Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Thursday, November 8, 2012

BAB 4

Kapal angkasa GAIA adalah sebuah kapal angkasa yang paling advance dikeluarkan oleh pusat ANGKASA dan merupakan satu-satunya kapal angkasa yang dilengkapi dengan reaktor dual-matter, yang merupakan penjana kuasa utama bagi kapal angkasa tersebut. Pada amnya dual-matter adalah sesuatu yang amat merbahaya disebabkan ketidakstabilan yang dianggap mustahil untuk dibendung lebih dari 10 tahun yang lepas.

Dual-matter atau dikenali sebagai dwi-zarah mengandungi matter dan anti-matter yang bertentangan sesama sendiri. Ia dengan mudah boleh melenyapkan suatu bangunan hanya dengan satu ledakan biasa, contohnya dari setin minuman 100 plus. Ia juga mampu menjana tenaga tak terbatas untuk satu negara yang besar, seperti Malaysia mahupun Amerika Syarikat.

Teknologi dual-matter berjaya dihasilkan oleh sekumpulan Saintis, Jurutera dan Professor Kuantum Fizik yang diketuai oleh Chief Quantum Engineer Dr Scotty Mellsop yang berpangkalan di Canada. Dalam tempoh 5 tahun selepas itu, teknologi tersebut mula digunakan di atas kapal angkasa eksplorasi FISCAL milik bersama China dan Jepun.

Mengikut teori relativiti dan kuantum fizik, dual matter berupaya untuk membentuk dan menstabilkan ruang angkasanya tersendiri walau apa jua keadaan, dan ini juga termasuk dalam keadaan 'black hole'. Kuasa yang dihasilkan mampu untuk membolehkan penggunaan tenaga sepanjang ekspedisi selama 5 tahun berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan penggunannya juga membolehkan penggunaan warp drive.

Warp drive adalah sistem FTL (faster than light) yang membolehkan sesuatu kapal angkasa bergerak dari satu temnpat ke satu tempat dalam tempoh yang singkat mengikut pada kelajuan cahaya. 

Lim sedang sibuk meneliti laporan analisa sistem dari stesen monitor yang terletak di bahagian kejuruteraan , sambil melihat sekali sekali pergerakan Nash dan Raymond serta beberapa orang krew jurutera yang sedang melakukan rutin harian.

Reaktor dual matter harus dipantau sepanjang masa dalam memastikan kelancaran penjanaan kuasa secara menyeluruh kerana ianya merupakan tunjang kepada semua sistem kapal termasuklah sistem life support. 

Dengan apa yang berlaku baru-baru ini, dia harus memastikan segala-galanya beroperasi dalam prestasi maksima dan sebarang langkah keselamatan dipertingkatkan.

Sehingga kini dia masih tidak menemui sebarang jawapan di mana perginya worm yang telah diasingkan ke dalam terminal konduit khas yang digunakan untuk sebarang kecemasan. 

"Mana perginya worm tersebut..., " keluh Lim sambil.

Dia tidak sedari akan kehadiran Jasmin yang sedang memerhatikan gerak geri Lim dari belakang.
Jasmin sekadar memerhatikan sahaja sambil meneliti tab yang dipegang tangan kirinya. 

Analisa yang dijalankan berasingan menunjukkan semua sistem dan terminal konduit adalah selamat dan tiada tanda sebarang pencerobohan mahupun digodam. 

Tiada tanda juga di mana worm tersebut berada semenjak ianya hilang tanpa kesan dari konduit khas tersebut.

"Ehem... apa yang Cik Jasmin buat kat belakang saya tu?"

Suara Lim kedengaran secara tiba-tiba lantas dia menoleh ke arah tempat duduk Lim. Lelaki yang berumur hampir 50-an itu sedang berdiri sambil menghirup air kopi yang masih berwap.

Jasmin hanya tersenyum sambil berjalan ke arah Lim.

Dia mengambil cawan yang berisi air kopi yang dihulurkan oleh Lim sambil mengamati gerak geri Lim.

"Jasmin?"

"Nape Lim?"

Lim menghirup sedikit demi sedikit air kopi sebelum meletakkan cawan tersebut di atas mejanya.

"Apa pendapat Jasmin tentang semalam?"

Jasmin sekadar mendiamkan diri sahaja. Fikirannya mengimbas kembali tentang mesyuarat semalam. 

"I tak tahu Lim..., " balas kecilnya.

"Betul ke Jasmin tak tahu? Tak rasa terkejut atau rasa tertipu dengan kenyataan tentang BLEU ke?"

Lim bersahaja apabila ayat itu terpacul keluar dari mulutnya. Baginya ianya suatu kenyataan yang nyata apatah lagi selama ini mereka semua telah disajikan dengan berita palsu. 

