Angkasa adalah suatu misteri yang luas, yang tiada hadnya dan sehingga kini masih menjadi pengejaran ribuan saintis untuk mengupas, mengkaji, menyelidik dan akhirnya menakluki.

Namun, adakah angkasa itu milik kita untuk dijadikan sedemikian?

Tuesday, December 25, 2012

Bab 27 - X5



“Bagaimana keadaan dia sekarang, Amylia? “ soal Zura sambil tekun menganalisa sampel sel kulit dari mayat manusia yang dikenalpasti sebagai ULF sebelum ini.

“Dah ok dah, kak Zura, “ balas Amylia. Dilihatnya Azlindah yang telahpun sedarkan diri.

“Mana .. Raymond..?” ditanya Amylia seraya cuba bangkit dari baringnya.

Hatinya kurang senang apabila termimpikan sesuatu yang buruk telah berlaku pada Raymond. Dia khuatir mimpi itu menjadi benar.

“Jangan risau yang bukan-bukan, Azlindah. Awak tu kena banyak berehat, takut andai luka sedia ada merekah semula, “ celah Zura.

Wajahnya berubah seketika apabila monitor terminal perubatannya memaparkan keputusan toksikologi. Dia terkejut, benar-benar terkejut. Mustahil, fikirnya.

--

“Bagaimana keadaannya sekarang, Nazeem? “ soal tegas Rudin melalui interkom. Masa dah kian hampir suntuk.

“Injap dan imbangan kuasa positif dan negative telah diselarikan dengan sebaik mungkin. Kuasa penuh dual-reaktor akan berfungsi sepenuhnya dalam tempoh 30 minit lagi, tuan, “ balas Nazeem dengan segera.

“Bagus. Saya nak kamu berdua pergi cari penolong jurutera sedia ada, Raymond di seluruh pelusuk kapal ini. Saya nak dia ditemui secepat mungkin, “ arah Rudin tanpa berlengah-lengah. Matanya hanya mengamati gerak geri Lee Yong yang kelihatan gelisah. Membisu sahaja tanpa berkata-apa pun.

“Baik tuan, “ balas Nazeem dan Firdaus.

Rudin bangkit dari kerusi kapten yang didudukinya tadi. Kerusi yang sebelum ini kerap diduduki oleh Ezwan. Dia sekadar berdiri sambil memandang ke arah visual hadapan. AXION masih lagi mengekori mereka, Tidak diserangnya, cuma diikut sahaja seperti menanti waktu yang sesuai.

Ikmal meneliti data sedia ada tentang kekuatan dan kelemahan AXION yang mungkin boleh digunapakai. Fokus dengan sepenuh perhatian sedia ada, di samping cuba melupakan apa yang berlaku awal tadi.

Kemusnahan kapal angkasa GAIUS dan pengorbanan Khairil begitu sahaja, tanpa sebarang usaha untuk menghentikannya. Mengapa mereka begitu kejam, dan apa yang mereka hendak sebenarnya. Tanpa diduga, perasaan takut dan sedih menyelubungi perasaan sanubarinya. Kematian Khairil, kematian seorang kenalan yang dikenalinya tika di Akademi Angkasa memberi kesan yang sedikit sebanyak mempengaruhinya kini. Dia nak selesaikan misi ini dengan segera dan kalau boleh balas dendam..

“ Lee Yong? “ suara Rudin menyapa Lee Yong yang masih terkejut.

Misi yang dianggap rutin kini menjadi satu misi yang menjadi persoalan besar bagi dirinya. Apa jua yang pernah dipercayakan sebelum ini tergantung kini. Tak tahu siapa yang boleh dipercayakan selain dari krew kapal GAIA. Malah baginya was-was untuk percayakan Laksamana Rudin jua..

“Tuan, apa sebenarnya sedang berlaku..? “ dipandangnya wajah lelaki yang berumur itu, walaupun baru hampir mencecah awal 40-an. Dahinya yang berkerut-kerut, penuh dengan garisan kulit yang sedikit berkedut.

“Seperti apa yang saya maklumkan kepada Ezwan dan kamu semua, misi ini adalah sulit. Sulit kerana implikasi yang sedia ada dan juga penglibatan pihak ketiga yang diketuai oleh Laksamana AD Zuki. “

Lee Yong tidak memberikan sebarang reaksi, malah dia hampir dapat mengagak sesuatu yang tak kena dengan Laksamana AD Zuki.

“Ada satu projek rahsia yang sedang dirancangkan olehnya dan ianya disokong oleh beberapa orang tertentu yang berjawatan tinggi dalam ESF. Projek yang dipanggil NEBULA.”

Rudin berhenti sejenak. Apa yang dijumpainya data tentang projek NEBULA amatlah mengejutkannya. Perkara yang pernah berlaku semua ini, tidak disangka-sangka merupakan sebahagian daripada pelan awal projek ini termasuklah insiden Unknown Event.

“Lee Yong, semua yang pernah berlaku 13 tahun yang lepas adalah insiden terancang yang amat jahat! Ini termasuklah insiden Unknown Event. “ katanya dengan nada yang sedikit keras, dengan perasaan amarah dikawal sebaik mungkin.

