mereka bertiga berdekatan dengan kafetaria. 
Ramis di hadapan sambil bersedia dengan senjatanya manakala Zura dan Raymond berada di belakang, berhati-hati.

Kafetaria tersebut bertentangan dengan bilik perubatan. Zura membuka pintu tersebut dengan penuh berhati-hati. 
Biasa sahaja, keadaannya sama seperti mana Zura tinggalkan sebelum pergi ke bilik kawalan awal tadi. 

" Cepat sikit Zura " bisik Ramis tegas. 

Dia berdiri di luar pintu tersebut sambil matanya melihat ke arah kiri dan kanan. Senjata rifle diacu sebaik mungkin.
Raymond membantu Zura mengambil peralatan dan beg perubatan kecemasan. Tidak sampai 10 minit masa diambil mereka berdua lalu segera beredar ke sebelah kanan ruang aras 2 tersebut.

Ada 14 bilik kuarters termasuk juga kuarters kecemasan yang disediakan untuk misi mencari dan menyelamat. Dan di penghujung aras 2 adalah mini gim yang seringkali digunakan oleh krew kapal untuk melakukan riadah bersenam, terutamanya Ezwan yang gemar menggunakan 'jogging trek'.

Sambil mereka bergerak menuju ke bilik kuarters yang didiami oleh Amylia, mereka terdengar bunyi ketukan ibarat ada orang mengetuk pintu. Dan bunyi itu seperti datangnya dari bilik Amylia. Bilik Amylia terletak bersebelahan dengan bilik Zura serta Rohaizah manakala bilik Lee Yong bertentangan dengannya. 

Mereka tiba di hadapan pintu bilik Amylia. Sedikit kesan retakan kelihatan di sisi pintu itu, seperti ada sesuatu yang kuat cuba merempuh masuk.
Bunyi ketukan tadi tidak lagi kedengaran, senyap pula suasana ya.

" Ada orang di sebalik bilik ini " kata Ramis. Kedengaran bunyi orang berjalan-jalan tak tentu arah dari dalam bilik tersebut.

" Amylia?! " panggil Zura tanpa berlengah-lengah.

Peluh mula membasahi dahinya itu, dia sememangnya risau tentang Amylia dan juga Azlindah. Dia hanya berharap dalam apa jua pun keadaan, Azlindah akan selamat. Pasti!

Panggilan Zura didengari oleh Amylia dari dalam. Dia yang dari tadi dalam keadaan gelisah setelah dikejutkan oleh suatu ketukan yang kuat dari luar biliknya, kini berasa lega setelah dikenali suara yang memanggil itu.

" Zura? Tolong i Zura "

" Tunggu jap Amylia. Kita bukakan pintu bilik ni dulu. Undur belakang, Amylia " arah Ramis.

Dia mengacukan rifle lasernya ke arah kotak kekunci pintu tersebut lalu menembak serta merta. Cahaya tembakan itu menyinari koridor aras 2 tersebut dalam sekelip mata. Sesuatu yang tersembunyi tak jauh dari mereka disedari oleh Raymond. Dia pada mulanya tak pasti apa yang dilihatnya kerana suasana normal sahaja dari bilik kuarters Amylia hinggalah ke bilik kuarters kecemasan. 

Kilaun cahaya dari tembakan rifle itu memberikan sedikit pantulan cahaya dari lembaga ULF yang berdiri tidak jauh dari mereka semua. Daripada ghaib, kini ia mula kelihatan. Daripada postur merangkak, kini ia berdiri tegak. Tangan berupa kaki dan kaki berupa tangan, dan fizikal badan tidak menampakkan sebarang otot. Cuma ibarat kulit kain yang halus dan nipis, membaluti tubuh badannya. Kepala botak, tidak bertelinga dan bermata tiga. Tiga-tiga mata terbuka dengan luas dan pandanganya tepat ke arah mereka bertiga.

" Ramis !" jerit Zura apabila tembakan dilepaskan oleh Ramis. Zap! Zap!

Tembakan yang dilepaskan tepat mengena tubuh fizikal lembaga tersebut. Kaku. Terlantar di atas lantai tersebut. Dah mati ke?
Persoalan tersebut bermain di dalam otak masing-masing. 

