Darah yang banyak mengalir dari lengan kirinya.
Terkaman dari makhluk seakan manusia itu memyebabkan tulangnya retak, dan tisu yang jelas terkoyak.
Dia cuba menggerakkan dirinya sebaik mungkin tapi lemah, tiada lagi kekuatan yang boleh dikerahkannya.
Cubaannya tadi untuk memanggil bilik gerakan hanyalah berakhir dengan bunyi erangan yang sakit sahaja.
Tidak pasti samada mereka dapat atau fahaminya.
Nafas semakin berat, kepala makin pening, matanya mulai kuyu.
Mati.....ayat itu bermain-main di dalam fikirannya, takut....
----
Amylia menunggu apa jua yang berada di luar koridor kuarters krew di aras 2 itu.
Bunyi yang didengarinya tadi kian hilang, namun dia masih was-was.
Dia cuba menghubungi bilik kawalan tapi tidak berjaya, statik.
Statik ibarat rosak, fikirnya. Namun kenapa boleh rosak sekarang kerana awal tadi takda masalah untuk berhubung.
Dia mengundurkan diri semula ke katilnya itu.
Kurang pasti apa sebenarnya telah terjadi, risau, rimas, hatinya teramatlah tidak senang akan semua ini.
---
Ikmal segera mengemudi GAIA untuk keluar dari kawasan orbit dan angkasa Pluto sebaik menerima arahan Lee Yong.
Masih lagi dalam keadaan 'cloaking' dan segera menetapkan destinasi ke bulan Titan, mengikut kelajuan warp 2.
Warp 3 ke atas tidak dapat dilakukan sementara waktu atas nasihat Raymond kerana ketidakseimbangan yang perlu diperiksanya itu.
Persoakan yang bermain di fikirannya tidak pernah ditanya langsung sebab itu bukanlah sifatnya.
Dia hanya tahu mematuhi dan megikut apa jua arahan yang diberikan asalkan matlamat misi tercapai dengan sebaik mungkin.
Tanpanya sebagai pengemudi kapal, maka ia akan menjejaskan keseluruhan misi mereka.
Lee Yong cuba menghubungi Titan dan Pusat Angkasa namun dirasakan terhadap halangan di persekitaran orbit angkasa Pluto.
Maka dengan itu dia mengarahkan Ikmal untuk beredar dari situ dengan segera.
"Cloaking" masih diperlukan untuk memastikan apa jua benda yang mungkin berada di luar sana tidak sedar yang mereka telah beredar.
Dia harus menghubungi Laksaman Rudin dan memaklumkan perkembangan yang sedia ada dan meminta bantuan yang perlu.
Keselamatan krew juga amat penting, namun dia berbelah bagi dan khuatir dengan tindakan seterusnya.
Amylia...dan juga Azlindah. Didi pula bagaimana?
Zura berkeras yang mereka harus mencari Azlindah dengan segera.
Andai suara yang didengarinya tadi memang Azlindah, maka dia mungkin dalam kecederaan dan memerlukan bantuan segera.
Cuma Ramis dan Lee Yong masih was-was dengan tindakan yang perlu diambil.
Lembaga mahupun entiti asing ULF mungkin masih berada di dalam kapal.
Tiada yang boleh dipastikan memandang imbasan bio kapal mengalami masalah dan Vcam kamera tidak menampakkan apa-apa.
Jika apa yang diperkatakan oleh Raymond itu benar, yakni lembaga entiti itu dalam keadaan halimunan, maka ia akan menjadi lebih sukar.
Ramis adalah pegawai keselamatan yang telah berkhidmat dengan Pusat Angkasa, dan juga pernah menyertai misi ekspedisi yang dianjurkan Nasa sebelum ini.
Pengalaman yang dia ada bagaimanapun tidak pernah seperti sekarang, berhadapan dengan sesuatu yang tidak pernah diketahui mahupun wujud yakni ULF.
Apatah lagi kapal GAIA dicerobohi dengan mudah apabila perisai LEVEL 2 diaktifkan sebaik sahaja Ezwan dan yang lain sampai ke BLEU B.
Tiada apa jua benda yang boleh masuk secara fizikal mahupun melalui 'transport'. Mustahil baginya.
Saranan Zura untuk mencari Azlindah memang baginya difahami dan dia juga setuju untuk bertindak.
Namun apa yang perlu dia lakukan kalau mereka berdepan dengan ULF tersebut, dan akhirnya perkara yang tidak diingini pula berlaku.