Ikmal berasa terganggu dengan apa yang diperkatakan oleh Rudin. Dia beralih perhatian pada perbualan Rudin dengan Lee Yong. Sememangnya dia tak percaya langsung kerana selama ini dia difahamkan tentang kejadian Unknown Event sebagai titik permulaan penemuan entiti ULF.

“Saya tak percaya! “ ujarnya tiba-tiba.

“Memang sukar bagi kamu untuk mempercayainya, begitu juga dengan saya sebelum ini! “
Rudin bertegas.

“Bagaimana dengan penemuan ULF 1 dan juga kehilangan 500-800 orang, tuan? “ soal Lee Yong.

Rudin mengeluh berat. Ditariknya nafas yang perlahan-lahan.

“ULF 1 adalah hasil kajian pihak Laksamana AD Zuki dalam menggabungkan manusia dengan unsur ULF yang dijumpai mereka ketika misi tinjauan ke bima sakti.”

Tergamam Lee Yong dan Ikmal, masing-masing dengan riak wajah yang tak percaya langsung dengan apa yang didengari mereka berdua.

“Apa yang dijumpai oleh Deena sebelum insiden UE merupakan perancangan terancang yang memungkinkan segala-galanya. Ini termasuk juga dengan kehilangan Farah dan Lilah.. “  tertunduk seketika Rudin di ayat-ayat terakhir.

Farah dan Lilah. Tak disangkanya selama ini selama 13 tahun, rahsia kehilangan mereka berdua menjadi satu misteri yang tak pernah diselesaikan. Namun apabila terdedahnya maklumat sulit projek Nebula yang diperolehinya, dia tak boleh bayangkan langsung apa jua reaksi yang mungkin Deena akan rasai. Andai dia terjumpa mereka berdua.. Namun kehilangan BLEU menjadi satu persoalan baginya kerana ia tak termasuk dalam perancangan Laksamana AD Zuki.

“Lee Yong.” Suara Zura kedengaran di interkom, menyedarkan mereka dari pemikiran masing-masing.

“Ya Zura? “

“Keputusan toksilogi dah siap. U tak akan percaya apa hasilnya.”

“Beritahu je, “ sambil matanya berpandangan dengan Rudin dan Ikmal.

“X5!”

Sunday, December 23, 2012

Bab 26 - DIDI


“Mana entiti tu sekarang?”

Sekadar menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Dia memang tak tahu. Dia sebenarnya tak tahu langsung sama ada apa yang dikatakan tentang entity sebenar itu betul-betul benar atau tidak. Kerana dia hanya ketahui perkara ini daripada Laksamana AD Zuki.

Baru sahaja Ezwan ingin bertanyakan terus soalan, dia terdengar bunyi geseran yang kuat menghampiri mereka. Ismail berpaling sambil mengamati apa jua gerak geri yang mungkin ada dari bilik sebelah. Lampu yang malap tadi terus tak bernyala sejak dari tadi tanpa sebarang sebab.

Riak muka Dr Elizabeth segera berubah secara tiba-tiba. Mulutnya ternganga dengan matanya terbeliak serta merta. Darah mula mengalir dari bahagian dadanya ibarat suatu tikaman yang tajam membelah.

Ezwan dan Ismail terkejut dengan apa yang disaksikan mereka. Komander Dino telah menerkam pisau tentera kecilnya ke tubuh Dr Eliza dari belakang dengan tak semena-mena. Wajahnya yang bengis jelas terpancar, penuh amarah.

Tiada apa jua yang mampu dikatakan oleh Dr Eliza. Kesakitan yang dialaminya sekarang yang tidak pernah disangkakan sebelum ini telahpun berlaku ke atas dirinya. Bukan mati diserang oleh entiti ULF, tapi mati dibunuh oleh lelaki yang sedang dia lindunginya. Kenapa..?

Robekan pisau itu menamatkan nyawa perempuan itu dengan begitu sahaja tanpa sebarang sebab. Ezwan serta merta mengacu senjata riflenya dan cuba menembak namun tiada kesan apa-apa. Rifle lasernya telah kehabisan kuasa secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Ditolehnya ke belakang.

Ismail cuba juga untuk menembak Dino dengan senjata milik Jasmeen namun tidak berjaya juga. Kuasa senjata tersebut terus menjadi kosong dengan tidak semena-mena.

“Hahaha!” ketawa lelaki bengis itu sambil menolak tubuh Dr Eliza ke atas lantai.

Tangan kirinya seperti memegang satu alat kecil yang tidak dikenali. Ismail cuba mengenalpasti alat tersebut namun cahaya yang ada di dalam bilik menyukarkan usahanya.

“Jangan risau. Kamu berdua akan mati juga sekejap lagi, tapi bukan sekarang.”

Dia membetulkan posturnya sambil bergerak menghampiri tubuh Dr Eliza.  Optikal disk yang berada di atas lantai itu diambilnya denga mudah, langsung tak menampakkan sebarang kecederaan yang dialaminya tadi.

Keadaan sekarang agak getir bagi Ezwan, Ismail dan juga Jasmeen. Secara fizikal, Dino yang sememangnya lebih besar dan kuat dari mereka pasti dengan mudah akan menewaskan mereka berdua. Tapi dia percaya sebesar mana pun tetap akan tewas.

