Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Tuesday, November 13, 2012

Bab 10 - Anie?

Angkasa Bab 10 - Anie?

Serangan lembaga itu nyaris-nyaris terkena lehernya, namun tembakan laser dari rifle Jasmeen sempat mengenanya dahulu lantas berjaya menyelamatkan nyawa Nathan.

Namun di saat mengelakkan diri, Nathan tergelincir dan jatuh menyebabkan kepalanya terhantuk ke atas lantai.
Di saat itu, dia tidak sedarkan diri dan darah mulai mengalir dari belakang kepalanya.

Jasmeen mendekati lembaga itu, menjauhkannya dari Nathan dan yang lain.
Ezwan mengarahkan sesuatu pada Ismail sebelum menghampiri Jasmeen manakala Rohaizah dengan segera memeriksa keadaan Nathan.

Ismail memeriksa perimeter di sekeliling dan mengesahkan keadaan semua terkawal, lalu memberi isyarat pada Lee dan Nik untuk menyegerakan tugasan seterusnya. Lee dan Nik segera memasuki ruang bilik komunikasi tanpa berlengah-lengah, namun mereka tergamam dengan apa yang dijumpai.

" Kapten! " panggil Nik.

Ezwan ketika itu sedang meneliti lembaga yang terlantar di atas lantai tersebut, bangkit dan menuju ke arah Nik. Dilihatnya keadaan bilik tersebut.
Kerosakan, bagaikan berlaku pertempuran ataupun diserang. Baginya, serangan mungkin datangnya dari lembaga tersebut. 
Namun masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

Lee cuba mencari punca janakuasa di bilik tersebut, di mana ianya terletak di hujung korridor bilik itu bersebelahan dengan mayat seorang wanita yang tertiarap. Kesan luka jelas terbayang di wajah wanita tersebut, ibarat dicakar oleh seekor haiwan yang ganas.

Ismail merapatkan diri ke Jasmeen sambil melihat lembaga tersebut. Sebagai seorang Pegawai Sains, rasa teruja dan curiga sememangnya timbul di hati.
Penemuan satu entiti ULF kini menjadi nyata.

" Masih hidup lagi ke?" tanyanya.

" Saya rasa tak, sebab memang tepat tembakan tadi ke arah belakang badannya " balas Jasmeen.

Jasmeen sememangnya bertindak pantas tadi dan berjaya menyelamatkan Nathan. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa gentar.
Baginya sebagai seorang yang bertanggungjawab ke atas urusan keselamatan krew kapal dan juga kaptennya, dia harus menunjukkan prestasi yang tinggi dan cemerlang tanpa sebarang masalah. Walaupun dia dari segi fizikal dengan saiz badan yang agak gempal sedikit namun itu bukanlah satu ukuran.

Dia tadi memang kecewa dengan sikap Nathan yang tampak tidak berani, namun dia sedar tiada siapa yang sempurna. 
Dilihatnya ke arah Rohaizah yang sedang memeriksa keadaan Nathan. Pendarahan telahpun dihentikan dan kepalanya sedang dibaluti dengan 'bandage'.

" Cuma luka kecil saja Jasmeen, tiada apa yang nak dirisaukan. Cuma kepalanya ada sedikit konkusi, tapi semua ok je. Paling teruk pun, pening kepala je "
kata Rohaizah dengan nada bersahaja. Semua serius kini, termasuklah dia. 

Gadis yang comel putih ini pada asalnya tidak berminat untuk menyertai sebarang misi ke angkasa lepas. Namun disebabkan pujukan makciknya Zura, maka dia mengambil keputusan untuk menyertai GAIA walaupun menerima tentangan dari ayahnya, yang mengganggap tidak sesuai dan amat berbahaya baginya.
Kini, dia sedikit sebanyak akur setuju dengan apa yang dikatakan oleh ayahnya itu. 

" Saluran komunikasi di sini semuanya tidak berfungsi. Ada banyak benda yang harus dibaiki dahulu sebelum saya dapat kalibrasikan semula sistem sedia ada, dan cuba untuk berhubung dengan GAIA " terang Nik pada Ezwan sebaik saja Ezwan menghampirinya.

Bila kali pertama Ezwan bertemu dengan Nik setahun yang lepas, dia merasakan yang Nik amatlah muda dan sedkit sebanyak ada ciri-ciri seorang budak 'nerd' dengan cermin mata yang dipakainya. Namun sangkaannya meleset. Nik baginya adalah penyeri bagi krew yang lain dengan sikapnya yang positif dan aktif. Dia juga sanggup meluangkan masa untuk mempelajari sesuatu yang baru dan membantu krew yang lain apabila diperlukan. 

" Lee, bagaimana? " tanya Ezwan sambil menoleh ke penghujung. 

Lee sedang bercangkuk dan meneliti keadaan mayat wanita itu, sebelum dikejutkan dengan soalan Ezwan.

" Kapten, kecederaan yang dialami mayat ini...nampaknya masih baru lagi tuan.." katanya. 

Lee sememangnya berminat dengan banyak perkara yang berkaitan dengan mekanikal, astronomiks, fiziks, termasuklah biologi. Walaupun dia lebih pakar dalam kejuruteraan namun dari segi pemahamannya, setiap masalah atau kerosakan pasti ada punca dan berseba serta penyelesaian yang boleh dicari atau dirujuk. 

