Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Saturday, December 15, 2012

Bab 23 - Unknown Event!


LIMITLESS mempunyai sekurang-kurangya 10 aras atau amnya dipanggil sebagai dek. Dek 10 adalah bridge kapal tersebut, dek 5 bilik komunikasi dan senjata, dek 3 bilik perubatan dan juga makmal sains. Dek 9 hingga ke 7 adalah dek krew, manakala dek 6 kawasan istirehat dan juga kafetaria. Dek 4 bilik kargo manakala dek 2 bilik pengangkutan. Dek 1 pula secara amnya adalah kosong...

Dihampiri mereka bilik makmal tersebut dengan penuh berhati-hati. Pintu masuknya jelas terbuka ..Dsinari cahaya lampu yang berwarna kekuningan.
Ismail serta Jasmin melangkah masuk perlahan-lahan di samping melihat sekeliling ruang bilik yang dimasuki. Gelas cermin menjadi pendinding yang memisahkan ruang tersebut dengan ruang di sebelah kirinya. Kertas dan tablet sains bertempiaran di lantai manakala ada monitor yang pecah dan terminal yang terbakar, ibarat baru sahaja dimusnahkan. 

Ezwan sekadar meneliti meja pemeriksaan dan juga beberapa kiub gelas yang terletak di sebelah kanannya. Sejuk suasananya. Basah dan melekit, ibarat lendir atau cecair suatu bahan eksperimen. 

"Kapten" 

"Ya Jasmeen. Jumpa apa-apa tak?"

"Takda benda kat sini. Tapi ada 2 tanda bio di peghujung bilik makmal di sebelah kiri, kurang dari 50 meter."

Makmal sains ni benar-benar luas dan besar, fikir Ezwan.

"Salah satu tanda bio-nya menunjukkan keadaan yang lemah, mungkin cedera " terang Jasmeen lagi.

Siapa yang cedera?... 

"Bergerak dengan penuh berhati-hati" arah Ezwan sambil merapatkan diri dengan Ismail yang sedang leka meneliti nota-nota yang berterabur di situ.

"Ismail? "

"Kapten, nota yang sedia ada menunjukkan kajian berkenaan sub-ruang angkasa yang sangat menakjubkan. " Perasaan yang digambarkan amatlah ceria seperti dijumpainya suatu penemuan yang bakal merubah sains selama-lamanya.

Ezwan meneliti jua nota tersebut. Kajian algoritma, fizik, kuantum mekanisma dan sebagainya. Dia cuba menghayati nota-nota tersebut namun dia bukanlah orang yang amat mahir dalam memahaminya. Cuma sekadar digelengkan kepalanya, lalu bergerak melepasi Ismail.

"Ikut aku Ismail" 

Ismail menuruti saja arahan Kapten-nya ke ruang bilik yang sedikit kecil di sebelah kiri. Malap sedikit lampu di bilik tersebut dengan keadaan yang hampir serupa dengan bilik yang terdahulu. Cuma kali ini terjumpa mereka mayat seorang manusia yang telahpun reput, sukar untuk dikenali sama ada lelaki mahupun perempuan. Berpakaian serba putih seperti doktor makmal sains. Mungkin mati 2 tahun yang lepas...fikir Jasmeen.

Bau busuk menyelubungi ruang bilik tersebut, membuatkan Ezwan dan yang lain terasa mual dan seakan nak muntah. Datangnya bau tersebut adalah dari ruang bilik yang ketiga dan yang terakhir sekali. Tempat di mana beradanya 2 tanda bio tadi.

Yang peliknya ruang bilik tersebut kosong tanpa sebarang peralatan mahupun meja dan sebagainya. Yang ada ada di lantai adalah cebisan-cebisan mayat yang dah reput serta kesan darah yang pekat, serta berbau hanyir. Terdapat beberapa batang tubuh manusia yang telahpun separa hancur dengan tiadanya kepala mahupun tangan dan kaki. 

Di penjuru bilik tersebut yang menghala sedikit ke arah kiri, adanya satu ruang pintu kecil yang sedikit tertutup dan bercahaya malap. Manakala di luar pintu itu adanya tubuh 2 entiti ULF yang telahpun mati dengan 4 das tembakan di bahagian tubuhnya. Kesan tembakan itu masih lagi dianggap baru kerana wap panas hasil dari rifle laser masih lagi berkepul di tubuh berkenaan.

"Ya Allah, apa yang terjadi kat sini?" Ismail benar-benar terkejut dengan apa yang dijumpai mereka .

Ibarat suatu kejadian genocide dengan pembunuhan beramai-ramai. Kalau diikutkan, mayat yang sedia masih kira dalam tempoh beberapa bulan ini berdasarkan kadar pereputan. Adakah mereka semua ini dibunuh oleh entiti ULF tersebut?...

