"Surprise!!"
Ezwan terkejut. Sedari dia hampir semua krew GAIA sedang berada di belakangnya sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.
Dia sememangnya terlupa tentang tarikh tersebut yang merupakan tarikh hari kelahirannya, 18 haribulan di bulan September.
Umurnya kini baru mencecah 38, namun wajahnya masih menampakkan usia yang masih muda. Ezwan mengamati wajah mereka semua, yang sememangnya gembira dan sudi meluangkan waktu mereka untuk menyambut harijadinya itu.
" Kapten, selamat hari jadi, " ucap Zura kepadanya sambil menghulurkan sepotong kek coklat yang baru sahaja dipotong oleh Ezwan sebentar tadi.
Kek coklat Blackforest yang disediakan khas oleh Amylia Nor selaku orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan makan minum bagi kesemua krew GAIA. Dalam menyediakan makan minum, maklumat tentang kegemaran serta alahan seseorang amat penting baginya. Maka dengan itu jua dia tahu apakah kek kegemaran Ezwan setelah berkhidmat di bawah kepimpinannya selama yang dia ingat.
Zura pula merupakan doktor dan Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab di atas segala urusan kesihatan, penyelidikan sains dan juga kaunselor. Dia dibantu oleh jururawat Rohaizah yang juga merupakan anak saudara kepadanya.
Setahun yang lepas sebelum GAIA dilancarkan secara rasmi ke angkasa lepas, Ezwan baru sahaja dilantik sebagai kapten untuk GAIA. Dan ketika itu dia juga dalam proses memilih beberapa orang pegawai kanan termasuk Pegawai Perubatan dan juga Ketua Jurutera.
Dia memilih Zura berdasarkan pengalaman yang sedia ada di samping direkomenkan oleh Laksamana Rudin yang juga merupakan Pegawai Atasannya.
" Terima kasih semua for the surprise. Walaupun ianya tak patut, " kata Ezwan sambil menghirup secawan minuman panas yang diberikan kepadanya oleh Ikmal.
Dia merenung ke arah mereka yang ada di sekeliling. Masing-masing menanti kata-kata seterusnya.
Ikmal hanya tersenyum. Dia semestinya dah agak reaksi Ezwan. Hampir setahun mereka bersama-sama dan sebagai XO dan pegawai paling kanan, sikap kapten dan juga sebagai seorang kawan yang agat rapat itu amat diketahui.
" Ok guys. 10 minit sahaja sebelum kita sambung semula tugasan kita, ok." Kata Ikmal sambil mengunyah saki baki kek yang ada di atas pinggannya.
Di depan mereka semua adalah monitor dan juga cermin ruang hadapan yang membolehkan mereka yang ada di dalam bilik kawalan untuk melihat keindahan bintang dan alam galaksi di ruang cakerawala.
Lee Yong yang sedang duduk di kerusi stesen komunikasinya yang terletak di sebelah kiri, sambil mengamati monitor kecil yang terletak di sebelah kiri stesen komunikasinya.
Secara tiba-tiba, monitor di stesennya berkelip-kelip tanpa sebarang sebab. Lee Yong yang agak terkejut dengan apa yang berlaku itu dengan segera melakukan analisa dan scan untuk mengenalpasti apa yang sedang berlaku.
Sejurus kemudian, apa yang didapatinya adalah sejenis panggilan kecemasan SOS berbentuk audio tanpa sebarang data visual.
"Kapten!"
Panggilan Lee Yong dengan tidak semena-mena itu mengejutkan mereka yang lain.
" Lee Yong?" tanya Ezwan
" Kapten, saya baru sahaja menerima satu isyarat kecemasan yang berbentuk audio data. Namun saya masih tak dapat mengenal pasti dari mana puncanya. " kata Lee Yong.
Ezwan memandang ke arah Ikmal. Hari yang bermakna nampaknya di hari lahirnya.
" Encoded?"
" Ya, dan saya dah berjaya decode. Standard decoding algorithm sahaja tuan, " jawab Lee Yong. Dia juga berasa hairan apabila dengan mudah berjaya menyahsulit data audio tersebut.
"Standard?" soal Ikmal. Dia berasa hairan kerana walaupun ianya bersifat isyarat kecemasan, tetapi protokol seharusnya menggunakan jenis decoding level Alpha ke atas.
Ezwan berfikir sejenak. Isyarat kecemasan yang hanya menggunakan standard decoding baginya adalah sesuatu yang amat jarang berlaku, Sebab kebiasaannya setiap encoded message adalah pre-encoded mengikut level Alpha ke atas. Dan jenis kod Alpha adalah terbahagi kepada beberapa kategori.
Ianya memerlukan kemahiran pegawai komunikasi untuk mengenali jenis level Alpha mengikut apa yang telah dipelajari mereka di Akademi Angkasa dan juga berdasarkan pada pengalaman masing-masing.
Standard protokol hanya bermaksud jika mereka yang menghantar isyarat tersebut tidak mengetahui tentang adanya pre-encoded SOS mesej atau sebaliknya.
Ezwan mengerling ke arah Jasmin yang kelihatan sedang menunggu arahan darinya. Dia yang dari tadi sedang asyik menekan sesuatu di konsol kawalan keselamatan dan kini seperti sudah bersedia untuk mengatakan sesuatu kepadanya.
"Apa yang Jas dah jumpa?" soalnya secara ringkas.
Jasmin hanya tersenyum kecil. Panggilan "Jas" jarang digunakan oleh Ezwan dan ini adalah kali pertama ianya digunakan ketika berada di bridge.