Rohaizah terdengar apa yang dikatakan oleh Lee segera bergerak menuju ke arahnya. Ismail pula bersama-sama dengan Jasmeen bergerak mengalihkan Nathan masuk ke ruang bilik komunikasi itu dan menyandarkannya ke tepi sebuah kabinet kosong. Keadaan Nathan buat sementara waktu sedikit sebanyak merisaukan Jasmeen walaupun dipastikan tiada masalah oleh Rohaizah.

Dia mengenali Nathan sebagai seorang yang inginkan cabaran dan berjiwa kental, dan atas ciri inilah yang membuatkannya terpikat.
Namun Nathan tidak pernah memberikan sebarang reaksi padanya, hinggalah dia tahu yang Nathan telahpun berkahwin. Cuma dia berasa kesal kerana tidak dimaklumkan awal tatkala dia mengenali Nathan di pusat Angkasa 2 tahun yang lepas.

Ismail berundur meninggalkan Jasmeen bersendirian untuk meneliti dengan lebih lanjut status fizikal lembaga UFL itu.
Sedikit sebanyak dia menyedari yang tubuh fizikal lembaga itu seakan-akan lutsinar dan kalau tidak dipastikan betul-betul, ia ibarat kosong dan halimunan.

Tinggi dan besar juga, getus hatinya. Ia sedikit sebanyak menyerupai bentuk 'humanoid', yang memiliki bentuk fizikal yang hampir sama dengan bentuk manusia termasuk kepala, tangan dan kaki. Kurus kering bentuk sendi tulang mengikut apa yang dia fahami berdasarkan pemerhatiannya sekarang, dari cantuman kaki ke badan, dan tangan ke kaki. Tapi saiz tapak kaki ULF tersebut seakan berjari enam yang sama saiznya dengan 3 bahagian yang sangat tajam di celah 2 jari tersebut. Perkara yang sama juga kelihatan di bahagian lengan dan tangan ULF tersebut, tapak tangan bersaiz besar dan berjari enam juga. Cuma hanya ada 1 sahaja bahagian yang tajam di jari yang ketiga.

ULF ni kalau tidak diperhatikan sebetul-betulnya kelihatan macam seekor bintang yang besar dengan kuku yang tajam di kedua belah kaki dan tangannya.
Fizikal badannya tidak dapat dipastikan sebetul-betulnya sama ada ia mempunyai dada mahupun perut sebab keadaannya yang mendatar sahaja.

Dia menghampiri posisi kepala lembaga ULF itu. Berkepala tapi botak. Dia tidak dapat lihat dengan lanjut kerana ia tertiarap menghadap lantai. 
Dibeleknya dengan perlahan, tak terfikir apa yang akan dijumpainya.

Ismail tersentak dan terduduk. Raut wajahnya benar-benar terperanjat...

"Ka...kap....t...ten.." Ismail cuba memanggil Ezwan namun badannya yang mengeletar menyukarkan dia ..

Nik dan Jasmeen sedari keadaan Ismail berlari mendapatkannya. Air peluh membasahi muka Ismail dengan cepat, sambil sedikit titisan air mata mengalir dari mata kirinya itu. 

Ismail selaku Pegawai Sains yang dikenali mereka sentiasa berfikiran positif dan tidak pernah menunjukkan perasaan emosional sebelum ini. Dan dia bukanlah tak pernah melihat mayat mahupun meneliti mayat bagi tujuan sains angkasa. Jasmeen melihat ke arah tubuh lembaga ULF itu. Pandangannya terpandang ke arah bahagian kepala ULF itu. 

Terkejut! Namun dia sedikit sebanyak memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat lagi kepala ULF tu.
Tiga biji mata...... salah satu daripadanya tertutup manakala yang dua lagi terbuka dengan luas, terbeliak.
Biji mata tersebut seakan menyerupai apa yang dimiliki oleh manusia itu sendiri, dengan iris mata termasuk anak mata kecil. Hitam warnanya anak mata tersebut.

Namun yang lebih memeranjatkan ialah bentuk wajah ULF tersebut. 
Wajah seakan seorang perempuan dengan bentuk hidung, dan mulut yang terjelir lidah. Riak muka perempuan tersebut yang mengerikan seperti dalam kesakitan mahupun ketakutan.

Tiada rambut dan berkepala botak, dan adanya kesan potongan di sisi kepala. Telinga....telinga takda langsung...kena potong ? Seram sejuk Jasmeen memikirkannya.

Fizikal badan langsung tak menampakkan fizikal manusia, tapi kepalanya benar benar milik seorang manusia, seorang perempuan....

" A..anie.." Ismail....menyatakan sesuatu.

" Itu Anie...." 

Nik dan Jasmeen berpandangan sesama sendiri. Anie?? Adakah kepala itu milik seorang yang dikenali Ismail.
Walaupun sukar untuk mengecamnya dengan lebih dekat, dan mengenalpasti seseorang manusia hanya berdasarkan mulut, mata dan hidung tapi Ismail kelihatan yakin sungguh.

Ezwan yang berdiri di hadapan mereka semua, sekadar menutup matanya. Dia benar-benar tak pasti dengan apa dilihatnya juga.
Buntu....

Jasmeen dan Nik menjadi lebih keliru dan tidak pasti apa yang sedang berlaku. Rohaizah yang baru sahaja meneliti mayat wanita tadi ingin meperkatakan sesuatu pada Ezwan sebelum dia juga tergamam. Di saat itu juga, lampu bilik tersebut mulai menyala dan beberapa monitor befungsi kembali.

" Kapten, itu Anie !!!! Anie!!! " Ismail menjerit.

No comments:

Post a Comment