Apa yang berlaku semalam akan sentiasa kekal di dalam ingatannya sampai ke akhir hayat.
Pekan kecil tersebut ibarat perkampungan yang berhantu dengan rumah-rumah yang sedia ada tanpa sebarang bayangan manusia yang lain.
Perabot sedia ada berteraburan, makanan malam yang disediakan bertempiaran di atas lantai, dan terdapat bangkai kucing dan juga jua anjing di tepi-tepi lorong dan jalan kecil.
Dia hanya termenung melihat keadaan persekitaran pekan itu yang kini dipenuhi dengan pegawai polis, dan juga pegawai khas dari Pasukan Sains Angkasa.
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan telah dipasang di serata tempat pekan itu yang baginya amatlah sofistikated.
Dia dan wanita itu sebelum ini telah menjalani pemeriksaan kesihatan tanpa sebarang maklum balas daripada pihak berkaitan.
Wanita itu masih sugul, namun dia seperti dikenali oleh pegawai dari Pasukan Sains Angkasa.
Dari pegamatannya, perbualan mereka lebih seperti kawan yang rapat.
Siapakah wanita itu?
" I`m sorry tentang apa yang berlaku pada Lilah, i truly am " kata Mazlina.
Mazlina merupakan merupakan Penolong Ketua Pegawai Penyelidikan Sains Khas bagi Divisyen Sains Paranormal ULF. Dia yang agak gempal sikit tapi dengan mukanya yang agak comel cuba menenangkan wanita tersebut yang juga bos-nya.
Dia sekadar menggelengkan kepalanya, di samping menumpukan perhatiannya ke sekeliling kawasan itu.
Kesibukan pekerja dan pegawai yang sedia ada, memantau setiap pelusuk pekan itu.
Masih lagi mencari penduduk pekan itu dan apa jua bukti yang sedia ada.
Mazlina terkejut apabila mengetahui berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini di pekan itu.
Dia pernah diajak untuk menyertai mereka bertiga kelmarin untuk meraikan kejayaan Deena apabila dinaik pangkat sebagai Ketua Pegawai Penyelidikan Sains Khas.
Hasil kerjanya yang tidak mengerti penat lelah telah membolehkan Pusat Angkasa untuk menyelaraskan satu cara khas untuk mengenalpasti apa jua keadaan aneh yang berlaku di bumi Malaysia atau di seluruh dunia. Keadaan aneh yang melibatkan penemuan aktiviti ULF. Namun tidak disangkanya, keadaan akan menjadi sebegini.
Deena cuba membayangkan kejadian semalam. Lilah di depan matanya terus ghaib serta merta sebelum dia sempat berbuat apa-apa.
Dia tidak pasti apa yang berada di luar rumah itu, dan dia masih belum lagi bertanyakan terus lelaki tersebut.
Usahanya selama ini untuk mengkaji tentang Sains Paranormal akhirnya membuahkan hasil tetapi pada suatu pengorbanan yang tidak terlintas dalam kepalanya. Dia pernah menemui contoh organisme unik di selatan pekan itu 6 bulan yang lepas, sesuatu yang memperkenalkan tentang ULF padanya dan juga pada Pusat Angkasa secara keseluruhan.
" Deena " Maz bersuara sebelum mengambil nafas sebaik mungkin.
" Apa yang berlaku semalam juga terjadi di 9 tempat lain di serata dunia, Amerika, Afrika, China, England, Norway dan juga di Malaysia. Secara keseluruhan lebih kurang 500-800 orang hilang terus tanpa sebarang kesan " terang Maz sebaik mungkin.
Selama ini mereka sentiasa memikirkan samada ULF benar-benar wujud, dan bagaimana caranya nak berkomunikasi dengan mereka.
Adakah ULF itu primitif atau terlalu maju. Dan adakah mereka bersifat ganas atau sebaliknya..
Kini, apa yang berlaku memaksa mereka semua untuk berfikir secara rasional dan logik, sambil mengambil kira kehilangan semua penduduk tersebut.
" 500-800 orang.... termasuk Lilah ...dan Farah.." bisik Deena secara perlahan.
" Dan mengikut salah satu laporan yang diterima, ada juga 2-3 orang yang terselamat. Dan mereka semua mengatakan ternampak sesuatu yang bermata tiga. Fizikal mahupun bentuk badan langsung takda " sambung Maz. ULF akhirnya di sini....hati Maz tertanya-tanya dengan penut minat bercampur takut...
" Kak Maz ! " suara seorang lelaki memanggil Maz dari luar kem tersebut. Lelaki tersebut berlari mendapatkan Maz dan Deena untuk memaklumkan sesuatu.
" Pe dia Khalim? " tanya Maz dengan tegas.
Khalim adalah salah seorang pegawai Penyelidikan Sains yang merupakan seorang yang berminat tentang sains ekstrem dan juga paranormal. Selepas dia berjaya mencapai pencapaian yang memuaskan dalam bidang Sains Angkasa di Universiti, dia terus direkrut oleh Akademi Pusat Angkasa Malaysia untuk memberinya peluang dalam memperluaskan pelajarannya.
" Kita terjumpa sesuatu di hujung pekan ni, berdekatan dengan persisiran pantai " jawabnya dengan penuh ceria. Langsung tak nampak sebarang kerisauan. Sememangnya dia seorang yang optimistik.
Deena bangkit dari tempat duduknya. Dia terfikir untuk bertanyakan perkara yang sama pada lelaki itu, tentang apa yang dia nampak. Adakah sama seperti apa yang dikatakan Maz. Namun penemuan Khalim adalah perkara pertama yang harus dilihatnya dahulu.
" Apa yang korang jumpa? " tanya Maz lagi.
Khalim bagaimanapun hanya berdiam diri apabila diajukan soalan itu. Wajah cerianya berubah menjadi gelisah dan bimbang, tatkala pandangannya menghala ke arah Deena.
" Khalim? " Deena mula risau. Apa yang dijumpai oleh Khalim dan yang lain?
" Cik Deena....." Khalim menelan air liurnya. Terasa sangat berat untuk memberitahu penemuan mayat...mayat 2 orang wanita dalam keadaan yang tidak dikenalpasti.
" Kami terjumpa mayat.....mayat 2 orang wanita."
Maz terkejut sambil merapatkan diri ke arah Deena. Dia takut andai kata mayat wanita itu adalah Farah dan Lilah.
Farah merupakan teman rapat Deena semenjak universiti lagi. Manakala Lilah adalah Setiausaha kepada Penolong Pengarah Pentadbiran Pusat Angkasa.
Sememangnya mereka bertiga adalah amat rapat apatah lagi menginap di rumah yang sama.
" Khalim? " Maz melihat ke arah Khalim, cuba nak tahu apa yang akan dikatakan olehnya seterus.
" Keadaan mayat tidak dikenalpasti....tetapi berdasarkan dompet pengenalan yang ditemui, salah seorang dari mayat itu adalah Farahliza Asyikin. "
Deena terkejut. Farahliza Asyikin?
No comments:
Post a Comment