Di hadapan mereka semua, Ezwan berdiri di samping sebuah projektor monitor LED yang digunakan khas untuk taklimat tugas mahupun berkenaan sebarang maklumat yang diterima dari pusat ANGKASA di bumi.
Ezwan menekan suis alat kawalan di tangannya. Lampu bilik mesyuarat tersebut malap dan monitor LED tersebut mula bercahaya dan kelihatan imej seorang lelaki terpapar dan mula berbicara. Video rakaman ini diterimanya hampir 3 bulan yang lepas, ketika GAIA berada berdekatan dengan orbit planet Marikh sewaktu dalam perjalanan untuk menyambung misi ke planet Pluto.
Rakaman ini sebenarnya dibuat untuk makluman dirinya sahaja dan bukan untuk pengetahuan mereka yang lain. Cuma di hari ini dengan apa yang baru sahaja mereka terima tadi, sedikit sebanyak harus dikongsikan kepada mereka yang perlu.
Video rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang berwajah serius dan berpakaian serba putih berjalur perak. Dia adalah Laksamana Rudin, pegawai atasan bagi kapal angkasa GAIA dan juga seorang kawan yang rapat kepada Ezwan.
Lee Yong dan yang lain berwajah serius, masing-masing menunggu apa yang akan diperkatakan oleh Laksamana Rudin.
" Assalamualaikum Ezwan. Semoga awak sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Seperti yang dipinta, saya akan menerangkan apa yang perlu awak ketahui. Tetapi ingat. Maklumat yang akan saya kongsikan adalah rahsia. Jika awak ingin kongsikan dengan anak kapal GAIA, sila lakukan dengan penuh berhati-hati."
Nik dan Lee Yong serta Jasmin dan Zura saling berpandangan sesama sendiri. Jelas riak wajah mereka yang berkerut dan penuh dengan tanda tanya.
" Kapal eksplorasi BLEU adalah kapal angkasa khas jenis kelas OMEGA yang ditugaskan ke planet Alpheratz untuk mengkaji suatu keganjilan yang dikesan di penghujung galaksi itu. Ingin dimaklumkan bahawa planet Alpheratz terletak di konstelasi Andromeda, yang berada di dalam kuadran utara 1.
Harus difahamkan bahawa misi BLEU adalah sulit dan hanya Pegawai Teratas ESF ( Earth Space Federation / Persekutuan Angkasa Lepas Bumi ), Majlis Tertinggi Pusat Pentadbiran Angkasa dan juga Perdana Menteri Malaysia sahaja yang mengetahui.
6 bulan sebelum BLEU dilancarkan 2 tahun yang lepas, pusat ANGKASA telah menerima maklumat dari ESF bahawa pihak NASA telah menemui suatu keganjilan yang berlaku berdekatan dengan planet Alpheratz.
Sebuah bintang bergas skala kecil telah muncul dengan tidak semena-mena tanpa sebarang sebab mahupun punca yang jelas. Di atas sebab itu, pihak NASA telah menghantar sepasukan ekspedisi bernama LIMITLESS yang berpusat di planet Rigel di Orion untuk menyiasat dengan lebih lanjut.
Selang 24 jam selepas LIMITLESS tiba di Alpheratz , sistem komunikasi terus terputus dan ianya hilang terus tanpa khabar. Pihak NASA telah cuba untuk menghubungi LIMITLESS serta menghantar "recon drone" dari pengkalan planet Rigel, namun hasilnya gagal. Seminggu kemudian, "recon drone" tersebut berjaya dijumpai berhampiran orbit planet Rigel dalam keadaan musnah. Data yang mereka perolehi tidak begitu jelas dan pelbagai persoalan kekal tidak terjawap.
Pihak NASA telah memaklumkan pada ESF dan mereka telah meminta bantuan dari pihak ANGKASA untuk meninjau, mencari dan menyelamat. Kita bersetuju untuk membantu lantas menugaskan BLEU yang baru sahaja memulakan misi mereka dan kebetulan berada berhampiran bintang Betelguese ketika itu."
Ezwan menekan butang pause untuk menghentikan seketika rakaman yang terpampang di hadapan kesemua yang sedia ada.
"Kapten, betul ke semua ini? " tanya Ikmal yang jelas kurang percaya dengan apa yang baru saja dilihat mereka sebentar tadi.
Selama ini apa yang mereka ketahui adalah tentang kehilangan BLEU ketika melakukan ekspedisi untuk meneroka beberapa planet kecil dan bintang yang terletak di konstelasi angkasa Orion. Ianya dipercayai terhempas dan maklumat tertentu tentangnya telah diumumkan oleh pihak ANGKASA sebulan selepas kejadian tersebut.
Kini dengan pendedahan yang didengari mereka baru-baru ini amat bercanggah dengan kenyataan rasmi dari pusat ANGKASA.