“Kau, kenapa badan kau tampak ok je? Mustahil kecederaan kau dapat sembuh sendiri? “ soal Ismail kurang percaya dengan apa yang dilihatnya.

Luka cakaran di bahagian rusuk kirinya dan juga dari tembakan Ezwan tadi patutnya dah mencederakan Dino secara serius, tapi kini semua luka itu jelas hilang begitu sahaja.

“Haha, sebabnya mudah. Kebolehan struktur genetic yang digubah melalui kaedah TREKS membolehkan aku dengan mudah mengawal sistem imunasi dan membolehkan proses penyembuhan lebih cepat dari manusia biasa “ katanya dengan penuh bongkak.

Dia melihat seketika jam di tangan kirinya itu. Kiraan masa dah nak tamat tak lama lagi. Aku tak boleh lengah-lengah lagi kat sini..


“Kenapa kau bunuh Dr Eliza? Bukankah kamu berdua dari kumpulan yang sama? “ Ezwan bertegas dengan soalan ini. Tak kira pun apa jua jawapannya.

“Senang cerita. Dia itu ibarat buah catur dalam permainan ini. Boleh dihapuskan apabila tiba masanya. Lagipun aku dah menyampah dengan bebelan dia dan malas nak tunggu. Jadi senang cerita, bunuh terus. “

Binatang! Ezwan benar-benar tercabar dengan apa yang diperkatakan oleh Dino itu. Sanggup saja memperlakukan Dr Eliza sedemikian rupa. Langsung tidak ada sifat kemanusiaan!

Bunyi geseran kedengaran semula, mematikan riak riang dari muka Dino. Dia berpaling kea rah dinding yang disandarinya tadi. Kosong.. Sunyi.. Mungkin takda benda kot. Lagipun tiada lagi ULF. Dia tersenyum semula, lalu menoleh semula ke arah Ezwan dan Ismail. Hatinya tertawa kerana dimainkan oleh perasaannya sendiri.

ZUPP!

Mulutnya ternganga, matanya tak berkelip. Pucat serta merta. Pandangannya ke arah Ezwan tiba-tiba menyenget ke arah kiri tanpa sebarang sebab, ditemani oleh percikan darah merah yang pekat.

Ezwan dan Ismail tergamam dengan apa yang berlaku.

“Ismail, bawa Jasmeen lari sekarang ke bilik perubatan tu. GO!!!”

Dengan penuh ketakutan Ismail mengangkat Jasmeen sedaya upaya, walaupun berat macam mana pun. Ezwan yang berada di belakangnya menyusul seketika. Dia tidak dapat melupakan apa yang disaksikannya tadi.

Kepala Dino bercerai dari tubuhnya dengan mudah apabila diterkam oleh ULF yang muncul dari belakang dinding itu. Apa yang dia tahu UF tersebut agak besar secara fizikal berbanding dengan keadaan Anie, yang agak kecil dan sederhana.
Namun dia lagi terperanjat apabila muka yang muncul di celah rekahan dinding yang dipecahkan oleh ULF itu benar-benar mirip salah seorang krew kapal GAIA.  Didi??

Ya Allah, apa dah jadi. Didi …


Wednesday, December 19, 2012

Bab 25 - Siapakah Kamu?


Gerak tapak kaki mengelilingi meja bedah yang baru sahaja selesai digunakannya. Kolam darah merah masih lagi bertompok di atas lantai sedia ada, dengan cebisan organ dalaman manusia yang telah dikeluarkan tadi, dari badan lelaki yang tidak bernasib baik itu.

Tampak senyuman terukir di bibirnya, seakan puas dengan apa yang baru dilakukannya. Rambut perang yang menyentuh paras bahunya dibelai manja.
Apa yang kini perlu dilakukan hanyalah menunggu. Menunggu ketibaannya sahaja.

Bentuk badannya kurus namun ketinggiannya yang ada ibarat seorang model yang sangat jelita dan seksi. Rupanya pada 13 tahun yang lepas masih lagi kekal sedia ada tanpa sebarang perubahan. Namun apa jua ingatan dan keperibadian yang ada sebelum ini, telahpun menjadi kosong. Dia hanyalah ibarat seorang manusia yang dikawal dan diprogramkan untuk melakukan aa yang perlu.

---

Rohaizah serta yang lain berjaya masuk ke dalam bilik perubatan tersebut. Imbasan bio yang menunjukkan 3 orang yang masih bernyawa masih terpapar di trikodernya itu. Didapati 2 orang daripada mereka terlantar di atas katil yang sedia ada manakala seorang lagi terduduk sambil menyandari dinding bertentangan katil tersebut. Vani mengenali wanita yang menyandar itu sebagai Nora.

"Nora?! " Segera dia merapatkan diri ke arah Nora.

Nora ibarat dalam keadaan separuh sedar dan kurang bermaya. Namun dia masih dapat mengenali Vani dengan sebaik mungkin. 

"Va..ni?"

"Apa dah jadi Nora?"