Ezwan cuma mengharap kecelakaan sedemikian tidak menimpa Deena. Dia tidak sanggup untuk menerima hakikat sebegini, mati sebegitu sahaja.
Jasmeen mengambil langkah ke hadapan sambil meneliti sebaik mungkin keadaan bilik tersebut. Tika itu jua, suatu lembaga muncul dari bilik kecil tersebut dan mengeluarkan cahaya laser dari rifle-nya. Jasmeen cuba mengelak namun terlambat.

Dia tersungkur ke lantai, sakit, manakala darah mulai mengalir dari rusuk kirinya. Ezwan tergamam lalu menembak lembaga tersebut. Tembakannya tepat mengena tangan kanan lembaga tersebut lalu ianya mengerang kesakitan. Jeritan seorang lelaki...

"Jangan tembak!" jerit seorang wanita yang muncul di hadapan lembaga tersebut. 

Ezwan sedikit sebanyak mengecami wanita tersebut. Ditemuinya 6 bulan yang lepas di bulan Titan, Dr Eliza. Ismail segera mendapatkan Jasmeen, memeriksa kecederaannya. Parah. Dia mengenakan gel trauma yang diperolehi dari Rohaizah tadi untuk menghentikan pendarahan yang dialami oleh Jasmeen.
Jasmeen mengerang, sakit yang teramat sangat. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan kesakitan yang dialaminya. Seumur hidup, inilah kali kedua dia ditembak ketika bertugas. Kali pertama 3 tahun yang lepas ketika berunding dengan seorang penjenayah yang cuba mencuri kapal kargo berdekatan planet Zuhal. Namun, tembakan tersebut hanya menguris bahu kirinya.

Lembaga yang ditembak oleh Ezwan sekadar menyandarkan diri di tepi dinding. Dr Eliza sekadar membalut luka tangan kanannya yang berlumuran darah. 
Lembaga itu kelihatan parah bukan dari tembakannya itu, tapi seperti dari serangan yang dialaminya sebelum ini. Kesan cakaran, mungkin dari entiti ULF tersebut. 

"Dr Eliza! Boleh terangkan pada saya apa yang sedang berlaku di sini! Dan siapa lelaki itu?! " 

Dr Eliza sekadar berdiam diri. Optikal disk yang dipegang tangan kirinya segera dimasukkan ke dalam baju, lalu disembuyikan di sebalik baju dalamnya.
Dia bangun lalu berpaling semula ke arah Ezwan, cuba memikirkan jawapan yang terbaik tanpa memberikan apa-apa maklumat yang boleh membahayakan dalang di sebalik semua ini. Tapi, adakah ia berbaloi...? Kerana disebabkan ini juga, ramai krew ARCO dan ARGO yang menjadi mangsa dan dia juga hampir menjadi korban. Kalau bukan kerana Komander Dino, mungkin dia telah lama mati di sini.

Ismail sekadar membaringkan Jasmeen di atas lantai tersebut. Tiada apa yang boleh dilakukannya kini kecuali memerhatikan suasana sekeliling. 
Jasmeen tidak lagi sedarkan diri, pengsan... Mudah-mudahan dia boleh bertahan...Harap Ismail.

"Kapten Ezwan, saya benar-benar minta maaf tentang apa yang terjadi tadi " 

Dr Eliza bersuara sambil membetulkan posturnya sebaik mungkin. Dia dikenali oleh orang bawahannya sebagai seorang yang cekal dan tegas, dan tidak kenal erti putus asa. Wajahnya yang serius dengan pandangan yang tajam di sebalik cermin mata yang dipakainya. Rambutnya yang panjang pada mulanya diikat dengan rapi kini berada dalam keadaan yang kusut, melepasi paras bahunya.

"Siapa lelaki itu! Dan kenapa you dan krew ARCO di sini?!" 

"Lelaki di belakang saya ini adalah Komander Dino, komander bagi pasukan ARGO" 

"ARGO? Bukankah kamu sepatutnya berpangkalan di Titan? Kenapa berada di sini? Siapa yang arahkan kamu semua ? "

Mungkin ianya wajar untuk diberitahu tentang apa yang sedang berlaku dan puncanya, tanpa mengaitkan dalangnya..getus Eliza dalam hatinya.

"Kapten Ezwan, you tahu tak tentang Unknown Event? "

Soalan Dr Eliza mengejutkan Ezwan. Kenapa dia ungkitkan tentang Unknown Event...? Memori 13 tahun yang lepas..

"Tidak secara terperinci. Apa kaitan Unknown Event dengan ini semua ? "

Senyuman sinis terukir di bibir Dr Eliza.

"Semuanya yang berlaku sekarang adalah berpunca dari Unknown Event! "

No comments:

Post a Comment