Letupan kecil menggegarkan keseluruhan kapal angkasa GAIA dan menyebabkan ahli krew kapal hilang keseimbangan.
Azlyndah yang ketika itu sedang membersihkan pantri kafetaria berserta dengan Didi terjatuh tanpa sempat berpegang pada apa-apa. Kepalanya terhentak di atas lantai dengan kuat dan menyebabkannya tidak sedarkan diri.
Rohaizah yang sedang menaip log perubatan di terminal perubatan terkejut dengan gegaran tersebut dan sempat berpaut pada dinding berdekatan. Dlihatnya beberapa jururawat yang lain ada yang berjaya berpaut manakala ada yang juga terjatuh.
Ahli krew yang sedang bertugas di shuttle bay dan juga di bilik kejuruteraan juga mengalami nasib yang sama.
Manakala keadaan di bridge agak terkawal. Yang cedera hanya Nik yang terhantuk kepalanya ke monitor. Zura yang berada di situ segera memberikan bantuan.
"Laporan kerosakan!" arah Ezwan dengan serta merta.
Dia jelas tidak menjangkakan peluru tersebut berjaya menembusi medan perisai luaran. Tetapi GAIA adalah satu-satunya kapal angkasa yang mempunyai medan perisai 2 lapisan. Luaran pertama yang berada sekitar 1 km dan juga luaran kedua yang berada hampir 500 meter.
"Tiada sebarang kerosakan serius di seluruh genap kapal, tuan. Hanya beberapa kerosakan kecil di shuttle bay dan juga di bilik transporter, " lapor Jasmin sambil berpandangan dengan Lee Yong. Jelas wajah mereka berdua pucat kerana inilah kali pertama berhadapan dengan keadaan sedemikian.
"Bagaimana lapisan pertama berjaya ditembusi?" soal Ezwan ke arah Ikmal yang sedang berdiri. Jelas tadi dia terjatuh ketika gegaran tersebut berlaku.
Namun sebelum sempat Ikmal menjawab, Ismail melaporkan bahawa kapal Excelcius tersebut telah menghilangkan diri dari kawasan tersebut.
"Mana dia pergi?"
"Mengikut trajektori sedia ada, mereka dalam perjalanan ke arah yang sama dengan kita tuan."
Ezwan bangun dari tempat duduknya. Siapakah lelaki tersebut dan mengapa kapal milik ESF tersebut menyerupai GAIA? Dan kenapa mereka diserang??
Persoalan tersebut bermain di fikirannya.
"Kapten, saya hantar Nik ke bilik perubatan. Kecederaan tak teruk tapi perlu rawatan segera untuk merawat luka di bahagian muka kirinya, " tegur Zura sambil memapah Nik yang jelas cedera di sebelah kiri mukanya. Jelas darah merah masih mengalir sedikit dari luka tersebut.
Ezwan hanya mengangguk tanda setuju. Inilah kali pertama dia dan ahli kapal terpaksa berdepan dengan situasi sebegini.
Ikmal yang dari tadi sedang menaip sesuatu di stesen terminalnya terjumpa sesuatu yang mencurigakan dan berkaitan dengan apa yang berlaku dengan medan perisai tadi.
"Kapten. Apa yang saya dapat pastikan tentang medan perisai tadi adalah adanya perubahan pada modulasi kod yang diubah 5 minit sebelum serangan tersebut berlaku."
Jasmin terkejut. Dia memeriksa semula modulasi kod tersebut. Wajahnya jelas terkejut.
Ezwan hanya merenung ke arah Jasmin. Modulasi kod untuk sistem perisai adalah di bawah kawal selia Jasmin selaku Pegawai Keselamatan.
"Saya rasa hanya ada dua kemungkinan sahaja kapten. Satu, di mana kapal Excelcius berjaya untuk mengubah modulasi kod tersebut tanpa kita ketahui.. Atau yang kedua... " Ikmal berhenti sejenak. Dia rasa Ezwan patut tahu akan kebarangkalian tersebut.
"Ada pengkhianat di dalam kapal ini..., " bisik kecil Ezwan.
Ezwan beralih ke arah Ismail. Lelaki yang berambut sedikit perang itu terkejut dengan renungan tajam kapten yang dikenalinya selama 5 tahun.
"Ismail, kelajuan maksima mengikut perjalanan yang dirancangkan. Sebelum tiba, pastikan tiada sebarang kapal yang tidak dikenali berada di persekitaran terutamanya kapal tadi. Apa-apa, maklumkan kepada saya terus."
"Baik tuan, " balas Ismail lantas dia terus melakukan apa yang perlu.
Ezwan bergerak ke arah Ikmal sambil memberi isyarat kepadanya. Ikmal mengangguk tanda faham lalu mengekori Ezwa.
Jasmin yang jelas kurang selesa terus menghampiri Ezwan.
"Kapten, saya rasa saya faham apa yang kapten fikirkan. Izinkan saya untuk sertai sekali, " katanya perlahan. Jelas dia tak nak apa yang diperkatakannya didengari oleh Lee Yong mahupun Ismail.
