Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Tuesday, December 11, 2012

Bab 22 - Korban!


Lee Yong sedang cuba memahami apa yang diterangkan kepadanya oleh Zura. Di samping meneliti keadaan 2 entiti ULF di atas meja autopsi tersebut.
Wajahnya tidak percaya pada mulanya. Dia sukar nak memahami kebenaran yang dikatakan oleh Zura sebentar tadi.

" Lee Yong. I harap u benar benar faham apa yang i terangkan pada u tadi. "

Zura memang skeptikal pada mulanya untuk beritahu perkara ini pada Lee Yong, namun dia harus. Krew yang lain juga harus tahu.

Ujian darah yang diperolehi dari kedua-dua entiti ULF tersebut di samping ujian DNA menunjukkan bahawa entiti tersebut sebenarnya adalah manusia secara zahirnya. Daripada autopsi yang dijalankan pula menunjukkan penceraian otot dan sendi lengan serta lutut secara pembedahan laser yang amat terperinci. 
Telinga dipotong, kepala dibotakkan dan lidah dipotong. Persepsi sensor tersendiri yang telah dihapuskan, untuk memudahkan kawalan pemikiran dan motor badan secara remote. 

Dijumpanya cip micro digital sd di belakang leher kedua-dua entiti tersebut mengesahkan lagi andaian dia. Ia merupakan peranti untuk perisian data yang bergabung terus ke reseptif otak, sebagai satu cara untuk merekod visual yang dirakamkan secara terus melalui mata ketiga yang dipasang di dahi...

Dari segi fisiologi, kebanyakkan organ utama telahpun dibuang termasuk jantung. Badan yang ada amnya kosong, tetapi mengandungi bendalir aneh yang menyelaputi rangka badan. Bendalir inilah yang membolehkan tubuh badan mereka menjadi halimunan. Zura kurang pasti apakah bendalir tersebut kerana keputusan toksilogi masih belum dapat memberikan jawapannya.

Amylia yang sedang menemani Azlindah tika itu tampak terkejut dengan apa yang didengarinya. Manakala Azlindah pula masih lagi dalam keadaan rehat dan tidak sedarkan diri.

" Lee Yong ! Sila datang ke bilik kawalan dengan segera!!! " interkom Ikmal dengan nada yang agak cemas.

Lee Yong tanpa membuang masa terus beredar dari situ. Perasaan takut mula menyelubunginya. 
Kalau entiti tersebut benar-benar adalah ULF, dia sekurangnya faham akan cabaran yang bakal dihadapi mereka.
Namun penjelasan yang didengarinya tadi tidak dapat diterimanya dengan tenang. Dia tidak pernah bayangkan yang entiti tersebut adalah manusia, MANUSIA!! Manusia yang telah diculik atau ditangkap, menjadi mangsa mengubahsuaian tanpa belas kasihan. Adakah mereka tika itu masih hidup atau dah mati ketika diubahsuai??...

Apabila difikirkan lagi, timbul tanda tanya tentang Didi. Jangan-jangan.....Oh tidak..

" Ikmal, report!" tegurnya apabila dia sampai ke bilik kawalan. 

" Ada talian komunikasi yang kita baru terima tadi, dan masih lagi on standby, " kata Ikmal. 

Wajahnya tampak ceria tapi kurang kepastian dengan situasi terkini. 

" Komunikasi? Dari Axion ke? " tanya Lee Yong. Sambil itu, anak matanya mencari-cari kelibat Raymond namun tak kelihatan. Dia berpaling pada Ramis yang sedari tadi kekal di posisi asal tanpa sebarang gerak geri. Kenapa Ramis ni...?

" Lebih baik u tengok sendiri Lee Yong, " ujar Ikmal. Serentak itu, visual komunikasi terpapar dan memperlihatkan seorang lelaki yang berpakaian putih dan berjalur perak.

" Laksamana Rudin? !" Lee Yong tertanya-tanya. 