Nora sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. Peluh jelas kelihatan membasahi dahinya itu. Matanya terlelap semula.
Vani berasa gelisah dengan apa yang dilihatnya kini. Apa dah jadi pada Nora?  Dia berpaling ke arah 2 katil yang dihuni oleh seorang lelaki dan perempuan.
Lelaki itu memang sudah berada di sana, sebelum kedatangan ARCO. Ikutkan dari tanda lencana uniform, dia adalah krew kapal LIMITLESS. 
Manakala wanita di sebelahnya langsung tidak beruniform, sekadar berpakaian biasa sahaja dengan kemeja lengan panjang dan berseluar track hijau.
Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu. Tidak diketahui asal usulnya perempuan itu.

Rohaizah melakukan pemeriksaan ke atas mereka bertiga. Disahkannya Nora mengalami dehidrasi kerana kekurangan bekalan air dan juga sedikit demam. Suhu badannya menghampiri 38 celcius. Namun dia tidak berjaya mendapat sebarang maklum balas atau apa-apa bacaan kesihatan daripada 2 orang yang lain tersebut. Kosong sahaja. Rosak ke tablet trikordernya? 

Nathan sekadar memeriksa keseluruhan bilik perubatan tersebut. Tidaklah besar namun sederhana saja saiznya. Di sebelah bilik pemeriksaan, ada juga bilik pembedahan yang terletak di belakang. Gelap gelita suasanannya namun tiada apa yang mencurigakan.

Nik cuba menghubungi Ezwan melalui alat komunikatornya namun tiada maklum balas. Kurang pasti apa yang sudah berlaku sekarang. 
Tiada apa yang boleh dilakukan mereka di situ kecuali menanti arahan selanjutnya dari Ezwan. Dia dengan Lee sekadar mengamati sekeliling, cuba memahami apa yang patut dilakukan sekarang.

Serentak dengan itu jua, salah seorang dari yang terlantar itu sedar dengan serta merta. Jeritan seorang wanita bergema, namun berjaya ditenangkan sepantas mungkin oleh Rohaizah. Wanita yang berambut panjang itu seperti dalam keadaan histeria, meronta-ronta. Tetapi dia kembali tidak sedarkan diri seketika kemudian tanpa sebarang sebab. 

"Kenapa perempuan ni, Rohaizah? " tanya Nik yang membantunya memegang tangan perempuan itu.

"Tak tahulah Nik. Pelik. " jawabnya sambil memeriksa semula tabletnya. Imbasan bio kini menunjukkan hasil statistik keadaan perempuan itu.

"Erm. Tadi takda, sekarang ada.." bisik hatinya.

Dengan serta merta, lampu di aras 3 itu tetiba menjadi gelap menyebabkan hanya lampu kecemasan sahaja yang menyinari bilik perubatan itu.
Masing-masing gelisah, lalu Nathan bergerak segera ke arah pintu masuk. Dia taknak ambil sebarang risiko yang berbahaya lalu memastikan pintu itu dikunci dari dalam. 

"....dia..datang...."

Ayat itu terkeluar dari mulut perempuan tersebut. Ibarat sedar dengan apa yang sedang dan akan berlaku.
Mereka yang lain agak terkejut dengan apa yang didengari mereka. Suara wanita itu walaupun agak perlahan dan seakan-akan sera, namun ia mudah didengari oleh semua yang lain. Suasana menjadi lebih sunyi. Yang ada hanyalah bunyi nafas mereka sendiri.

Lee berada hampir dengan Rohaizah, yang sedang memeriksa keadaan fizikal dan kesihatan wanita tersebut. Dia mengamati gerak geri wanita itu yang seakan berusia muda, namun tidak. Anggapnya wanita itu berumur dalam awal 30-an. 

"Siapa awak?" soalnya, sifat ingin tahu.

Wanita itu hanya terkebil-kebil. Kurang faham dengan soalannya. Namun dia juga berasa janggal kerana dia sendiri pun tak pasti jawapan kepada soalan itu.
Dia tidak ingat langsung bagaimana dia boleh berada di situ, dan siapakah dirinya. Yang dia ingat hanyalah nama, sekadar nama. 

"...saya...? "

"Ya, siapa nama awak? Adakah awak ahli krew LIMITLESS ataupun ARCO? "

Pelik...LIMITLESS dan ARCO? Nama orang ke atau tempat?.. Dia tertawa dengan sendirinya.
Lee ingin bertanyakan semula namun dia dihentikan oleh Rohaizah, sekadar mengelengkan kepalanya sebagai tanda isyarat.
Wanita itu baginya seperti dalam keadaan trauma. Namun dia juga berasa pelik dengan ayat yang dinyatakan-nya tadi. Dia datang? Siapa?

"Farah. Nama saya Farahliza Basri..." 

"Dia bukan krew kapal LIMITLESS mahupun ARCO! " ujar Vani dengan tiba-tiba. 

"Shhh!!!!" 

Nathan mengisyaratkan kepada semua supaya senyap. Ada sesuatu yang sedang bergerak di luar bilik perubatan itu. 
Tapi dia tak dapat pastikan. Cuma geseran yang makin lama makin jauh dari tempat mereka berada. 

Sunyi seketika. 

"Kenapa u kata gitu?" celah Nik.

"Sebab dialah yang dijumpai dari sebalik pintu dimensi nebula itu!"

