Dia termangu seketika. Apa yang terbayang dalam mimpinya tadi adalah sesuatu yang tidak dijangkakan. Ianya sedikit sebanyak merungkai memori yang dia sudah lupakan suatu ketika dahulu, apatah lagi wanita tersebut...
Dilihat jam dindingnya. 1045 pagi waktu Malaysia. Namun di mana dia berada sekarang tidaklah relevan jika dilihat pada jam tersebut.
Ezwan bangkit dari katilnya. Dia sekadar menggelengkan kepala lantas melihat sekeliing ruang biliknya tu. Bilik yang agak sederhana untuk dirinya sendiri dan dilengkapi dengan bilik mandi.
Dia bangkit dan menuju ke meja komputernya yang terletak berhadapan di tepi monitor LCD tv. Tv tersebut memaparkan angka-angka tertentu yang adakalanya naik dan turun, umpama menunjukkan prestasi suatu perkakas komputer dari segi memory dan performance.
Dibukanya emel namun semua yang ada adalah yang lama, tiada yang baru diterima. Dia seakan-akan menunggu emel daripada seseorang.
Ezwan bergerak malas ke bilik mandi, sekadar menggunakan sinki untuk membasuh mukanya tu. Dirasakannya kurang segar, namun dia paksakan diri untuk keluar dari bilik tidur tersebut.
Pintu tersebut buka dengan sendirinya secara automatik slide. Ezwan menoleh ke sebelah kanan koridor tersebut menuju ke turbo lift yang akan membawanya ke aras 1. Di aras yang sama dengannya, ada 2 lagi bilik kuarters milik XO atau Pegawai Eksekutif dan juga juga Pegawai Sains.
Pintu turbo lift terbuka dengan sendirinya lalu dia melangkah keluar. Dilihatnya suasana yang sunyi di kawasan ruang rehat dengan beberapa sofa dan kerusi yang kosong. Selalunya paling kurang ada 2 atau 3 orang yang akan duduk rehat sambil berbual, atau menghabiskan masa rehat menikmati makanan ringan yang tersedia.
Ezwan berasa pelik. Dia mara ke hadapan ke arah pintu masuk ke bilik kawalan atau bridge. Dilihatnya ruang bridge itu kosong dan tiada sesiapa pun yang bertugas.
Ke mana perginya Ismail, Ikmal, Lee Yong dan Jasmin? Walau macam mana pun, bilik kawalan tersebut seharusnya ada 2 orang untuk melakukan tugasan mengemudi dan memantau perjalanan mereka.
Ismail bertanggungjawab sebagai pengemudi utama, Ikmal sebagai pegawai sains, Lee Yong dan Jasmeen pula bertanggungjawab ke atas komunikasi dan keselamatan.
Ezwan bergerak laju ke meja pengemudian yang terletak di hadapan bilik tersebut. Dilihatnya carta laluan yang telah dilalui oleh kapal angkasanya sepanjang 12 jam yang berlalu. Tiada apa yang berubah. Laluan masih kekal menuju ke bulan planet Pluto yang terbesar, Charon. Mengikut jadual, mereka akan tiba ke sana dalam tempoh 48 jam lagi mengikut kelajuan minima.
Kedudukan planet Pluto yang terletak sejauh 5 billion kilometer dari planet Bumi. Dari segi kiraan kelajuan cahaya, ianya mengambil masa 327 masa cahaya, bersamaan 0.000624 kelajuan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299,792 kilometer sesaat ; 186, 287 batu sesaat. Ianya mengambil 499.0 saat untuk cahaya bergerak dari matahari ke bumi, satu jarak yang dipanggil 1 unit astonomikal (AU)
Sudah hampir setahun dia meninggalkan planet bumi dan mengharungi perjalanan di angkasa yang mencabar ini demi tugas yang dipikulnya itu. Minat untuk merungkai misteri dan kemungkinan menemui sesuatu yang tidak dijangkakan sememangnya di dalam jangkaannya dan juga anak kapal angkasa GAIA.
GAIA, sinonim dengan panggilan sebagai ibu bumi adalah nama kepada kapal angkasa yang dihuni oleh sekurangnya 30 orang petugas pasukan ANGKASA dari Malaysia untuk menjalankan misi explorasi dan menyelamat.
GAIA adalah kapal angkasa klasifikasi ALPHA yang termaju dihasilkan oleh negara Malaysia dengan kerjasama negara Jepun dan Russia, dengan kelajuan warp speed 8 yang dijana melalui kuasa reaktor warp core.
Warp core membolehkan tenaga dihasilkan melalui pelupusan 'matter-antimatter' untuk membolehkan tenaga yang perlu untuk menjana kuasa yang perlu untuk warp drive sesebuah kapal angkasa bagi penggunaan kelajuan FTL (faster than light).
Apabila matter dan antimatter bergabung, ianya akan melupuskan sesama sendiri dan menghasilkan satu entiti tenaga yang berkuasa dalam bentuk zarah subnuklear dan radiasi elektromagnetic.
Ezwan dan anak kapalnya dalam perjalanan ke Charon untuk meninjau transmisi yang dipintas mereka apabila mereka menghampiri orbit planet Marikh minggu lepas. Transmisi tersebut pada mulanya tidak dapat dikenalpasti namun apabila perkara ni dirujuk pada pusat ANGKASA di bumi, mereka diarahkan untuk menyiasat.
Tiada sebarang maklumat lanjut yang diberikan oleh pusat ANGKASA, kecuali protokol yang sama - search, investigate dan rescue, jika perlu. Sebarang siasatan yang dijalankan harus dimaklumkan kepada pusat ANGKASA dengan segera.
Ezwan mengeluh. Dia berpeluk tubuh seketika sebelum dia menyedari lampu cahaya bilik kawalan tersebut terang secara tiba-tiba.
Lantas dia menoleh ke belakang....
No comments:
Post a Comment