Akhirnya berjaya juga dia hubungi Laksamana Rudin. Dia berasa gembira walaupun kegembiraan itu mungkin hanya bersifat sementara memandangkan pelbagai dugaan yang dia dan yang lain harungi kini.

" Salam sejahtera Lee Yong dan juga krew GAIA " katanya terhenti seketika apabila menyedari Ezwan tiada di bilik kawalan kapal GAIA.

" Mana Ezwan ? " suaranya agak cemas sedikit, harap mudah-mudahan dia dan yang lain tidak ditangkap mahupun berada di sana. 

" Kapten dan pasukan penyelamat berada di kapal BLEU, tuan " jawap Lee Yong. 

Di saat itu jua cahaya merah bekerlipan di terminal Ikmal, menandakan sesuatu yang tidak kena. 

" Lee Yong, transmisi kita sedang dipantau..." katanya sambil melihat semula ke arah Laksamana Rudin.

Rudin sedar akan situasi yang dihadapi mereka sekarang. Masakan tidak dia sanggup meninggalkan bumi dengan segera tanpa berlengah-lengah lagi setelah diketahuinya rahsia yang tidak disangkanya itu. Ancaman yang dia bakal terima tidaklah sebesar ancaman yang akan mereka semua tempuhi di masa akan datang andai rahsia ini tidak dibendung dan diselesaikan dengan seberapa segera. Setakat ini, dia dan beberapa orang pegawai pusat pentadbiran Angkasa sahaja yang tahu. Malah cubaan dia untuk melaporkan terus pada Majlis dan Pengerusi Angkasa teramat sukar disebabkan gerak gerinya yang terbatas, apatah lagi apabila dia termasuk dimasukkan ke hospital atas alasan kesihatan. 

Tapi itu adalah angkara mereka yang berkomplot untuk menutup mulutnya dari behubung terus dengan GAIA. 
Kesempatan yang dia perolehi sehari yang lepas terus diambilnya. GAIUS yang berpangkalan di stesen pemantauan Angkasa Bulan terpaksa digunakannya untuk sampai ke tempat terkini. Sebolehnya dia tak nak menggunakan GAIUS kerana kapal ini bersifat beta prototaip dan tidak dilengkapi perisai yang lengkap serta senjata. Andai berada dalam keadaan bahaya seperti sekarang, ibarat nyawaynya di hujung tanduk.

" Lee Yong, aku akan transport diri sendiri dan beberapa pegawai aku ke sana sekarang! Bila dah pasti, terus pecut laju ke planet Pluto " katanya terus tanpa berlengah-lengah.

Sebelum Lee Yong ingin mengatakan sesuatu, transmisi tersebut terus terputus. 

ALERT! ALERT! ALERT!

" Lee Yong! Senjata AXION telah diaktifkan dan akan mula menyerang kita dan GAIUS dalam tempoh 2 minit lagi. Jarak mereka dalam 50 ribu kilometer sahaja!" Ikmal cemas.

Senjata AXION dilengkapi oleh meriam plasma yang kuat dan juga torpedo photon. Perisai GAIA takkan bertahan lama andai diserang sebanyak 2 kali menggunakan meriam plasma tersebut.

" Ramis! Siap sedia ! " ujarnya pada Ramis. Pelik, Ramis tidak berganjak langsung. Apa jadi pada dia ni?? 

"GAIUS dalam jarak transport sekarang! " kata Ikmal lantas dengan tidak semena-mena 3 cahaya menyinari ruang kiri bilik kawalan tersebut.
Laksamana Rudin dan 2 orang pegawainya berjaya transport masuk ke GAIA tanpa sebarang masalah.

" Ikmal, sekarang! "arah Lee Yong. 

Serentak itu Ikmal gerakkan aras kemudian warp ke paras 6. GAIA lantas hilang dengan segera dari ruang angkasa tersebut dengan pantas meninggalkan AXION. Namun AXION berjaya mengekori mereka dengan kelajuan warp 5 ya. Mereka masih tidak dapat mengelakkan diri darinya.

