Gerak tapak kaki mengelilingi meja bedah yang baru sahaja selesai digunakannya. Kolam darah merah masih lagi bertompok di atas lantai sedia ada, dengan cebisan organ dalaman manusia yang telah dikeluarkan tadi, dari badan lelaki yang tidak bernasib baik itu.
Tampak senyuman terukir di bibirnya, seakan puas dengan apa yang baru dilakukannya. Rambut perang yang menyentuh paras bahunya dibelai manja.
Apa yang kini perlu dilakukan hanyalah menunggu. Menunggu ketibaannya sahaja.
Bentuk badannya kurus namun ketinggiannya yang ada ibarat seorang model yang sangat jelita dan seksi. Rupanya pada 13 tahun yang lepas masih lagi kekal sedia ada tanpa sebarang perubahan. Namun apa jua ingatan dan keperibadian yang ada sebelum ini, telahpun menjadi kosong. Dia hanyalah ibarat seorang manusia yang dikawal dan diprogramkan untuk melakukan aa yang perlu.
---
Rohaizah serta yang lain berjaya masuk ke dalam bilik perubatan tersebut. Imbasan bio yang menunjukkan 3 orang yang masih bernyawa masih terpapar di trikodernya itu. Didapati 2 orang daripada mereka terlantar di atas katil yang sedia ada manakala seorang lagi terduduk sambil menyandari dinding bertentangan katil tersebut. Vani mengenali wanita yang menyandar itu sebagai Nora.
"Nora?! " Segera dia merapatkan diri ke arah Nora.
Nora ibarat dalam keadaan separuh sedar dan kurang bermaya. Namun dia masih dapat mengenali Vani dengan sebaik mungkin.
"Va..ni?"
"Apa dah jadi Nora?"
Nora sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. Peluh jelas kelihatan membasahi dahinya itu. Matanya terlelap semula.
Vani berasa gelisah dengan apa yang dilihatnya kini. Apa dah jadi pada Nora? Dia berpaling ke arah 2 katil yang dihuni oleh seorang lelaki dan perempuan.
Lelaki itu memang sudah berada di sana, sebelum kedatangan ARCO. Ikutkan dari tanda lencana uniform, dia adalah krew kapal LIMITLESS.
Manakala wanita di sebelahnya langsung tidak beruniform, sekadar berpakaian biasa sahaja dengan kemeja lengan panjang dan berseluar track hijau.
Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu. Tidak diketahui asal usulnya perempuan itu.
Rohaizah melakukan pemeriksaan ke atas mereka bertiga. Disahkannya Nora mengalami dehidrasi kerana kekurangan bekalan air dan juga sedikit demam. Suhu badannya menghampiri 38 celcius. Namun dia tidak berjaya mendapat sebarang maklum balas atau apa-apa bacaan kesihatan daripada 2 orang yang lain tersebut. Kosong sahaja. Rosak ke tablet trikordernya?
Nathan sekadar memeriksa keseluruhan bilik perubatan tersebut. Tidaklah besar namun sederhana saja saiznya. Di sebelah bilik pemeriksaan, ada juga bilik pembedahan yang terletak di belakang. Gelap gelita suasanannya namun tiada apa yang mencurigakan.
Nik cuba menghubungi Ezwan melalui alat komunikatornya namun tiada maklum balas. Kurang pasti apa yang sudah berlaku sekarang.
Tiada apa yang boleh dilakukan mereka di situ kecuali menanti arahan selanjutnya dari Ezwan. Dia dengan Lee sekadar mengamati sekeliling, cuba memahami apa yang patut dilakukan sekarang.
Serentak dengan itu jua, salah seorang dari yang terlantar itu sedar dengan serta merta. Jeritan seorang wanita bergema, namun berjaya ditenangkan sepantas mungkin oleh Rohaizah. Wanita yang berambut panjang itu seperti dalam keadaan histeria, meronta-ronta. Tetapi dia kembali tidak sedarkan diri seketika kemudian tanpa sebarang sebab.
"Kenapa perempuan ni, Rohaizah? " tanya Nik yang membantunya memegang tangan perempuan itu.
"Tak tahulah Nik. Pelik. " jawabnya sambil memeriksa semula tabletnya. Imbasan bio kini menunjukkan hasil statistik keadaan perempuan itu.
"Erm. Tadi takda, sekarang ada.." bisik hatinya.
Dengan serta merta, lampu di aras 3 itu tetiba menjadi gelap menyebabkan hanya lampu kecemasan sahaja yang menyinari bilik perubatan itu.
Masing-masing gelisah, lalu Nathan bergerak segera ke arah pintu masuk. Dia taknak ambil sebarang risiko yang berbahaya lalu memastikan pintu itu dikunci dari dalam.
"....dia..datang...."
Ayat itu terkeluar dari mulut perempuan tersebut. Ibarat sedar dengan apa yang sedang dan akan berlaku.
Mereka yang lain agak terkejut dengan apa yang didengari mereka. Suara wanita itu walaupun agak perlahan dan seakan-akan sera, namun ia mudah didengari oleh semua yang lain. Suasana menjadi lebih sunyi. Yang ada hanyalah bunyi nafas mereka sendiri.
Lee berada hampir dengan Rohaizah, yang sedang memeriksa keadaan fizikal dan kesihatan wanita tersebut. Dia mengamati gerak geri wanita itu yang seakan berusia muda, namun tidak. Anggapnya wanita itu berumur dalam awal 30-an.
"Siapa awak?" soalnya, sifat ingin tahu.
Wanita itu hanya terkebil-kebil. Kurang faham dengan soalannya. Namun dia juga berasa janggal kerana dia sendiri pun tak pasti jawapan kepada soalan itu.
Dia tidak ingat langsung bagaimana dia boleh berada di situ, dan siapakah dirinya. Yang dia ingat hanyalah nama, sekadar nama.
"...saya...? "
"Ya, siapa nama awak? Adakah awak ahli krew LIMITLESS ataupun ARCO? "
Pelik...LIMITLESS dan ARCO? Nama orang ke atau tempat?.. Dia tertawa dengan sendirinya.
Lee ingin bertanyakan semula namun dia dihentikan oleh Rohaizah, sekadar mengelengkan kepalanya sebagai tanda isyarat.
Wanita itu baginya seperti dalam keadaan trauma. Namun dia juga berasa pelik dengan ayat yang dinyatakan-nya tadi. Dia datang? Siapa?
"Farah. Nama saya Farahliza Basri..."
"Dia bukan krew kapal LIMITLESS mahupun ARCO! " ujar Vani dengan tiba-tiba.
"Shhh!!!!"
Nathan mengisyaratkan kepada semua supaya senyap. Ada sesuatu yang sedang bergerak di luar bilik perubatan itu.
Tapi dia tak dapat pastikan. Cuma geseran yang makin lama makin jauh dari tempat mereka berada.
Sunyi seketika.
"Kenapa u kata gitu?" celah Nik.
"Sebab dialah yang dijumpai dari sebalik pintu dimensi nebula itu!"
Tergamam jua mereka semua di sana kecuali Vani. Wanita ini datangnya dari sebalik nebula kuadran 1? Kenapa bentuknya adalah manusia?
Dari segi imbasan bio, tiada apa-apa yang membezakan struktur anatomi wanita tersebut daripada manusia yang lain. Segalanya normal sahaja.
Dan apa kesudahan kajian perubatan yang dijalankan..
"Saya Farah. Farahliza Basri..." diulanginya wanita itu. Seperti sedang mengingati sesuatu.
Kenapa namanya hampir sama dengan Farahliza Asyikin??..
No comments:
Post a Comment