---
Nik putus asa seketika apabila lintar komunikasi secara tiba-tiba mengeluarkan letupan kecil lantas menyukarkan usahanya untuk memulihkan sistem komunikasi 100%. Cubaan yang digunakan tadi untuk menghubungi GAIA patut tidak memberikan kesan sebegini.
Offline terus.
Sebelum itu berlaku, dia perasan yang komunikasi dalaman dengan beberapa buah stesen masih befungsi, dan dia bercadang untuk menghubunginya namun kini tidak kesampaian. Salah satu stesen yang berfungsi seiingatnya adalah dari stesen bilik senjata.
Lee menemui sesuatu yang pelik ketika membetulkan audio dan video log.
Mengikut tarikh rakaman terawal ialah 5 tahun yang lepas, manakalan yang terbaru adalah 6 bulan lepas.
BLEU dilancarkan dari bumi pada 3 1/2 tahun yang lepas, berada di sistem planet Musytari selama 1 1/2 tahun sebelum diarah ke bulan P5 kemudian.
Maka rekod tarikh rakaman ini tidak tepat, patutnya.
Dia cuba sedaya upaya lagi untuk memperbaiki kod enkripsi yang ada.
Jasmeen termenung apabila dia memeriksa semula skematik BLEU B pada tablet trikordernya.
Ada sesuatu yang tidak kena langsung, dan tidak difahaminya.
Tidak pasti bagaimana nak katakan ini pada Ezwan...
Nathan telahpun bangkit dari mana dia berehat tadi dan berjaga di depan pintu masuk bilik tersebut.
Bola sinar yang digunakan mereka tadi akan mulai padam dalam tempoh 2 jam lagi.
Tidak banyak stok yang dibawa kerana misi ini sepatutnya mudah.
Dia mengeluh seketika apabila pandangannya beralih pada mayat lembaga yang menyerangnya tadi.
Takut, risau, semua ada.
Ismail cuba untuk tidak memikirkan lagi tentang Anie, walaupun berat hatinya.
Dia tidak pasti sama itu mayat itu Anie ataupun bukan. Kerana dia hanya mengecam dari segi wajahnya sahaja walaupun tidak lagi sempurna.
Jawapan. Dia perlukan jawapan!
Sebagai pegawai sains, logik dan fakta adalah satu keperluan yang ada untuk merungkai persoalan demi mencari jawapan.
Dari segi logik, Anie tidak sepatutnya berada di sini. Tempatnya bersama krew ARCO di Titan.
Dari segi fakta, mereka tidak dapat pastikan sama ada lembaga itu adalah manusia yang telah dilakukan sedemikian rupa.
Kelengkapan khas perlu mereka ada. Perlu!
Pandangannya ke arah mereka semua sedikit sebanyak melegakan dan merunsingkan-nya.
Mayat wanita yang diperiksanya tadi menunjukkan kesan cakaran di bahagian bahu kiri dan kanan, dan ianya masih baru lagi.
2 jam. 2 jam. Mereka baru mati 2 jam tadi.
Rohaizah telah maklumkan perkara ini pada Ezwan, dengan harapan kapten-nya dapat mencari jawapan yang ada tentang perkara ini semua.
Dan satu lagi yang dijumpainya ketika pemeriksaan lanjut adalah tanda lencana uniform mereka.
Ia bukan tanda lencana ANGKASA, tapi NASA.
4 mayat tadi merupakan anggota krew kapal angkasa LIMITLESS. Pada mulanya secara fizikal dan tubuh badan merekan tidak menampakkan sebarang perwatakan Barat di mana mulanya ia seperti dari keturunan Asia atau lebih tepat lagi dari Malaysia.
Mereka akhirnya menemui krew LIMITLESS..
Kenapa pulak LIMITLESS, bukan BLEU B?
Ezwan merahsiakan apa yang diberitahu oleh Rohaizah dari yang lain, di samping arahkan Rohaizah agar berbuat perkara yang sama.
Dia sekadar berdiri membelakangi mereka yang lain di samping meneguk air dari botol kecil yang dibawanya tadi.
Haus? Bukan... tapi terasa kering tekaknya.
Jasmeen bergerak mendekati Ezwan sambil menghulurkan tablet tri-kordernya.
Ezwan sekadar memerhatikan sahaja.
" Kapten, kapal ini bukan BLEU B tuan. Tapi... LIMITLESS"
No comments:
Post a Comment