Ezwan hanya mengangguk. Mereka bertiga kemudian memasuki turbo lift dan beredar dari bilik bridge tersebut.
Lee Yong hanya terkebil-kebil sambil berbalas pandangan dengan Ismail. Ismail yang sedang meneguk botol air hanya mengangkat bahu. Walaupun sedikit sebanyak dia dapat menangkap maksud perbualan tadi, tapi dia lebih selesa fokus pada apa yang harus dilakukan.
Sejurus kemudian, kapal angkasa GAIA bergerak laju dan terus hilang daripada berada di kawasan ruang angkasa tersebut apabila kelajuan warp diaktifkan.
Tetapi mereka tidak sedari bahawa apa yang berlaku tadi di antara GAIA dan juga kapal misteri Excelcius telah diperhatikan oleh sesuatu yang berada dalam keadaan halimunan. Sesuatu yang diliputi oleh medan tenaga dan juga baru sahaja melepaskan cengkaman ke atas kapal angkasa GAIA.
Sejurus kemudian medan tenaga tersebut mulai lenyap dan menunjukkan sebuah kapal angkasa kecil yang berbentuk seperti sebuah sfera dengan sayap berbengok ke arah hadapan dengan bucunya yang tajam. Di dalam kapal tersebut, adanya beberapa lembaga yang sedang berdiri. Dan yang nyata hanyalah 3 cahaya yang berbentuk mata menyinari ruang dalaman kapal sfera tersebut.
---
Zura sedang meneliti luka yang dialami Nik. Walaupun tidak parah, namun ianya boleh mendatangkan jangkitan kuman kerana lukanya berada hampir dengan mata kiri. Jelas wajah Nik yang berkulit coklat sawo matang kini berparut kecil di tepi dahi kirinya.
Rohaizah yang berada di situ jelas berasa sedih dengan apa yang menimpa Nik.
"Izah, jangan nak bersedih sedih lak kat sini. Nik tu takda apa-apa pun, " tegur Zura. Dia sedari Rohaizah selama ini memang tertarik dengan Nik, cuma ianya lebih kepada tepuk sebelah tangan sahaja.
Rohaizah sekadar mendiamkan diri. Dia berlalu dari situ dan membantu jururawat yang lain untuk mengemaskan barang-barang yang jatuh tadi.
Nik yang sedar ketika itu hanya mendiamkan diri. Kepalanya masih pening dan dia memerlukan rehat seketika sebelum boleh sambung tugasnya.
---
Nash sedang memeriksa segenap lapisan kawasan shuttle bay bersama beberapa ahli krew yang bertugas di situ. Ini kerana kawasan tersebut adalah paling hampir dengan tempat yang diserang tadi.
"Nash, tadi aku dah check dah. Tapi so far ok dan takda sebarang tanda kebocoran atau kerosakan, " tegur Alia selaku ahli krew yang bertanggungjawab dengan penyelenggaran shuttle bay dan satu-satunya kapal mini sedia ada.
"Ok. Tapi saya tetap kena periksa sekali lagi, awak faham kan?" soal Nash kepada Alia.
Alia hanya tersenyum sahaja. Dia tahu Nash adalah seorang yang ikut arahan dari A ke Z dan akan buat apa yang diarah. Tiada kompromi.
"Ok. Apa-apa just beritahu saja ya. Saya akan berada di bilik terminal shuttle bay."
Alia terus berlalu dan meninggalkan Nash dan 2 orang ahli jurutera untuk meneruskan tugasan mereka.
---
Lim memeriksa prestasi tenaga reaktor yang kini berada dalam output moderate walaupun kini GAIA dalam kelajuan warp. Di samping itu juga dia dan Raymond sedang dalam proses menganalisa medan tenaga asing tersebut dan sedikit sebanyak berjaya menemui jawapannya.
"Pelik..." bisik kecil Lim sewaktu membaca analisa tersebut di stesen terminalnya.
"Pelik? Maksud Encik Lim?" soal Raymond yang sedang berdiri di belakangnya sambil menghulurkan secawan minuman panas beperisa kopi pekat.
"Kamu lihat bacaan tenaga yang terhasil dari medan tenaga itu. Ada penjanaan dari sumber tenaga dalaman yang berbentuk sfera dan ianya menghasilkan kuasa reaktor yang hampir sama dengan dual-matter."
"Maksud....Encik Lim...?"
"Kapal kita ditumpangi oleh sebuah kapal lain tadi...tanpa kita ketahui langsung!"
---
Jasmin cuba mencari jawapan yang perlu diberikan kepada soalan Ezwan tadi. Soalan yang harus dirungkai demi untuk memahami kebenaran sama ada insiden yang berlaku tadi adalah disebabkan angkara dalaman atau sebab yang tak diketahui.
Selama beberapa lama dengan anggota yang ada termasuk yang baru sertai mereka baru-baru ini, Jasmin dapat merasakan tiada sebarang masalah dan percaya dalam tugasan dan dedikasi yang diberikan oleh mereka selama ini.