"Kenapa tak guna warp 8 terus? " tanya Rudin. Sambil matanya terpandang ke arah Ramis dengan riak yang keliru. Dia tiba-tiba teringat sesuatu, namun mengendahkannya sementara menunggu jawapan dari Lee Yong.

" Imbangan reaktor warp mengalami masalah dan hanya boleh memecut selaju warp 5 sahaja. Saya masih menunggu laporan dari Raymond, penolong ketua jurutera tapi masih lagi takda jawapan darinya. " Bicara Lee Yong. Raymond mana...fikirnya. Ada masalah lain ke timbul?...

Rudin sekadar mendiamkan diri. Sabotaj? Ikutkan apa yang dia tahu, ada orang tertentu di dalam GAIA yang bertindak sebagai sabotaj. Tapi...
Dia berpaling pada pegawainya yang sedang memantau log jurutera dari terminal milik Ismail. 

" Bagaimana keadaannya, Nazeem? " tanya Rudin pada Nazeem selaku Pegawai Operasi dan Teknikal yang berpengalaman dalam bab kejuruteraan.

Walaupun Nazeem kelihatan agak muda dan sedikit lembut, namun permikiran dan tindakannya mencerminkan seorang yang matang apatah lagi dengan gaya mengenakan cermin matanya mirip seorang model.

" Sistem kejuruteraan GAIA amnya tiada masalah. Cuma ketidakseimbangan yang berlaku di imbangan injap reaktor warp tidak selari dengan saluran tenaga dari reaktor dual-matter. Ada konduit tertentu yang telah dinyah-aktifkan menyebabkan tenaga tidak disalurkan dengan betul. " Terangnya dengan terperinci.

" Maksud awak ?.." Lee Yong sedikit sebanyak memahaminya. Namun inginkan kepastian terus.

" Nazeem, pergi segera ke sana dengan Riduan dan selesaikan secepat mungkin " arah Rudin tanpa memberi peluang untuk Nazeem menjawab soalan Lee Yong.

Rudin ingin mengawal keadaan seadanya sebaik mungkin. Dia tak pasti siapakah tali barut yang melakukan khianat atas GAIA dan andai kata dia tersalah kata di depan mereka semua termasuklah Lee Yong, kemungkinan usahanya untuk mencari tali barut tersebut tidak akan berjaya.

Yang penting sekarang, melepaskan diri daripada dikejar AXION dan merangka cara untuk mengelakkan GAIA dari dikesan-nya apabila sampai ke Pluto nanti.

" Tuan! " panggil Ikmal dengan cemas.

Rudin mendekati Ikmal di terminal pengemudi-nya. Lee Yong menoleh dan cuba mengatakan sesuatu pada Ramis, namun kelibatnya terus hilang.
Adakah dia pergi bersama-sama dengan Nazeem dan Riduan ke bilik jurutera?....Fikirnya. Ada sesuatu yang pelik dan tak betul dengan Ramis..
Masalah ke.. kurang pasti. Dengan tidak semena-mena, dia seakan menerima kejutan. Dia ke?? 

" GAIUS!!".....Rudin mengeluh, sedih...

" Tuan? "

" Lee Yong, GAIUS baru sahaja dimusnahkan oleh AXION....." kata Ikmal dengan perlahan.

Rudin terduduk seketika di atas kerusi yang diduduki oleh Ezwan sebelum ini. Dia sememangnya sedar akan bahaya tersebut namun dia tetap kesal.
GAIUS yang dikemudikan oleh Khairil terpaksa menjadi korban demi kepentingan masa depan semua. Khairil yang merupakan anak saudara kepada rakan karibnya Khaidir amatlah berkeras hati untuk membantu Rudin dalam perkara ini walaupun dia cuba sedaya upaya menolaknya. Tapi dia sedar hanya Khairil dan Ikmal sahaja merupakan pengemudi kapal yang dianggap paling berbakat dalam ANGKASA.

Dia mengenggam tangan kanannya dengan erat. Hatinya amat berat, namun dia harus selesaikan semua ini.

" Ezwan, tunggu aku..." 

No comments:

Post a Comment