Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Sunday, December 9, 2012

Bab 21 - Rudin


Wanita tersebut menghampirinya, tanpa segan silu. Dia sekadar duduk di atas kerusi malas yang disediakan oleh anggota perubatan sedia ada.
Sememangnya dia menunggu kedatangan wanita itu. Persoalan yang ingin difahami dan juga perasaan ingin tahu tentang wanita itu, dengan lebih lanjut.
Tertarik? Mungkin ya, mungkin tidak. Dia bukanlah seorang yang mudah tertarik, kerana fokusnya hanyalah pada karier sedia ada sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Leftenan yang dipegangnya kini bukanlah suatu yang mudah diperolehi.

Seawal tadi dilihatnya wanita itu didatangi seorang lelaki yang memberikan suatu laporan. Tidak pasti apakah yang berlaku sebenanya, namun wanita itu kelihatan bersahaja. Dia bingkas bangun apabila wanita itu berada hampir di depannya.

" Hi" ucapnya. Permulaan yang sederhana baginya.

" Hi. Awak ok? "

Wanita yang tingginya 168 cm dan berbadan sederhana, memilik sepasang mata hijau yang cantik dan berambut panjang paras bahu. Lain daripada apa yang dilihatnya semalam. Kini lebih jelas, comel dan lawa. Tertarik?..Tidak kot, fikirnya.

Lelaki itu tingginya sedkit dalam 175 cm, boleh tahan ketegapan badan dan berwajah kacak. Walaupun ada sedikit habuk dan kotor di bahagian pipinya akibat debu sedia ada. Namun hatinya berasa lega. Lega tapi kurang senang. Perasaan yang berkecamuk di antara realiti dan fantasi.

" Saya minta maaf di atas kehilangan kawan awak, " katanya. Cuba memulakan bicara sebaik mungkin.

Deena tertunduk seketika. Perasaan sedih sememangnya ada setelah disahkan Farah dan Lilah tiada di pekan ini. Tiada kesan langsung mahupun penduduk yang lain. Yang mereka jumpa tadi adalah seorang wanita yang mempunyai nama yang sama - Farah, tapi bukan kawannya itu. 

" Thanks. " Sambil menghulurkan tangan kanannya, tanda untuk berjabat tangan. 

" Saya Deena, Nur Deena Ariffin. "

Tangannya disambut dengan balas " Saya Ezwan, Ezwan Hassan "

---

Korridor aras 3 kelihatan lengang namun ditemani cahaya lampu siling yang berfungsi seperti biasa. Trikorder Rohaizah mengesahkan adanya tanda bio seramai 5 orang namun ia terbahagi pada 2 bahagian.  3 di bilik perubatan manakala 2 di makmal sains. 

Bilik perubatan berada di sebelah kiri mereka sejauh 150 meter di penghujung aras tersebut ke arah kanan. Manakala makmal sains tersebut berada di sebelah kanan mereka kurang daripada 50 meter.

Ezwan memberi isyarat kepada Jasmeen agar kumpulan mereka berpecah menjadi dua, dan komunikasi 2 hala dihidupkan melalui alat komunikator kecil.
Jasmeen mengarahkan Nathan untuk mengetuai Roha, Lee, Nik dan juga Vani ke bilik perubatan manakala dia, Ismail dan Ezwan akan bergerak ke makmal sains.

Mungkinkah dia akan menemui cebisan jawapan pada persoalannya kini, tentang Deena, Bleu dan segalanya... Harap Ezwan sambil cuba bersikap positif dengan apa jua yang mungkin akan ditemuinya nanti.

---

Sejuk...sejuk...kenapa badan aku terasa sangat sejuk ni! 
Tadi...apa yang terjadi tadi? Ada orang lain di sini selain daripada aku ke?
Tolong...siapa-siapa kat sini, tolonglah aku.....aku takut!!!

Didi cuba bangkit dari katil kecil yang terletak di dalam sebuah bilik khas di aras 1 kapal angkasa tersebut. Tangan dan kakinya diikat manakala keadaannya tidak berbaju tetapi diselimuti oleh kain putih dari kaki hingga ke arah lehernya.