Pintu bilik Amylia terbuka dengan sendirinya tak lama kemudian secara automatik. Amylia segera melangkah keluar tanpa berlengah-lengah lagi.
Namun dia terkejut apabila dilihatnya lembaga ULF itu di atas lantai aras itu. 

" Dah mati ke? " soal Raymond pada Zura. 

Tablet trikordernya tidak menunjukkan sebarang reaksi menandakan lembaga tersebut sudahpun mati. Tapi dia tidak berapa pasti.

" Ikut dari bacaan ini, ya. Tapi i tak pasti 100% " 

Inilah kali pertama bagi Zura,  berhadapan dengan entiti ULF. Jadi dia sememangnya tak pasti samada bacaan dari trikordernya adalah tepat, kerana belum pernah digunakan untuk mengimbas ULF.

Ramis bergerak perlahan ke arah ULF itu. Tiada tanda yang menunjukkan ianya masih hidup. Cuma yang peliknya adalah wajah atau muka ULF itu. Sedikit sebanyak menyamai rupa seorang manusia, lebih tepat lagi lelaki.

" Zura, cuba u tengok muka ULF ni " ujar Ramis.

Zura merapatkan dirinya ke bahagian kanan ULF itu. Raymond dan Amylia sekadar memerhatikan sahaja, sambil melayan pelbagai persoalan yang bermain di dalam kepala masing-masing.

" Erm..memang ada sedikit persamaan dengan muka manusia. Bibir, hidung, mata.. Tapi tiga. Telinga takda... " Zura berhenti seketika tatkala dia teringat sesuatu.

Tapi mustahil.....keluh Zura dalam hati. Dia bangkit bangun lalu memandang ke arah yang lain. Serius tapi kurang yakin.
Dia harus menyelidik dengan lebih lanjut. Autonomi, fizikal. Adakah ianya sama seperti apa yang dia pernah diberitahu sebelum ini, sebelum dia menyertai GAIA tahun lepas. Tapi dia langsung tak percaya. Kini? Keliru, dia benar-benar keliru.

" Ramis dan Raymond, minta tolong angkat ULF ni ke bilik perubatan. Saya nak lakukan apa yang perlu! " tegas Zura. Dia nak tahu juga.

Raymond sekadar membisu. Ramis kurang pasti sama ada apa yang dinyatakan oleh Zura itu boleh diterima atau tidak, namun..

" Tapi Zura, kalau ikutkan dari rekod saya masih ada lagi 1 entiti ULF. Mungkin masih lagi di aras ni! " 

" I tak kisah pasal itu Ramis. Yang penting sekarang, i nak mencari jawapan tentang ULF ni. Kalau betul apa yang dia cakap..." 

Yang lain tersentak seketika. Apa yang Zura maksudkan. Adakah Zura tahu apa-apa tentang ULF ni.

" Zura? " Amylia mengerutkan dahinya, kurang faham apa yang sedang berlaku sekarang.

" Apa maksud u? " tanya Ramis. Apa yang dia tahu tentang ULF ni? 

Raymond yang membisu tadi ingin mencelah apabila dia teringatkan tentang Azlindah. Mana Azindah...?!

" I susah nak terangkan sekarang, tapi u semua kena percayakan saya. Kita takda masa sekarang, baik u tolong i segera! " 

Zura cuma tahu apa yang disampaikan oleh Laksamana AD Zuki padanya apabila dia menerima arahan untuk menerima tugasan ke GAIA hanyalah berkisar pada insiden yang berlaku 13 tahun lepas. Di mana terjadinya insiden Unknown Event dan penemuan mayat seorang wanita. Asalnya memang tubuh badan seorang manusia, namun hanyalah pada muka sahaja dengan kaki dan tangan dalam keadaan yang teramat pelik. Seperti dipotong dan dicantumkan semula pada badannya, tapi tidak mengikut susunan semulajadi. Ia dikategorikan sebagai ULF 1 , yang pertama dijumpai dan diletakkan dalam keadaan stasis. Sebelum ianya dipindahkan ke BLEU 2 tahun yang lepas. 

Farahliza Asyikin...

No comments:

Post a Comment