“Mana entiti tu sekarang?”
Sekadar menggelengkan kepalanya
tanda tak tahu. Dia memang tak tahu. Dia sebenarnya tak tahu langsung sama ada
apa yang dikatakan tentang entity sebenar itu betul-betul benar atau tidak.
Kerana dia hanya ketahui perkara ini daripada Laksamana AD Zuki.
Baru sahaja Ezwan ingin bertanyakan
terus soalan, dia terdengar bunyi geseran yang kuat menghampiri mereka. Ismail
berpaling sambil mengamati apa jua gerak geri yang mungkin ada dari bilik
sebelah. Lampu yang malap tadi terus tak bernyala sejak dari tadi tanpa
sebarang sebab.
Riak muka Dr Elizabeth segera
berubah secara tiba-tiba. Mulutnya ternganga dengan matanya terbeliak serta
merta. Darah mula mengalir dari bahagian dadanya ibarat suatu tikaman yang
tajam membelah.
Ezwan dan Ismail terkejut dengan
apa yang disaksikan mereka. Komander Dino telah menerkam pisau tentera kecilnya
ke tubuh Dr Eliza dari belakang dengan tak semena-mena. Wajahnya yang bengis
jelas terpancar, penuh amarah.
Tiada apa jua yang mampu dikatakan
oleh Dr Eliza. Kesakitan yang dialaminya sekarang yang tidak pernah disangkakan
sebelum ini telahpun berlaku ke atas dirinya. Bukan mati diserang oleh entiti
ULF, tapi mati dibunuh oleh lelaki yang sedang dia lindunginya. Kenapa..?
Robekan pisau itu menamatkan nyawa
perempuan itu dengan begitu sahaja tanpa sebarang sebab. Ezwan serta merta
mengacu senjata riflenya dan cuba menembak namun tiada kesan apa-apa. Rifle
lasernya telah kehabisan kuasa secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.
Ditolehnya ke belakang.
Ismail cuba juga untuk menembak
Dino dengan senjata milik Jasmeen namun tidak berjaya juga. Kuasa senjata
tersebut terus menjadi kosong dengan tidak semena-mena.
“Hahaha!” ketawa lelaki bengis itu
sambil menolak tubuh Dr Eliza ke atas lantai.
Tangan kirinya seperti memegang
satu alat kecil yang tidak dikenali. Ismail cuba mengenalpasti alat tersebut
namun cahaya yang ada di dalam bilik menyukarkan usahanya.
“Jangan risau. Kamu berdua akan
mati juga sekejap lagi, tapi bukan sekarang.”
Dia membetulkan posturnya sambil
bergerak menghampiri tubuh Dr Eliza.
Optikal disk yang berada di atas lantai itu diambilnya denga mudah,
langsung tak menampakkan sebarang kecederaan yang dialaminya tadi.
Keadaan sekarang agak getir bagi
Ezwan, Ismail dan juga Jasmeen. Secara fizikal, Dino yang sememangnya lebih
besar dan kuat dari mereka pasti dengan mudah akan menewaskan mereka berdua.
Tapi dia percaya sebesar mana pun tetap akan tewas.
“Kau, kenapa badan kau tampak ok
je? Mustahil kecederaan kau dapat sembuh sendiri? “ soal Ismail kurang percaya
dengan apa yang dilihatnya.
Luka cakaran di bahagian rusuk
kirinya dan juga dari tembakan Ezwan tadi patutnya dah mencederakan Dino secara
serius, tapi kini semua luka itu jelas hilang begitu sahaja.
“Haha, sebabnya mudah. Kebolehan
struktur genetic yang digubah melalui kaedah TREKS membolehkan aku dengan mudah
mengawal sistem imunasi dan membolehkan proses penyembuhan lebih cepat dari
manusia biasa “ katanya dengan penuh bongkak.
Dia melihat seketika jam di tangan
kirinya itu. Kiraan masa dah nak tamat tak lama lagi. Aku tak boleh
lengah-lengah lagi kat sini..
“Kenapa kau bunuh Dr Eliza?
Bukankah kamu berdua dari kumpulan yang sama? “ Ezwan bertegas dengan soalan
ini. Tak kira pun apa jua jawapannya.
“Senang cerita. Dia itu ibarat buah
catur dalam permainan ini. Boleh dihapuskan apabila tiba masanya. Lagipun aku
dah menyampah dengan bebelan dia dan malas nak tunggu. Jadi senang cerita,
bunuh terus. “
Binatang! Ezwan benar-benar
tercabar dengan apa yang diperkatakan oleh Dino itu. Sanggup saja memperlakukan
Dr Eliza sedemikian rupa. Langsung tidak ada sifat kemanusiaan!
Bunyi geseran kedengaran semula,
mematikan riak riang dari muka Dino. Dia berpaling kea rah dinding yang
disandarinya tadi. Kosong.. Sunyi.. Mungkin takda benda kot. Lagipun tiada lagi
ULF. Dia tersenyum semula, lalu menoleh semula ke arah Ezwan dan Ismail.
Hatinya tertawa kerana dimainkan oleh perasaannya sendiri.
ZUPP!
Mulutnya ternganga, matanya tak
berkelip. Pucat serta merta. Pandangannya ke arah Ezwan tiba-tiba menyenget ke
arah kiri tanpa sebarang sebab, ditemani oleh percikan darah merah yang pekat.
Ezwan dan Ismail tergamam dengan
apa yang berlaku.
“Ismail, bawa Jasmeen lari sekarang
ke bilik perubatan tu. GO!!!”
Dengan penuh ketakutan Ismail
mengangkat Jasmeen sedaya upaya, walaupun berat macam mana pun. Ezwan yang
berada di belakangnya menyusul seketika. Dia tidak dapat melupakan apa yang
disaksikannya tadi.
Kepala Dino bercerai dari tubuhnya
dengan mudah apabila diterkam oleh ULF yang muncul dari belakang dinding itu.
Apa yang dia tahu UF tersebut agak besar secara fizikal berbanding dengan
keadaan Anie, yang agak kecil dan sederhana.
Namun dia lagi terperanjat apabila
muka yang muncul di celah rekahan dinding yang dipecahkan oleh ULF itu
benar-benar mirip salah seorang krew kapal GAIA. Didi??
Ya Allah, apa dah jadi. Didi …
No comments:
Post a Comment