Tergamam jua mereka semua di sana kecuali Vani. Wanita ini datangnya dari sebalik nebula kuadran 1? Kenapa bentuknya adalah manusia?
Dari segi imbasan bio, tiada apa-apa yang membezakan struktur anatomi wanita tersebut daripada manusia yang lain. Segalanya normal sahaja.
Dan apa kesudahan kajian perubatan yang dijalankan..

"Saya Farah. Farahliza Basri..." diulanginya wanita itu. Seperti sedang mengingati sesuatu.

Kenapa namanya hampir sama dengan Farahliza Asyikin??..

Sunday, December 16, 2012

Bab 24 - Kebenaran ?


Unknown Event (UE) adalah detik permulaan yang menemukan Ezwan dan juga Deena, 13 tahun yang lepas. Dan disitu jugalah bermulanya pelbagai perkara tidak dijangkakan akan berlaku sehingga menyumbang ke hari ini.

"13 tahun yang lepas, 9 lokasi yang berlainan di serata dunia telah dicerobohi oleh suatu kuasa asing yang menyebabkan kehilangan 500 - 800 orang penduduk. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku, namun berdasarkan laporan saksi yang ada, kesemua penduduk itu telah diculik oleh entiti ULF yang bermata tiga"

Ya, sedikit sebanyak dia dimaklumkan oleh Deena tentang kebarangkalian tersebut. Cuma tidak dapat dipastikan dengan lebih lanjut..
Diperhatikan lebih lanjut gerak geri Dr Eliza yang kekal berdiri di hadapan Kommander Dino. Lelaki yang berbadan gempal dan berkepala semi botak itu termengah-mengah. Nyata kecederaan-nya makin parah. Sambil itu Ezwan juga melihat keadaan Jasmeen yang sudahpun pengsan. Harapannya moga Jasmeen terlepas dari cengkaman maut..

"Pihak ESF secara rahsianya telah menjalankan pelbagai eksperimentasi untuk menyelidik tentang entiti ULF tersebut dan mempergunakan apa jua cara untuk melebarkan pengaruh mereka ke arah ruang angkasa lepas supaya tidak terbatas. Teknologi  yang baru berjaya dibangunkan dengan pesat dan pantas
demi mencapai cita-cita ini "

"Bukankah misi ESF itu lebih kepada eksplorasi angkasa lepas, meneroka dunia yang baru untuk kegunaan masa hadapan supaya kita sebagai manusia boleh berhijrah? " Ismail mencelah. Baginya itulah satu-satunya prinsip utama ESF apabila ia mula-mula ditubuhkan.

"Benar. Tapi apabila ditemuinya spesimen pertama ULF yakni ULF 1, semuanya berubah serta-merta. " jawabnya  dengan penuh sinis.

"ULF 1, Farah Asyikin? " tanya Ezwan untuk kepastian. 

"Betul itu, kapten Ezwan. Maklumlah, awak juga terlibat ketika peristiwa Unknown Event tersebut bersama-sama dengan cik Deena.." 

Serentak itu jua, fikiran Ezwan menjurus pada persoalan di mana Deena dan krew BLEU. Namun dia merasakan seeloknya biarlah Dr Eliza terangkan rahsia yang diketahuinya sebellum dia bertukar fikiran.

"Awak mesti tertanya-tanya kan di mana cik Deena itu sekarang.. " usik Dr Eliza, menguji kesabaran Ezwan.

"Awak tahu apa jadi pada krew BLEU semua ? " ujar Ismail yang jelas kurang sabar. 

Dr Eliza sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. 

"Kalau saya tahu pun, saya tak akan beritahu kamu. Tapi secara jujurnya saya tak tahu. " , sambil dia melihat jam digital di tangan kirinya. Seperti mengira masa atau menunggu...

Gerak gerinya mencurigakan Ezwan. Kesuntukan masa? Dia harus cepat, ketahui seboleh mungkin apa yang diketahui oleh Dr Eliza.

"Apa yang dah terjadi kat sini Dr Eliza? Dan mana krew ARCO semua?" 

Terdiam seketika. Dia sekadar mengeluh dengan hati yang berat. 

"LIMITLESS sebenarnya dihantar ke sini oleh pihak NASA di bawah naungan ESF pada 5 tahun yang lepas untuk mengkaji anomali yang sedia ada di penghujung kuadran 1 ini. Anomali tersebut berpunca dari ruang angkasa masa yang terbentuk dengan sendirinya yang mengakibatkan ketidak-stabilan graviti yang menyambungkan 2 titik kuadran menjadi 1. Secara teorinya ini adalah mustahil. "

"Kajian yang dilakukan oleh krew LIMITLESS berjaya membuka pintu dimensi tersebut. Namun kajian selanjutnya membuktikan ruang angkasa tersebut pernah terbuka dengan sendirinya pada tahun 2102 yakni ketika berlakunya UNKNOWN EVENT.  Pihak ESF percaya entiti ULF tersebut pernah melalui ke kuadran ini melalui pintu dimensi tersebut. "

"Namun apa yang terjadi kemudian sememangnya tidak dirancang. Kematian 16 orang krew LIMITLESS dalam tempoh 6 bulan tahun tersebut memaksa pihak ESF dengan projek khasnya TREKS yang diketuai oleh Laksamanal AD Zuki memantau terus planet ini dan menghapuskan apa jua entiti ULF yang muncul. "

"TREKS? Benarkah projek berkenaan benar-benar wujud? " ujar Ismail kurang percaya. Terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Entiti ULF sebenarnya adalah kosong, tidak berbentuk. Cuma kita boleh lihat ianya wujud melalui 3 cahaya mata yang terbentuk di ruang mukanya yang tak berwajah. "

Tak berbentuk? Kalau tak berbentuk, bagaimana dengan entiti ULF yang mereka jumpai sekarang....
Dr Eliza berasa berat untuk berkata selanjutnya, tampak titisan air mata sedikit mengalir..
Kesedihan di atas kematian Anie, Sanjit dan Femi teryata menguris hatinya. Apatah lagi mereka bertiga terpaksa dijadikan sebagai sebahagian entiti ULF.

