Unknown Event (UE) adalah detik permulaan yang menemukan Ezwan dan juga Deena, 13 tahun yang lepas. Dan disitu jugalah bermulanya pelbagai perkara tidak dijangkakan akan berlaku sehingga menyumbang ke hari ini.
"13 tahun yang lepas, 9 lokasi yang berlainan di serata dunia telah dicerobohi oleh suatu kuasa asing yang menyebabkan kehilangan 500 - 800 orang penduduk. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku, namun berdasarkan laporan saksi yang ada, kesemua penduduk itu telah diculik oleh entiti ULF yang bermata tiga"
Ya, sedikit sebanyak dia dimaklumkan oleh Deena tentang kebarangkalian tersebut. Cuma tidak dapat dipastikan dengan lebih lanjut..
Diperhatikan lebih lanjut gerak geri Dr Eliza yang kekal berdiri di hadapan Kommander Dino. Lelaki yang berbadan gempal dan berkepala semi botak itu termengah-mengah. Nyata kecederaan-nya makin parah. Sambil itu Ezwan juga melihat keadaan Jasmeen yang sudahpun pengsan. Harapannya moga Jasmeen terlepas dari cengkaman maut..
"Pihak ESF secara rahsianya telah menjalankan pelbagai eksperimentasi untuk menyelidik tentang entiti ULF tersebut dan mempergunakan apa jua cara untuk melebarkan pengaruh mereka ke arah ruang angkasa lepas supaya tidak terbatas. Teknologi yang baru berjaya dibangunkan dengan pesat dan pantas
demi mencapai cita-cita ini "
"Bukankah misi ESF itu lebih kepada eksplorasi angkasa lepas, meneroka dunia yang baru untuk kegunaan masa hadapan supaya kita sebagai manusia boleh berhijrah? " Ismail mencelah. Baginya itulah satu-satunya prinsip utama ESF apabila ia mula-mula ditubuhkan.
"Benar. Tapi apabila ditemuinya spesimen pertama ULF yakni ULF 1, semuanya berubah serta-merta. " jawabnya dengan penuh sinis.
"ULF 1, Farah Asyikin? " tanya Ezwan untuk kepastian.
"Betul itu, kapten Ezwan. Maklumlah, awak juga terlibat ketika peristiwa Unknown Event tersebut bersama-sama dengan cik Deena.."
Serentak itu jua, fikiran Ezwan menjurus pada persoalan di mana Deena dan krew BLEU. Namun dia merasakan seeloknya biarlah Dr Eliza terangkan rahsia yang diketahuinya sebellum dia bertukar fikiran.
"Awak mesti tertanya-tanya kan di mana cik Deena itu sekarang.. " usik Dr Eliza, menguji kesabaran Ezwan.
"Awak tahu apa jadi pada krew BLEU semua ? " ujar Ismail yang jelas kurang sabar.
Dr Eliza sekadar menggelengkan kepalanya sahaja.
"Kalau saya tahu pun, saya tak akan beritahu kamu. Tapi secara jujurnya saya tak tahu. " , sambil dia melihat jam digital di tangan kirinya. Seperti mengira masa atau menunggu...
Gerak gerinya mencurigakan Ezwan. Kesuntukan masa? Dia harus cepat, ketahui seboleh mungkin apa yang diketahui oleh Dr Eliza.
"Apa yang dah terjadi kat sini Dr Eliza? Dan mana krew ARCO semua?"
Terdiam seketika. Dia sekadar mengeluh dengan hati yang berat.
"LIMITLESS sebenarnya dihantar ke sini oleh pihak NASA di bawah naungan ESF pada 5 tahun yang lepas untuk mengkaji anomali yang sedia ada di penghujung kuadran 1 ini. Anomali tersebut berpunca dari ruang angkasa masa yang terbentuk dengan sendirinya yang mengakibatkan ketidak-stabilan graviti yang menyambungkan 2 titik kuadran menjadi 1. Secara teorinya ini adalah mustahil. "
"Kajian yang dilakukan oleh krew LIMITLESS berjaya membuka pintu dimensi tersebut. Namun kajian selanjutnya membuktikan ruang angkasa tersebut pernah terbuka dengan sendirinya pada tahun 2102 yakni ketika berlakunya UNKNOWN EVENT. Pihak ESF percaya entiti ULF tersebut pernah melalui ke kuadran ini melalui pintu dimensi tersebut. "
"Namun apa yang terjadi kemudian sememangnya tidak dirancang. Kematian 16 orang krew LIMITLESS dalam tempoh 6 bulan tahun tersebut memaksa pihak ESF dengan projek khasnya TREKS yang diketuai oleh Laksamanal AD Zuki memantau terus planet ini dan menghapuskan apa jua entiti ULF yang muncul. "
"TREKS? Benarkah projek berkenaan benar-benar wujud? " ujar Ismail kurang percaya. Terkejut dengan apa yang didengarinya.
"Entiti ULF sebenarnya adalah kosong, tidak berbentuk. Cuma kita boleh lihat ianya wujud melalui 3 cahaya mata yang terbentuk di ruang mukanya yang tak berwajah. "
Tak berbentuk? Kalau tak berbentuk, bagaimana dengan entiti ULF yang mereka jumpai sekarang....
Dr Eliza berasa berat untuk berkata selanjutnya, tampak titisan air mata sedikit mengalir..
Kesedihan di atas kematian Anie, Sanjit dan Femi teryata menguris hatinya. Apatah lagi mereka bertiga terpaksa dijadikan sebagai sebahagian entiti ULF.
"Yang kamu jumpai setakat ini adalah manusia yang telah dibunuh dan diasimilasi oleh entiti ULF tersebut... " katanya dengan perlahan.
Ezwan dan Ismail terkejut dengan kenyataan Dr Eliza. Diasimilasi. Bagaimana? Andai benar ianya diasimilasi, pasti entiti sebenar ULF itu berada di atas kapal LIMITLESS sekarang. Dr Eliza dapat mengagak apa yang ingin ditanya oleh mereka berdua.
" Betul. Ada satu entiti sebenar ULF berada di atas kapal ini. Ia jugalah yang telah membunuh krew kapal ARCO!"
No comments:
Post a Comment