Pandangannya ke sekeliing agak terhad, disebabkan kesakitan yang mencucuk dari belakang kepalanya. Seperti ada benda yang melekat, perit..dan berat.
Bau seakan-akan ubat bius mengiringi suasana bilik itu, dengan ditemani oleh bau hanyir ...bau darah yang mengalir.

Kedengaran pintu bilik tersebut dibuka dengan bunyi tapak kaki melangkah masuk. Kasut tumit? Perempuan?
Pandangan matanya dikaburi oleh bayangan orang tersebut yang kini sedang mengamatinya sambil meneliti suatu bacaan yang terpapar di monitor lcd kecil berhampiran.

Suara halus yang merdu dan manis didengarinya. Seperti ada orang yang sedang berbual dengannya atau berkata sesuatu untuk dia fahami.
Namun, pedengarannya kurang jelas, terasa sakit apabila dia cuba memaksa dirinya untuk mendengar. Kenapa sakit?..
Apa yang sedang berlaku ni...

Mulutnya terasa berat, seperti diikat oleh kain yang basah. Sukar untuk melepaskan diri, hanya mampu untuk pastikan pernafasannya tidak terbantut.
Terasa sakit juga di bahagian mulutnya..dia bingung.. Jantungnya berdegup dengan sepantas mungkin, takut..

Tetiba di saat itu jua, badannya terasa seperti dicucuk oleh jarum-jarum yang teramat halus, menembusi setiap saluran darah tubuh badannya itu.
Getaran dari renjatan bio secara terus ke sistem sarafnya itu menyebabkan keseluruhan badannya bergetar tanpa henti. Kesakitan yang dialaminya itu makin kuat, makin tajam dan makin membunuh dirinya itu. Nyawanya kian hilang, tanpa sebarang sebab. Tidak mampu melakukan apa-apa sahaja, kecuali titsan air mata yang mengalir...

---

Kerlipan cahaya di terminal kawalan menyedarkan dirinya dari leka dengan keadaan sekelilingnya. Ikmal sedar hanya dia dan Ramis sahaja yang berada di bilik kawalan tersebut. Dia sememangya kurang selesa apatah lagi hubungannya dengan Ramis tidaklah begitu baik akibat perselisihan faham yang mereka ada beberapa hari yang lepas sebelum ini. Walaupun itu hanyalah perkara kecil, namun Ikmal tetap dengan pendiriannya.

Cahaya tersebut masih berkelip lagi. Ianya berpunca dari sensor jarak jauh. Selain dari kapal AXION tersebut, sensor mendapati ada sebuah lagi kapal angkasa sedang menuju ke lokasi GAIA dengan kelajuan sepantas mungkin. Dia cuba mengenalpasti kapal tersebut. Lagi 1 jam akan tiba ke situ, jarak 2 kelajuan cahaya sekurang-kurangnya. 

Analisa yang dia perolehi menunjukkan kapal itu adalah kapal milik Angkasa, jenis BETA ALPHA - GAIUS. GAIUS??
GAIUS adalah kapal angkasa ujian prototaip yang dibina sebelum GAIA, dan seharusnya kini berada di bulan bumi sekarang. 
Tapi kenapa ianya muncul di sini sekarang? Soalnya sendiri...

Ketika itu juga dia menerima isyarat komunikasi daripada kapal tersebut. Kurang pasti apa yang perlu dilakukan kini. Dia tidak menjawab.
Ramis masih lagi dalam keadaan memerhati, tidak berganjak dari mana dia berada sekarang. Ikmal benar-benar pelik. 
Isyarat komunikasi menyala lagi tanpa henti. 

Namun sebelum dia sempat bertindak, komunikasi serta merta bersambung terus dan muncul wajah seorang lelaki yang agak dikenalinya itu di visual.

" Laksamana Rudin ? "...

No comments:

Post a Comment