Ezwan sekadar merenung ke arah wajah Ismail, dan mereka yang lain. Dia sedari apa yang sedang bermain di dalam minda mereka adalah sama ketika dia mula-mula mendengar tentang kenyataan ini dari Laksamana Rudin itu sendiri.
Terperanjat dan kurang percaya pada mulanya, malah dia mengambil masa seminggu untuk menerima kenyataan itu. Dan dalam tempoh tersebut merupakan satu tempoh yang mula memberikan harapan kepada dirinya.
"Saya mengambil masa hampir seminggu untuk menerima kenyataan ini, dan ini ketika kita sedang berada di orbit planet Marikh, selepas misi kita yang terakhir sebelum ini."
"Ow, patutlah Kapten bersikap dingin dan moody je time tu, " kata Zura perlahan.
Lee Yong dan Jasmin juga mengangguk sebagai tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Zura.
"Kapten, adakah ini bermakna transmisi yang kita pintas tadi adalah sama dengan apa yang kita pintas tempoh hari?" soal Nik sambil mentaip sesuatu di tab kecil yang dipegangnya.
Lee Yong menggeleng ke arah Nik sambil diperhatikan oleh Ezwan.
"Kod trasmisi untuk kedua-duanya adalah berlainan. Yang kita terima itu langsung tidak mempunyai sebarang kod atau digital imprint yang dimiliki oleh semua jenis kapal angkasa di bawah ANGKASA atau di bawah ESF. Sebab itu ianya dirujuk kepada ANGKASA atas arahan kapten.
Tetapi yang baru-baru ini jelas adanya digital imprint yang didaftarkan khas di bawah BLEU, walaupun pada mulanya ianya tidak menampakkan sebarang kod yang nyata. Seperti ... "
"Menunggu masa untuk dibuka, betul? Dan saya percaya apabila kod tersebut berjaya dinyahsulit, mesti ada hidden worm yang cuba untuk menembusi sistem komunikasi GAIA., " jawab Ikmal sambil jari jemarinya menaip sesuatu dengan pantas di tab miliknya.
"Owh, patutle..." bisik kecil Lim sambil diperhatikan oleh mereka yang lain.
"Apa dia Lim?" soal Ezwan.
"Ketika sedang melalukan rutin sistem check dengan Raymond dan Nash di bilik engineering, saya sedari ada bacaan spike yang luar biasa secara tiba-tiba di terminal sistem komunikasi dan ianya bergerak dengan pantas menghala ke terminal konduit engineering. Tapi saya dah berjaya block dan contain spike tersebut di dalam konduit terminal yang berasingan. Yang peliknya, ianya tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan."
"No wonder. Memang adanya worm, tetapi sejenis worm yang tidak pernah dilihat."
Ikmal segera bangkit lalu menekan di atas tabnya. Imej di LED tersebut bertukar dan terpampang satu bentuk kod dan grafik bergerak ibarat sejenis cacing digital yang bertanduk tiga.
"Itu?"
"Itulah worm digital yang telah menyusupi sistem komunikasi kita tadi, Lee Yong."
"Kapten?" Jasmin menunggu arahan lanjut dari Ezwan.
Ezwan meneliti bentuk cacing digital tersebut dengan penuh teliti, ibarat ianya adalah sejenis cacing yang benar-benar bernyawa.
Beberapa persoalan sedang bermain di dalam mindanya. Apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang ni...
"Kapten?" suara Jasmin kedengaran semula.
Ezwan menoleh ke arah mereka semua. Apa yang berlaku kini merupakan kali pertama dihadapi oleh mereka semua selama mana mereka memulakan misi 5 tahun.
Jelas terbayang kerisauan di wajah Lee Yong dan juga Jasmin. Manakala bagi yang lain, ketenangan masih lagi terserlah walaupun Nik kelihatan kurang selesa.
Ezwan tidak memberi sebarang jawapan kepada Jasmin. Dia menekan butang remote lalu video rakaman Laksamana Rudin kembali hidup semula.
"Beberapa jam selepas BLEU tiba di Alpheratz, dengan tidak semena-mena mereka telah menerima pelbagai isyarat komunikasi yang tak tentu hala dari sekitar ruang angkasa Alpheratz. Selepas mereka berjaya mengenalpasti punca isyarat komunikasi tersebut, ianya adalah dari kapal angkasa LIMITLESS. Tetapi mereka gagal untuk mengesan dan menemui LIMITLESS sehinggalah 48 jam kemudian.
Berdasarkan laporan terakhir dari Kapten Omaruddin selaku Kapten kepada BLEU, mereka berjaya mengesan LIMITLESS di sebuah planet kecil yang terletak berhampiran orbit bintang kedua Alpheratz. Namun selang beberapa jam kemudian, komunikasi di antara BLEU dengan pusat ANGKASA terputus tanpa sebarang sebab.