Tetapi kejadian tadi benar-benar memberikan sedikit impak negatif.
Ikmal yang sedang membaca rekod dan analisa tentang modulasi kod serta jenis peluru berpandu yang dilancarkan oleh kapal angkasa Excelcius itu masih buntu dalam mencari jawapan.
"Kapten, ada kemungkinan insiden ini melibatkan 2 perkara, " kata Ikmal sambil berbalas pandangan dengan mereka berdua.
Ezwan menunggu ayat seterusnya manakala Jasmin menghirup air cokelat dari cawan yang dipegang tangan kirinya.
"Pertama, kemungkinan peluru berpandu yang digunakan oleh Excelcius tadi adalah jenis yang boleh menembusi medan perisai. Dengan dilengkapi satu modulasi khas yang menganggu frekuensi signal dan membolehkan ianya untuk menembus masuk. Tetapi..."
Ikmal berhenti seketika. Dia sedang memikirkan sesuatu. Namun sebelum sempat dia menyambung semula, Jasmin mencelah.
"Tetapi jika ianya benar-benar dilengkapi oleh teknologi sedemikian , maka sudah tentu lapisan perisai kedua juga akan ditembusi dan kita semua by right dah mati dah..."
Ikmal mengangguk tanda setuju.
"Jadi sekarang, hanya sebab kedua sahaja, " bisik kecil Ezwan. "Kita ada pengkhianat. Dan ianya tak semestinya melibatkan anggota dari unit keselamatan."
"Tapi..." sebelum Jasmin sempat bertanya, mereka dapat merasakan GAIA telah keluar dari kelajuan cahaya dengan tidak semena-mena.
Serentak dengan itu bunyi interkom kedengaran.
"Kapten, saya perlukan tuan di bridge."
"Ok, kita akan sana dengan segera."
---
Warp speed adalah kelajuan lebih laju daripada kelajuan cahaya,
di mana kelajuan cahaya membolehkan sesebuah kapal angkasa bergerak
sejauh 1,080 juta kilometer dalam masa sejam. Manakala kelajuan warp
speed yang terbahagi kepada beberapa tahap yang tertentu seperti GAIA
yang mempunyai kelajuan maksimum warp 7 membolehkannya bergerak 1.080
juta kilometer untuk warp 1, dan yang seterusnya adalah berganda.
Am-nya, warp 7 adalah 7 kali ganda bagi 1.080 juta kilometer. Secara
relativinya, kapal angkasa GAIA tidaklah bergerak selaju yang
dinyatakan. Apa yang berlaku adalah terbentuknya ruang dimensi yang
seakan-akan sebuah 'bebola air besar' yang meliputi seluruh ruang GAIA
.
GAIA kini sedang berada hampir dengan kapal kargo yang sedang terapung hampir 5 km jauh dari mereka.
Cuma yang menjadi persoalannya adalah sebuah kapal angkasa yang jelas lebih besar berada di belakang kapal shuttle tersebut.
Ianya juga dalam keadaan terapung dan ibarat tidak bernyawa dan hanya beberapa lampu kecemasan sahaja yang menyala di kawasan luar kapa tersebut.
Ezwan dan yang lain baru saja melangkah masuk dan agak terkejut dengan penemuan kapal tersebut.
"Kita di mana ni sekarang, Ismail?" soal Ezwan sebelum mengambil tempat duduknya.
Ismail menekan sesuatu di terminalnya. Mengikut perkiraan, mereka telah tiba 1 tahun cahaya ke persekitaran angkasa di mana kapal kargo itu terletak. Tetapi apabila diselidik semula, destinasi yang tercatat dalam rekod adalah mereka kini berada berhampiran dengan Hydra, salah satu daripada empat bulan yang mengelilingi planet Pluto.
"Kita sekarang berada berhampiran dengan destinasi asal ke Charon tuan, tetapi di orbit Hydra, " jelas Ismail yang agak terkejut.
Ezwan berdiam seketika. Banyak perkara yang di luar jangkaan tiba-tiba berlaku. Dan dia bakal bertemu dengan kejutan terbaru.
"Kapten! Kapal angkasa di depan tu... mengikut analisa... ianya adalah sebahagian dari kapal angkasa BLEU, " lapor Lee Yong.
Mereka semua di dalam bridge terdiam apabila mendengar laporan Lee Yong itu.
"Dan... ada tanda tanda kehidupan tuan, " kata Lee Yong semula.
Dia melakukan imbasan semula ke atas kapal kargo dan juga sebahagian dari BLEU dan apa jua data yang diterima dipaparkan di visual layar bridge.
Tidak dapat dipastikan samada ahli krew BLEU benar-benar masih hidup dan jika ya, berapa ramai?
"Jasmin, aktifkan perisai ke level 4. Ikmal, kumpulkan pasukan SAR dan berkumpul di shuttle bay dalam masa 15 minit di sana."
No comments:
Post a Comment