Namun Lim akur bahawa bukan dia dan krew lain sahaja yang tertipu, walhal kapten mereka sendiri.

"Lim, of course i rasa tertipu juga. Itu tak dinafikan. But bila fikir semula, pasti pihak atasan ada sebab yang tersendiri tentang ini demi kebaikan semua."

"Ok, " Lim balas sambil menghela nafas kecil.

"Lim camna lak?" soal Jasmin pula kepadanya.

"Honestly, saya tak kisah sangat. Seperti yang Jasmin kata pasti ada alasan pihak atasan tentang ni. Cuma saya berasa kasihan kat kapten."

Jasmin berpaling ke arah Lim dengan riak wajah yang tertanya-tanya.

"Maksud Lim?"

Lim sedar dia telah terlanjur. Dia berfikir sejenak sambil mengerling ke arah Jasmin yang sedang menunggu jawapan.

Dengan tidak semena-mena bunyi interkom kedengaran lantas memecahkan suasana sunyi di antara mereka berdua.

"Lim, Jasmin... ada apa-apa laporan dan penemuan terkini?" suara Ikmal kedengaran.

Lim sekadar tersenyum ke arah Jasmin sebelum membalas soalan Ikmal.

"Negatif setakat ini. Sistem reaktor dual matter dan terminal konduit tidak menunjukkan sebarang masalah dan semuanya berfungsi 100%."

"Ok Lim. Jasmin, sila laporkan diri ke bridge."

"Baik Ikmal, " balas Jasmin sebelum bergerak untuk beredar dari stesen kerja Lim. Dia sempat mengerling ke arah Lim sebelum menuju ke arah pintu keluar dari Bilik Kejuruteraan.

Lim menarik nafas lega kerana dia terselamat dari disoal siasat Jasmin tentang perkara tadi. Kalau tidak memang susah bagi dia untuk lepaskan diri.

"Encik Lim!"

Lim yang baru sahaja berasa lega tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan Raymond yang muncul di depannya dengan tidak semena-mena.

"Apa dia Raymond? Buat saya terkejut nape? Nak bagi saya heart attack ke!" marah Lim sambil mengurut dada kanannya.

"Jangan le marah saya Encik Lim, " pujuk Raymond sambil membetulkan cermin matanya.

"Hmm. Apa dia ni yang awak tergesa-gesa panggil saya?"

"Saya dan Nash ketika buat internal dan external sistem scan terjumpa sesuatu yang pelik."

"Pelik? Maksud awak?" soal Lim.

"Apa kata Encik Lim tengok sendiri, " balas Raymond sebelum bergerak meninggalkan stesen Lim dan menuju ke arah terminal utama di penghujung bilik kejuruteraan tersebut.

Di situ jua terletaknya reaktor dual matter yang terdiri daripada 2 balang kaca yang besar dan dalam keadaan diri dan rapat. Cahaya berwarna biru cair ibarat air yang sedang diproses di dalam balang tersebut sentiasa bergerak dalam keadaan yang perlahan. Itu hanyalah tindak balas tenaga anti matter dalam keadaan normal apabila kegunaan tenaga sedia ada dalam keadaan minima.

Nash yang sedang tekun meneliti sesuatu di terminal utama bilik kejuruteraan tersebut menulis sesuatu di atas kertas notanya. Monitor di terminal utama tersebut menunjukaan 2 gambarajah graf yang mewakili sistem scan internal dan external.

"Nash, tunjukkan kat Encik Lim, " kata Raymond sejurus dia dan Lim berada di sana.

Nash tunjukkan sesuatu di monitor terminal utama dan menampakkan kenaikan graf berbentuk spike beberapa kali pada external scan. Namun graf di internal scan tiada sebarang perubahan dan menunjukkan bacaan yang normal.

"Dah buat pemeriksaan diagnostik?" soal Lim kepada mereka berdua.

"Dah tadi sebelum saya datang panggil Encik Lim, " balas Raymond.

"And?" soal Lim sekali lagi.

"Ada kesan medan tenaga yang tidak dikenali di luar kapal dan ianya seperti melekat kat bahagian hujung kapal baru baru ini, " jawab Nash dengan sedikit gementar.

"Medan tenaga? Bagaimana dengan tenaga dari reaktor?"

"Tenaga reaktor berfungsi dengan baik dan takda sebarang pengurangan atau kebocoran. "

Lim berfikir sejenak. Dia dengan segera menekan butang interkom yang terletak di tepi terminal utama.

"Bridge, saya rasa kita ada masalah baru."



No comments:

Post a Comment