ANGKASA ada berhubung dengan ESF berkenaan apa yang telah terjadi. Secara amnya pihak ANGKASA telah merancang untuk melaksanakan misi khas untuk mencari BLEU serta mendapatkan jawapan yang sepatutnya, tetapi ianya dibantah dan tidak dibenarkan oleh pihak ESF dengan alasan merbahaya dan perkara yang sama boleh berlaku."
Laksaman Rudin berhenti seketika sebelum meneguk segelas air sambil meneliti beberapa kertas di hadapannya. Dari riak wajahnya kelihatan teragak-agak untuk membaca apa yang tercatat di atas kerta itu.
" Ezwan, saya mohon maaf di atas apa yang kita telah sembunyikan dari makluman awak dan juga orang ramai amnya. Sebabnya satu sahaja - demi keselamatan. Selang beberapa bulan selepas kehilangan BLEU, pihak atasan ANGKASA mengambil keputusan untuk melaporkan apa yang berlaku di mana saya rasa awak pun tahu. Dan ianya dinyatakan sebegitu di atas sebab-sebab keselamatan negara di mana ianya telah dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu.
Hakikatnya di atas risikan yang dijalankan oleh anggota perisik di dalam ESF mendapati bahawa maklumat tentang apa yang berlaku berdekatan planet Alpheratz telah diketahui lebih awal sebelum LIMITLESS dan juga BLEU dihantar ke sana. Namun sebab sebenar dan maklumat lanjut tidak dapat diperolehi kerana anggota perisik yang dihantar telah dijumpai mati dibunuh di dalam keretanya.
Majlis Tertinggi Pusat Angkasa termasuk saya telah mengambil keputusan untuk memberikan misi khas ini pada awak dan juga krew GAIA untuk menyiasat misteri kehilangan BLEU dan apa jua yang berkaitan. Harus diingatkan , misi ini adalah sulit dan tidak diketahui langsung oleh ESF. Dan ianya harus kekal sedemikian demi keselamatan awak dan seluruh krew GAIA."
Rudin berhenti seketika, sambil menarik nafas panjang. Ayat yang keluar seterusnya sememangnya tidak pernah dijangkakan oleh Ezwan.
"Ezwan, seperkara lagi. "
Rudin berhenti seketika sambil merenung tepat ke arah monitor itu. Dirasakan hatinya amat berat untuk menyatakan sesuatu, sesuatu yang dirahsiakan semalam 2 tahun ini.

"Aku tak tahu macam mana nak katakan ni pada kau, tetapi aku minta maaf sebab tak beritahu kau perkara yang sebenar - tentang Dia. "
"Dia terpaksa meninggalkan kau demi misi BLEU. Dia minta perkara ini dirahsiakan daripada pengetahun kau atas sebab yang kau mungkin sendiri, tahu.
Apapun, aku berharap agar kau dan krew GAIA selamat dalam misi ini dan berjaya pulang dengan selamat. Sekian, wassalam. "
Siaran rakaman video tersebut tamat dengan sendirinya. Krew yang lain berpandangan sesama sendiri. Selain dari pendedahan yang mengejutkan tentang misi yang harus mereka lakukan, mereka juga tertanya-tanya tentang 'Dia'. Siapakah dia? Adakah yang dimaksudkan itu seseorang yang dikenali oleh kapten mereka. Pelbagai persoalan bermain di fikiran masing-masing.
Apabila Ezwan mula menerima video ini dan terdengar tentang DIA, sememangnya Ezwan terkejut. Dia? Wanita yang dia temui 13 tahun lepas... ....yang kemudian menghilangkan diri pula 2 tahun yang lepas. Kenapa pula BLEU? Kebetulan pulak itu. Sememangnya apa yang dimaksudkan Rudin baginya kurang jelas dan tidak difahami.
Ezwan menarik nafas perlahan-lahan. Dia mengalihkan pandangan pada krew-nya, mengamati apa jua reaksi yang mungkin ada.
"Baiklah. Seperti yang anda semua maklum dan sedari bahawa saya tidak berkongsikan maklumat ini sebelum ini adalah di atas sebab sebab tertentu dari segi keselamatan anda semua. Tetapi dengan apa yang kita telah lalui baru-baru tadi, saya rasa ianya adalah waktu yang sesuai."
"Maksud Laksamana Rudin tadi, konspirasi teori?" tanya Lee Yong dengan nada sedikit gementar.
"Nampaknya camtu le, " jawab Ikmal sambil berpeluk tubuh.
"Adakah apa yang kita baru alami tadi ada kaitan terus dengan ini semua?" giliran Jasmin untuk bertanya. Baginya selaku pegawai yang bertanggungjawab dengan keselamatan, dia harus bersiap sedia dari segala sudut.