"Yang kamu jumpai setakat ini adalah manusia yang telah dibunuh dan diasimilasi oleh entiti ULF tersebut... " katanya dengan perlahan.

Ezwan dan Ismail terkejut dengan kenyataan Dr Eliza. Diasimilasi. Bagaimana? Andai benar ianya diasimilasi, pasti entiti sebenar ULF itu berada di atas kapal LIMITLESS sekarang. Dr Eliza dapat mengagak apa yang ingin ditanya oleh mereka berdua.

" Betul. Ada satu entiti sebenar ULF berada di atas kapal ini. Ia jugalah yang telah membunuh krew kapal ARCO!" 

Saturday, December 15, 2012

Bab 23 - Unknown Event!


LIMITLESS mempunyai sekurang-kurangya 10 aras atau amnya dipanggil sebagai dek. Dek 10 adalah bridge kapal tersebut, dek 5 bilik komunikasi dan senjata, dek 3 bilik perubatan dan juga makmal sains. Dek 9 hingga ke 7 adalah dek krew, manakala dek 6 kawasan istirehat dan juga kafetaria. Dek 4 bilik kargo manakala dek 2 bilik pengangkutan. Dek 1 pula secara amnya adalah kosong...

Dihampiri mereka bilik makmal tersebut dengan penuh berhati-hati. Pintu masuknya jelas terbuka ..Dsinari cahaya lampu yang berwarna kekuningan.
Ismail serta Jasmin melangkah masuk perlahan-lahan di samping melihat sekeliling ruang bilik yang dimasuki. Gelas cermin menjadi pendinding yang memisahkan ruang tersebut dengan ruang di sebelah kirinya. Kertas dan tablet sains bertempiaran di lantai manakala ada monitor yang pecah dan terminal yang terbakar, ibarat baru sahaja dimusnahkan. 

Ezwan sekadar meneliti meja pemeriksaan dan juga beberapa kiub gelas yang terletak di sebelah kanannya. Sejuk suasananya. Basah dan melekit, ibarat lendir atau cecair suatu bahan eksperimen. 

"Kapten" 

"Ya Jasmeen. Jumpa apa-apa tak?"

"Takda benda kat sini. Tapi ada 2 tanda bio di peghujung bilik makmal di sebelah kiri, kurang dari 50 meter."

Makmal sains ni benar-benar luas dan besar, fikir Ezwan.

"Salah satu tanda bio-nya menunjukkan keadaan yang lemah, mungkin cedera " terang Jasmeen lagi.

Siapa yang cedera?... 

"Bergerak dengan penuh berhati-hati" arah Ezwan sambil merapatkan diri dengan Ismail yang sedang leka meneliti nota-nota yang berterabur di situ.

"Ismail? "

"Kapten, nota yang sedia ada menunjukkan kajian berkenaan sub-ruang angkasa yang sangat menakjubkan. " Perasaan yang digambarkan amatlah ceria seperti dijumpainya suatu penemuan yang bakal merubah sains selama-lamanya.

Ezwan meneliti jua nota tersebut. Kajian algoritma, fizik, kuantum mekanisma dan sebagainya. Dia cuba menghayati nota-nota tersebut namun dia bukanlah orang yang amat mahir dalam memahaminya. Cuma sekadar digelengkan kepalanya, lalu bergerak melepasi Ismail.

"Ikut aku Ismail" 

Ismail menuruti saja arahan Kapten-nya ke ruang bilik yang sedikit kecil di sebelah kiri. Malap sedikit lampu di bilik tersebut dengan keadaan yang hampir serupa dengan bilik yang terdahulu. Cuma kali ini terjumpa mereka mayat seorang manusia yang telahpun reput, sukar untuk dikenali sama ada lelaki mahupun perempuan. Berpakaian serba putih seperti doktor makmal sains. Mungkin mati 2 tahun yang lepas...fikir Jasmeen.

Bau busuk menyelubungi ruang bilik tersebut, membuatkan Ezwan dan yang lain terasa mual dan seakan nak muntah. Datangnya bau tersebut adalah dari ruang bilik yang ketiga dan yang terakhir sekali. Tempat di mana beradanya 2 tanda bio tadi.

Yang peliknya ruang bilik tersebut kosong tanpa sebarang peralatan mahupun meja dan sebagainya. Yang ada ada di lantai adalah cebisan-cebisan mayat yang dah reput serta kesan darah yang pekat, serta berbau hanyir. Terdapat beberapa batang tubuh manusia yang telahpun separa hancur dengan tiadanya kepala mahupun tangan dan kaki. 

