Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Tuesday, December 25, 2012

Bab 27 - X5



“Bagaimana keadaan dia sekarang, Amylia? “ soal Zura sambil tekun menganalisa sampel sel kulit dari mayat manusia yang dikenalpasti sebagai ULF sebelum ini.

“Dah ok dah, kak Zura, “ balas Amylia. Dilihatnya Azlindah yang telahpun sedarkan diri.

“Mana .. Raymond..?” ditanya Amylia seraya cuba bangkit dari baringnya.

Hatinya kurang senang apabila termimpikan sesuatu yang buruk telah berlaku pada Raymond. Dia khuatir mimpi itu menjadi benar.

“Jangan risau yang bukan-bukan, Azlindah. Awak tu kena banyak berehat, takut andai luka sedia ada merekah semula, “ celah Zura.

Wajahnya berubah seketika apabila monitor terminal perubatannya memaparkan keputusan toksikologi. Dia terkejut, benar-benar terkejut. Mustahil, fikirnya.

--

“Bagaimana keadaannya sekarang, Nazeem? “ soal tegas Rudin melalui interkom. Masa dah kian hampir suntuk.

“Injap dan imbangan kuasa positif dan negative telah diselarikan dengan sebaik mungkin. Kuasa penuh dual-reaktor akan berfungsi sepenuhnya dalam tempoh 30 minit lagi, tuan, “ balas Nazeem dengan segera.

“Bagus. Saya nak kamu berdua pergi cari penolong jurutera sedia ada, Raymond di seluruh pelusuk kapal ini. Saya nak dia ditemui secepat mungkin, “ arah Rudin tanpa berlengah-lengah. Matanya hanya mengamati gerak geri Lee Yong yang kelihatan gelisah. Membisu sahaja tanpa berkata-apa pun.

“Baik tuan, “ balas Nazeem dan Firdaus.

Rudin bangkit dari kerusi kapten yang didudukinya tadi. Kerusi yang sebelum ini kerap diduduki oleh Ezwan. Dia sekadar berdiri sambil memandang ke arah visual hadapan. AXION masih lagi mengekori mereka, Tidak diserangnya, cuma diikut sahaja seperti menanti waktu yang sesuai.

Ikmal meneliti data sedia ada tentang kekuatan dan kelemahan AXION yang mungkin boleh digunapakai. Fokus dengan sepenuh perhatian sedia ada, di samping cuba melupakan apa yang berlaku awal tadi.

Kemusnahan kapal angkasa GAIUS dan pengorbanan Khairil begitu sahaja, tanpa sebarang usaha untuk menghentikannya. Mengapa mereka begitu kejam, dan apa yang mereka hendak sebenarnya. Tanpa diduga, perasaan takut dan sedih menyelubungi perasaan sanubarinya. Kematian Khairil, kematian seorang kenalan yang dikenalinya tika di Akademi Angkasa memberi kesan yang sedikit sebanyak mempengaruhinya kini. Dia nak selesaikan misi ini dengan segera dan kalau boleh balas dendam..

“ Lee Yong? “ suara Rudin menyapa Lee Yong yang masih terkejut.

Misi yang dianggap rutin kini menjadi satu misi yang menjadi persoalan besar bagi dirinya. Apa jua yang pernah dipercayakan sebelum ini tergantung kini. Tak tahu siapa yang boleh dipercayakan selain dari krew kapal GAIA. Malah baginya was-was untuk percayakan Laksamana Rudin jua..

“Tuan, apa sebenarnya sedang berlaku..? “ dipandangnya wajah lelaki yang berumur itu, walaupun baru hampir mencecah awal 40-an. Dahinya yang berkerut-kerut, penuh dengan garisan kulit yang sedikit berkedut.

“Seperti apa yang saya maklumkan kepada Ezwan dan kamu semua, misi ini adalah sulit. Sulit kerana implikasi yang sedia ada dan juga penglibatan pihak ketiga yang diketuai oleh Laksamana AD Zuki. “

Lee Yong tidak memberikan sebarang reaksi, malah dia hampir dapat mengagak sesuatu yang tak kena dengan Laksamana AD Zuki.

“Ada satu projek rahsia yang sedang dirancangkan olehnya dan ianya disokong oleh beberapa orang tertentu yang berjawatan tinggi dalam ESF. Projek yang dipanggil NEBULA.”

Rudin berhenti sejenak. Apa yang dijumpainya data tentang projek NEBULA amatlah mengejutkannya. Perkara yang pernah berlaku semua ini, tidak disangka-sangka merupakan sebahagian daripada pelan awal projek ini termasuklah insiden Unknown Event.

“Lee Yong, semua yang pernah berlaku 13 tahun yang lepas adalah insiden terancang yang amat jahat! Ini termasuklah insiden Unknown Event. “ katanya dengan nada yang sedikit keras, dengan perasaan amarah dikawal sebaik mungkin.

Ikmal berasa terganggu dengan apa yang diperkatakan oleh Rudin. Dia beralih perhatian pada perbualan Rudin dengan Lee Yong. Sememangnya dia tak percaya langsung kerana selama ini dia difahamkan tentang kejadian Unknown Event sebagai titik permulaan penemuan entiti ULF.

“Saya tak percaya! “ ujarnya tiba-tiba.

“Memang sukar bagi kamu untuk mempercayainya, begitu juga dengan saya sebelum ini! “
Rudin bertegas.

“Bagaimana dengan penemuan ULF 1 dan juga kehilangan 500-800 orang, tuan? “ soal Lee Yong.

Rudin mengeluh berat. Ditariknya nafas yang perlahan-lahan.

“ULF 1 adalah hasil kajian pihak Laksamana AD Zuki dalam menggabungkan manusia dengan unsur ULF yang dijumpai mereka ketika misi tinjauan ke bima sakti.”

Tergamam Lee Yong dan Ikmal, masing-masing dengan riak wajah yang tak percaya langsung dengan apa yang didengari mereka berdua.

“Apa yang dijumpai oleh Deena sebelum insiden UE merupakan perancangan terancang yang memungkinkan segala-galanya. Ini termasuk juga dengan kehilangan Farah dan Lilah.. “  tertunduk seketika Rudin di ayat-ayat terakhir.

Farah dan Lilah. Tak disangkanya selama ini selama 13 tahun, rahsia kehilangan mereka berdua menjadi satu misteri yang tak pernah diselesaikan. Namun apabila terdedahnya maklumat sulit projek Nebula yang diperolehinya, dia tak boleh bayangkan langsung apa jua reaksi yang mungkin Deena akan rasai. Andai dia terjumpa mereka berdua.. Namun kehilangan BLEU menjadi satu persoalan baginya kerana ia tak termasuk dalam perancangan Laksamana AD Zuki.

“Lee Yong.” Suara Zura kedengaran di interkom, menyedarkan mereka dari pemikiran masing-masing.

“Ya Zura? “

“Keputusan toksilogi dah siap. U tak akan percaya apa hasilnya.”

“Beritahu je, “ sambil matanya berpandangan dengan Rudin dan Ikmal.

“X5!”

No comments:

Post a Comment