"Mungkin ya mungkin tidak. Cara yang terbaik adalah untuk kita mencari jawapan berdasarkan petunjuk yang ada."
"Ikmal dan Nik, tugas anda berdua adalah untuk menganalisa dan mengenalpasti punca worm tersebut dan samada sebarang infrastruktur dan terminal sistem kita telah diceroboh atau tidak. Jasmin dan Lim, scan setiap terminal sistem untuk pastikan ianya berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang kerosakan. Lee Yong, periksa semula kedua dua komunikasi yang kita pintas dan cuba cari sebarang persamaan jika ada."
Mereka yang menerima arahan tersebut segera bingkas bangun dan mengundurkan diri dari bilik mesyuarat tersebut.
" Ezwan, siapakah si dia ? " Zura tergerak untuk bertanyakan soalan itu. Dia sedar dia mengucapkan namanya terus tanpa menggunakan panggilan kapten. Hubungan di antara mereka berdua selama ini sudah menjadi kebiasaan dengan panggilan nama secara terus.
Dia yang masih berada di atas kerusinya teringin untuk tahu apa yang dimaksudkan oleh Laksamana Rudin. Selaku seorang doktor dan juga kaunselor bertugas dalam memastikan emosi dan keadaan mental setiap krew GAIA adalah dalam keadaan stabil dan juga berupaya untuk melakukan tugas tanpa sebarang masalah, termasuk juga kapten kapal.
Ezwan merenung ke arah Zura seketika. Dia membisu sambil menggaru kepalanya.
"Saya akan kongsikan kisah itu bila tiba masanya nanti, ok?"
"Erm, okay Ezwan. Saya minta maaf andai soalan tadi menganggu awak, " Zura bingkas bangun lalu segera meninggalkan bilik mesyuarat tersebut dengan persoalan yang masih berlegar-legar dalam mindahnya. Sepanjang pengenalan dia dengan Ezwan, nampaknya masih ada lagi rahsia peribadi yang tidak diketahuinya.
Ezwan kini bersendirian di dalam bilik mesyuarat tersebut, Dia mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang terletak di hujung meja dan bertentangan dengan skrin LED.
Fikirannya sedang memikirkan apa yang harus dilakukannya selepas ini, dengan perkembangan terbaru dan juga reaksi krew yang lain sejurus dikongsikan maklumat tadi.
Perjalanan GAIA akan mengambil masa kurang dari 96 jam (4 hari) untuk tiba ke Alpheratz.
Alpheratz terletaknya 97 tahun cahaya daripada matahari dan merupakan bintang yang paling terang di dalam konstelasi Andromeda. Alpheratz merupakan sistem bintang binary yang terdiri daripada dua bintang dalam jarak orbit yang berdekatan.
Selama ini teori tentang kemungkinan wujudnya mahkluk asing semenjak keupayaan manusia untuk menjelajah ke angkasa lepas sentiasa bermain-main di dalam minda kebanyakan manusia terutamanya bagi yang berada di pusat ANGKASA atau NASA mahupun ESF itu sendiri.
Tiada sebarang bukti kewujudan entiti mahkluk asing dijumpai walaupun adanya laporan yang mengatakan sebaliknya. Tetapi di akhir hari hanyalah berita palsu dan lebih berbentuk kepada khabar angin.
Kini, persoalan tentang punca kehilangan LIMITLESS dan juga BLEU sehingga kini tiada sebarang jawapan yang konklusif. Pihak ESF dan juga NASA tidak pernah berkongsikan maklumat tentang punca kerosakan "recon drone" dengan pusat ANGKASA.
Sekarang dengan wujudnya 2 transmisi yang dipintas oleh mereka dalam tempoh yang singkat dan juga penemuan sebuah kapal kargo dalam long range scanner. Serta dengan serangan worm yang baru sahaja berlaku tadi. Ianya lebih kepada tindakan seseorang atau pihak tertentu yang semestinya adalah manusia dan bukan makhluk asing.
Ezwan menekan butang interkom yang terletak di atas meja mesyuarat lantas menghubungi bridge.
"Ismail, tukarkan haluan kita ke arah kapal kargo yang kita jumpai dalam scanner tadi. Kelajuan minima dan sentiasa pantau jika ada sebarang perubahan kelajuan pada kapal kargo tersebut.
Ismail dan Lee Yong, cuba siasat dengan lebih lanjut tentang kapal kargo tersebut. Milik siapakah dan dari mana ianya datang. Faham semua?"
"Faham kapten. Kelajuan pada impulse 1 ke arah kapal kargo tersebut. Tiada sebarang perubahan pada kelajuan kapal tersebut, malah ianya seperti terapung di tempat yang sama, " jawap Ismail.
"Ok. Update saya jika ada sebarang perubahan."
No comments:
Post a Comment