Di penjuru bilik tersebut yang menghala sedikit ke arah kiri, adanya satu ruang pintu kecil yang sedikit tertutup dan bercahaya malap. Manakala di luar pintu itu adanya tubuh 2 entiti ULF yang telahpun mati dengan 4 das tembakan di bahagian tubuhnya. Kesan tembakan itu masih lagi dianggap baru kerana wap panas hasil dari rifle laser masih lagi berkepul di tubuh berkenaan.

"Ya Allah, apa yang terjadi kat sini?" Ismail benar-benar terkejut dengan apa yang dijumpai mereka .

Ibarat suatu kejadian genocide dengan pembunuhan beramai-ramai. Kalau diikutkan, mayat yang sedia masih kira dalam tempoh beberapa bulan ini berdasarkan kadar pereputan. Adakah mereka semua ini dibunuh oleh entiti ULF tersebut?...

Ezwan cuma mengharap kecelakaan sedemikian tidak menimpa Deena. Dia tidak sanggup untuk menerima hakikat sebegini, mati sebegitu sahaja.
Jasmeen mengambil langkah ke hadapan sambil meneliti sebaik mungkin keadaan bilik tersebut. Tika itu jua, suatu lembaga muncul dari bilik kecil tersebut dan mengeluarkan cahaya laser dari rifle-nya. Jasmeen cuba mengelak namun terlambat.

Dia tersungkur ke lantai, sakit, manakala darah mulai mengalir dari rusuk kirinya. Ezwan tergamam lalu menembak lembaga tersebut. Tembakannya tepat mengena tangan kanan lembaga tersebut lalu ianya mengerang kesakitan. Jeritan seorang lelaki...

"Jangan tembak!" jerit seorang wanita yang muncul di hadapan lembaga tersebut. 

Ezwan sedikit sebanyak mengecami wanita tersebut. Ditemuinya 6 bulan yang lepas di bulan Titan, Dr Eliza. Ismail segera mendapatkan Jasmeen, memeriksa kecederaannya. Parah. Dia mengenakan gel trauma yang diperolehi dari Rohaizah tadi untuk menghentikan pendarahan yang dialami oleh Jasmeen.
Jasmeen mengerang, sakit yang teramat sangat. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan kesakitan yang dialaminya. Seumur hidup, inilah kali kedua dia ditembak ketika bertugas. Kali pertama 3 tahun yang lepas ketika berunding dengan seorang penjenayah yang cuba mencuri kapal kargo berdekatan planet Zuhal. Namun, tembakan tersebut hanya menguris bahu kirinya.

Lembaga yang ditembak oleh Ezwan sekadar menyandarkan diri di tepi dinding. Dr Eliza sekadar membalut luka tangan kanannya yang berlumuran darah. 
Lembaga itu kelihatan parah bukan dari tembakannya itu, tapi seperti dari serangan yang dialaminya sebelum ini. Kesan cakaran, mungkin dari entiti ULF tersebut. 

"Dr Eliza! Boleh terangkan pada saya apa yang sedang berlaku di sini! Dan siapa lelaki itu?! " 

Dr Eliza sekadar berdiam diri. Optikal disk yang dipegang tangan kirinya segera dimasukkan ke dalam baju, lalu disembuyikan di sebalik baju dalamnya.
Dia bangun lalu berpaling semula ke arah Ezwan, cuba memikirkan jawapan yang terbaik tanpa memberikan apa-apa maklumat yang boleh membahayakan dalang di sebalik semua ini. Tapi, adakah ia berbaloi...? Kerana disebabkan ini juga, ramai krew ARCO dan ARGO yang menjadi mangsa dan dia juga hampir menjadi korban. Kalau bukan kerana Komander Dino, mungkin dia telah lama mati di sini.

Ismail sekadar membaringkan Jasmeen di atas lantai tersebut. Tiada apa yang boleh dilakukannya kini kecuali memerhatikan suasana sekeliling. 
Jasmeen tidak lagi sedarkan diri, pengsan... Mudah-mudahan dia boleh bertahan...Harap Ismail.

"Kapten Ezwan, saya benar-benar minta maaf tentang apa yang terjadi tadi " 

Dr Eliza bersuara sambil membetulkan posturnya sebaik mungkin. Dia dikenali oleh orang bawahannya sebagai seorang yang cekal dan tegas, dan tidak kenal erti putus asa. Wajahnya yang serius dengan pandangan yang tajam di sebalik cermin mata yang dipakainya. Rambutnya yang panjang pada mulanya diikat dengan rapi kini berada dalam keadaan yang kusut, melepasi paras bahunya.

"Siapa lelaki itu! Dan kenapa you dan krew ARCO di sini?!" 

"Lelaki di belakang saya ini adalah Komander Dino, komander bagi pasukan ARGO" 

"ARGO? Bukankah kamu sepatutnya berpangkalan di Titan? Kenapa berada di sini? Siapa yang arahkan kamu semua ? "

Mungkin ianya wajar untuk diberitahu tentang apa yang sedang berlaku dan puncanya, tanpa mengaitkan dalangnya..getus Eliza dalam hatinya.

