Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Wednesday, November 14, 2012

BAB 11 - SUARA SIAPA


Gelap. Pandangannya kabur. Dia memaksa dirinya untuk melihat sebaik mungkin di mana dia berada.
Gelap. Sebelum ni, apa yang dia ingat kali terakhir, dia baru sahaja nak menuju ke aras Kejuruteraan setelah meluangkan masa seketika di aras Kargo.

Rokok menjadi pengisi masa lapang dan teman setiap kali dia datang ke sana. Tapi dia menghisap rokok disebabkan perasaan marah, marah dengan Amylia. Hanya kerana Amylia menolak cinta-nya walaupun mereka telah berkawan hampir 3 tahun lamanya.

Dia mengeluh....rasa sukar, rasa sakit ...

Basah...air peluh membasahi kepalanya yang botak, apatah lagi tempat yang dia berada sememangnya panas.
Aku kat mana ni?.....

Badannya terasa kebas, tak dapat nak merasakan pergerakan tangan dan kakinya. 
Degupan jantung semakin kencang...

Sedikit bayangan, cahaya...ada sesuatu di hadapannya. Orang ke? Krew kapal yang lain?
Kurang jelas..

Kepalanya rasa berat sangat tiba-tiba, ... lantas dia hilang sedar semula.
Terbiar seorang di suatu tempat yang panas....hanya menunggu masa sahaja.
Masa untuk diselamatkan, atau ..

---

Zura sekadar terduduk dan menekap mukanya dengan kedua belah tapak tangan.
Jeritan Azlindah tadi masih berkumandang di telinganya. 
Tangisan air mata menemani pipinya, setitik demi setitik...

Lee Yong kaget, buntu dan terduduk di atas kerusinya.
Apa yang dia perlu buat sekarang...apa yang terjadi di atas GAIA .....mana kaptennya....

Ikmal bergerak mendekati Lee Yong, cuba sedaya upaya untuk menenangkan hatinya.
Sedih dan terperanjat... itulah yang dia boleh bayangkan sekarang, namun di hatinya masih kurang yakin yang Azlindah mahupun yang lain telah menemui kecelakaan yang tidak sepatutnya itu.

" Lee Yong..." interkom berbunyi di, suara seorang wanita yang agak dikenali memanggil-manggil Lee Yong.

" Amylia!!! Kau kat ne!!!?" Lee Yong gembira tatkala mendengar suara Amylia.

" Kat kuarters tadi, merehatkan diri" Amylia bersahaja, seperti tiada apa yang berlaku. " Aku cuba contact Didi dan Azlindah kat kafe, ataupun kuarters tapi takda reply pun. Diorang kat bilik kawalan ke ?" 

Ramis berbisik sesuatu pada Lee Yong. Lee Yong sekadar mengangguk tanda setuju.

" Amylia, dengar baik-baik. Jangan pergi mana-mana, kuncikan bilik kuarters you. Jap lagi saya dan Ramis akan ke sana. Faham?! "

Amylia terkejut dengan apa yang didengarinya. Tak pernah pun macam ni, ada drill ke? Kalau ada pun, tak pernah pun camni selama ni.

" Er, nape Lee Yong...? I tak berapa faham. Apa dah jadi?" soalnya.

" Dengar dan ikut je arahan ni. Ok!?" 

Lee Yong menarik nafas perlahan-lahan. Sekurangnya dia tahu yang Amylia masih selamat. Didi, tak diketahuinya. Azlindah pula....

" Zura dan Ikmal, standby di sini dahulu. Saya dan Ramis akan menuju ke kuarters untuk mendapatkan Amylia, sambil ... 
sambil pergi ke bilik senjata ..." katanya dengan serius pada mulanya tapi perlahan di akhir ayat tersebut.

" Saya dah programkan akses keselamatan dan kamu boleh lihat semua VCam kapal di skrin kiri." terang Ramis lantas visual Vcam di setiap pelusuk kapal terbayang di skrin kiri visual hadapan. Tiada sebarang pergerakan langsung kecuali Vcam bilik kawalan. 

" Mana Raymond ? " tanya Zura sambil mendekati skrin tersebut. 

Vcam yang menunjukkan bilik kejuruteraan itu tidak menampakkan sebarang pergerakan. Tiada tanda-tanda Raymond di sana.

Lee Yong cuba menghubungi Raymond tapi tiada jawapan... statik...

" Ada masalah dengan imbasan bio. Tak dapat nak melakukan imbasan ke atas kapal buat sementara waktu " kata Ramis sambil mencari punca masalah.  " Kita terpaksa singgah ke bilik selenggaran, nanti"

Hanya mereka berdua sahaja yang akan keluar dari bilik kawalan, manakala Ikmal dan Zura harus standby di situ untuk memantau pergerakan kapal dan lakukan apa yang perlu.

BEEP!!!