Zura dan Ikmal berpandangan sesama sendiri. Hari yang lain dari yang lain nampaknya.
"Mengikut pada short range scanner, tiada sebarang tanda-tanda kapal angkasa lain yang berdekatan dengan di mana kita berada sekarang."
"Tetapi..?"
"Tetapi long range scanner kita menunjukkan adanya sebuah kapal angkasa yang terletak kurang dari 1 tahun cahaya. Bagaimanapun saya tak dapat nak mengenalpasti jenis atau model kapal angkasa tersebut tetapi mengikut pada anggaran yang saya perolehi, ianya agak kecil seperti sebuah kapal kargo mini."
"Kapal kargo mini?" soal Ikmal.
Baginya sebuah kapal kargo mini hanya untuk kegunaan perjalanan jarak dekat, dan semestinya ada sebuah kapal angkasa induk.
"Saya tahu apa yang Ikmal fikirkan, " kata Ezwan sambil menggaru kepalanya. Dia menoleh ke arah Lee Yong lalu memberi isyarat untuk memainkan mesej yang diterima tadi.
" M.....d...y.....M....da....... Thi... t..e ....U. We...r..u...r....a....ck. R...st......diate........stance......."
Masing - masing terdiam seketika.
"Sekali lagi Lee Yong." Arah Ezwan.
Bunyi mesej tersebut kedengaran semula dan masing-masing yang ada cuba memahami maksud mesej tersebut yang terputus-putus.
"Under attack?" ayat tersebut terpacul dari mulut Nik sambil membetulkan cermin matanya. Dia yang berdiri di sebelah kiri Lee Yong dan selaku Pegawai Sains mengalihkan pandangannya ke arah Ezwan dan Ikmal dengan raut wajah yang tertanya-tanya.
"Dapat kesan dari mana datangnya mesej SOS tersebut?" soal Ezwan.
Lee Yong menganalisa dengan lebih lanjut. Namun riak wajahnya tampak keliru.
"Lee Yong?" tegur Ezwan apabila dia sedari riak wajah gadis yang berusia awal 20-an itu berubah dengan tidak semena-mena.
" Kapten, apa yang saya perolehi agak mengelirukan dan agak pelik, " jawab Lee Yong sambil dia berpaling ke arah Nik yang juga terkejut dengan apa yang terpampang di monitor stesen komunikasi.
Ezwan mengerutkan dahinya. Matanya jelas memandang tajam ke arah Lee Yong. Dia ingin mendengar punca dan dari mana mesej SOS itu datang. Adakah ianya datang dari kapal kargo tersebut atau bukan.
Lee Yong mengambil nafas seketika dan menelan air liur. Dirasakan tekaknya kering.
"Sumber kod mesej SOS tersebut mengikut dari data dari pengkalan data yang kita ada, adalah seiras dengan kod transmisi milik kapal angkasa BLEU."
"BLEU?" Ikmal terkejut dengan apa yang didengari mereka semua. Mustahil!
Ezwan terduduk seketika di atas kerusi kapten kapal. Dia hanya memejamkan mata, sambil jari kirinya menyentuh dahinya yang jelas berkerut.
"Ia tak masuk akal langsung, " celah Jasmin.
"Apa yang kita semua tahu, BLEU telah jatuh terhempas pada 2 tahun yang lepas dan tiada sebarang tanda yang mengatakan adanya survivor. Kalau betul apa yang kita dengar tadi adalah audio kecemasan, kenapa baru sekarang kita terima? Dan siapa pulak yang hantar kod SOS tu hari ni?" sambung Jasmin semula.
Ezwan berpeluk tubuh sementara cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Jasmin.
"Kapten, adakah ianya bermaksud kapal kargo tersebut adalah dari BLEU? Adakah kemungkinan tersebut walhal kita semua tahu secara rekod, kapal tersebut telah musnah akibat terhempas 2 tahun yang lepas. Kenapa tiba-tiba di hari ini ...?" ayat tersebut tergantung apabila Ezwan memulakan langkah ke arah pintu masuk bridge.
Ikmal sedar mungkin dia dah terlanjur kerana di antara mereka semua, Ezwan adalah paling terkesan di atas apa yang berlaku pada BLEU 2 tahun lepas.
" Ismail, hold position kita sehingga diberitahu kelak. Jasmin, tingkatkan aras perisai ke LEVEL 3, "arahnya dengan segera.
Ismail selaku jurumudi kapal angkasa GAIA hanya menurut sahaja perintah tersebut dan segera melakukan apa yang diarah.
" Lee Yong, Ikmal, Zura, Nik, Jasmin, ikut saya ke bilik mesyuarat " katanya sambil menekan butang interkom. " Lim, datang ke bilik mesyuarat dengan segera"
Lee Yong segera memberikan arahan kepada Lily selaku pembantu komunikasi untuk memantau dan memeriksa semula kod SOS andai ada sebarang petunjuk yang terlepas pandang.
Ezwan bersama Lee Yong dan Ikmal segera bergerak dan melangkah keluar dari bilik kawalan tersebut. Sebelum mereka beredar, Jasmeen memberikan arahan kepada SO (Security Officer) Ramis untuk memantau carta perjalanan dan mana mereka berada sekarang, serta meneliti setiap aspek atau kemungkinan yang bakal dihadapi mereka.
Ramis akur dengan arahan yang diterimanya. Dia mengangguk tanda faham.
"BLEU?" itu sahaja yang timbul di fikirannya kini.
No comments:
Post a Comment