Lee Yong menoleh ke arah pintu masuk bilik kawalan. Ramis melihat ke arah Vcam. Kurang jelas apa yang dilihatnya, tapi ..

" Open the door please! " bunyi suara lelaki kedengaran dari luar pintu itu. 

" Raymond?! " 

Pintu bilik kawalan terbuka apabila Lee Yong arahkan Ramis untuk membukanya, di samping rifle laser-nya dipegang dan diacukan ke arah orang yang melangkah masuk be blik itu.

Raymond yang berbadan besar dan tinggi itu melangkah masuk dengan segera sebelum menyandarkan diri di tepi dinding manakala Ramis segera menutup pintu bilik kawalan tanpa berlengah-lengah.

Dia cuba mengawal pernafasannya dengan sebaik mungkin, penat dan lemah. 
Berlari dari bilik kejuruteraan, melalui tangga kecemasan beberapa aras sehinggalah berjaya sampai ke situ.

Zura merapatkan dirinya ke Raymond untuk memastikan sama ada dia mengalami kecederaan ataupun tidak.

" Raymond, u ok? " 

---

Amylia sekadar membaringkan dirinya di atas katil. 
Kata-kata Didi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya, seakan dipaksa untuk mendengar.
Dia langsung tak terfikir yang dia akan diajukan dengan soalan itu, termasuklah mendengar luahan perasaannya.

Dia mengenali Didi apabila Didi baru menjadi krew GAIA pada 6 bulan yang lepas, setelah permintaannya untuk tambahan seorang penolong tukang masak diluluskan oleh Bahagian Pentadbiran dan HR ANGKASA. Walaupun adanya Azlindah yang sudah lama bersama dengan dia , namun Amylia merasakan dengan adanya 3 orang untuk menguruskan kafetaria akan lebih memudahkan lagi kerja mereka apatah lagi di saat pertambahan krew bila menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Didi pada masa itu berpangkalan di bulan Titan bersama dengan pasukan penyelidik khas ARCO, yang khusus dalam mengkaji mineral dan bahan galian. Kebetulan Didi baru sahaja menamatkan kontrak 2 tahun bersama dengan ARCO dan dia baru sahaja ditawarkan peluang untuk bersama dengan GAIA. Bagi Didi ia adalah peluang keemasan sebab dia sememangnya berhasrat untuk berkhidmat di dalam sebuah kapal angkasa, apatah lagi GAIA yang dia ketahui dari kawan-kawannya sebagai satu-satunya kapal angkasa termaju yang dihasilkan oleh ANGKASA.

Selama memantau cara kerja dan prestasi Didi di kafetaria, Amylia amatlah berpuas hati di atas komitmen yang diberikannya.
Namun dia tidak pernah menaruh apa-apa perasaan pun padanya, hanyalah sekadar sebagai kawan dan ketuanya.

Geseran....bunyi geseran...menghampiri kuarters-nya.
Mereka ke? Tapi...bunyi pe ni? 
Fikirnya...
Dia bangun sambil merenung sejenak pintu biliknya.
Kunci lock-down..

DUMM!!!

---

" Saya cuba nak mengenalpasti punca ketidakseimbangan kuasa positif tadi, yang saya rasa membolehkan entiti asing itu masuk ke dalam GAIA. Tiba-tiba je, saya rasa ada sesuatu kat belakang saya dengan bunyi geseran macam besi kena tarik. Saya panik, lalu terus lari ke sini " 

Raymond menerangkan pada mereka apa yang berlaku tadi. Takut, memang benar-benar rasa takut. 
Pandangannya yang asal ke arah lantai beralih pula ke arah Lee Yong dan yang lain.

" Yang lain camna? Didi, Azlindah, Amylia? Kapten, semua? " 

Lee Yong membisu sambil  memandang Zura, tidak pasti apa yang perlu dikatakannya sekarang.
Ramis sedang memantau semua Vcam di setiap koridor dan stesen sedia ada. 
Tiada tanda apa-apa yang pelik mengekori Raymond atau menuju ke bilik kawalan.
Tetapi, Vcam di koridor kuarters menjadi gelap dan statik dengan sendirinya. Sedangkan tadi semua ok sahaja.

Sensor pengemudian Ikmal berbunyi. Imbasan GAIA mendapati apa jua objek yang muncul dari P5 dan menuju ke Pluto tadi, telah bergerak dan meninggalkan Pluto lalu hilang terus serta merta. 

"ULF?" ... tertanya-tanya dirinya..

Bunyi bising tiba-tiba kedengaran di interkom. Jelas kedengaran suara perempuan yang nangis, dan mengerang kesakitan.
Suara perempuan yang sememangnya terkenal di atas sifat manjanya itu..
Suara perempuan yang bagi mereka tadi, telahpun .... tiada lagi.
Suara Azlindah?

No comments:

Post a Comment