"Kapten Ezwan, you tahu tak tentang Unknown Event? "

Soalan Dr Eliza mengejutkan Ezwan. Kenapa dia ungkitkan tentang Unknown Event...? Memori 13 tahun yang lepas..

"Tidak secara terperinci. Apa kaitan Unknown Event dengan ini semua ? "

Senyuman sinis terukir di bibir Dr Eliza.

"Semuanya yang berlaku sekarang adalah berpunca dari Unknown Event! "

Tuesday, December 11, 2012

Bab 22 - Korban!


Lee Yong sedang cuba memahami apa yang diterangkan kepadanya oleh Zura. Di samping meneliti keadaan 2 entiti ULF di atas meja autopsi tersebut.
Wajahnya tidak percaya pada mulanya. Dia sukar nak memahami kebenaran yang dikatakan oleh Zura sebentar tadi.

" Lee Yong. I harap u benar benar faham apa yang i terangkan pada u tadi. "

Zura memang skeptikal pada mulanya untuk beritahu perkara ini pada Lee Yong, namun dia harus. Krew yang lain juga harus tahu.

Ujian darah yang diperolehi dari kedua-dua entiti ULF tersebut di samping ujian DNA menunjukkan bahawa entiti tersebut sebenarnya adalah manusia secara zahirnya. Daripada autopsi yang dijalankan pula menunjukkan penceraian otot dan sendi lengan serta lutut secara pembedahan laser yang amat terperinci. 
Telinga dipotong, kepala dibotakkan dan lidah dipotong. Persepsi sensor tersendiri yang telah dihapuskan, untuk memudahkan kawalan pemikiran dan motor badan secara remote. 

Dijumpanya cip micro digital sd di belakang leher kedua-dua entiti tersebut mengesahkan lagi andaian dia. Ia merupakan peranti untuk perisian data yang bergabung terus ke reseptif otak, sebagai satu cara untuk merekod visual yang dirakamkan secara terus melalui mata ketiga yang dipasang di dahi...

Dari segi fisiologi, kebanyakkan organ utama telahpun dibuang termasuk jantung. Badan yang ada amnya kosong, tetapi mengandungi bendalir aneh yang menyelaputi rangka badan. Bendalir inilah yang membolehkan tubuh badan mereka menjadi halimunan. Zura kurang pasti apakah bendalir tersebut kerana keputusan toksilogi masih belum dapat memberikan jawapannya.

Amylia yang sedang menemani Azlindah tika itu tampak terkejut dengan apa yang didengarinya. Manakala Azlindah pula masih lagi dalam keadaan rehat dan tidak sedarkan diri.

" Lee Yong ! Sila datang ke bilik kawalan dengan segera!!! " interkom Ikmal dengan nada yang agak cemas.

Lee Yong tanpa membuang masa terus beredar dari situ. Perasaan takut mula menyelubunginya. 
Kalau entiti tersebut benar-benar adalah ULF, dia sekurangnya faham akan cabaran yang bakal dihadapi mereka.
Namun penjelasan yang didengarinya tadi tidak dapat diterimanya dengan tenang. Dia tidak pernah bayangkan yang entiti tersebut adalah manusia, MANUSIA!! Manusia yang telah diculik atau ditangkap, menjadi mangsa mengubahsuaian tanpa belas kasihan. Adakah mereka tika itu masih hidup atau dah mati ketika diubahsuai??...

Apabila difikirkan lagi, timbul tanda tanya tentang Didi. Jangan-jangan.....Oh tidak..

" Ikmal, report!" tegurnya apabila dia sampai ke bilik kawalan. 

" Ada talian komunikasi yang kita baru terima tadi, dan masih lagi on standby, " kata Ikmal. 

Wajahnya tampak ceria tapi kurang kepastian dengan situasi terkini. 

" Komunikasi? Dari Axion ke? " tanya Lee Yong. Sambil itu, anak matanya mencari-cari kelibat Raymond namun tak kelihatan. Dia berpaling pada Ramis yang sedari tadi kekal di posisi asal tanpa sebarang gerak geri. Kenapa Ramis ni...?

" Lebih baik u tengok sendiri Lee Yong, " ujar Ikmal. Serentak itu, visual komunikasi terpapar dan memperlihatkan seorang lelaki yang berpakaian putih dan berjalur perak.

" Laksamana Rudin? !" Lee Yong tertanya-tanya. 

Akhirnya berjaya juga dia hubungi Laksamana Rudin. Dia berasa gembira walaupun kegembiraan itu mungkin hanya bersifat sementara memandangkan pelbagai dugaan yang dia dan yang lain harungi kini.

" Salam sejahtera Lee Yong dan juga krew GAIA " katanya terhenti seketika apabila menyedari Ezwan tiada di bilik kawalan kapal GAIA.

" Mana Ezwan ? " suaranya agak cemas sedikit, harap mudah-mudahan dia dan yang lain tidak ditangkap mahupun berada di sana. 

" Kapten dan pasukan penyelamat berada di kapal BLEU, tuan " jawap Lee Yong. 

Di saat itu jua cahaya merah bekerlipan di terminal Ikmal, menandakan sesuatu yang tidak kena. 

" Lee Yong, transmisi kita sedang dipantau..." katanya sambil melihat semula ke arah Laksamana Rudin.

Rudin sedar akan situasi yang dihadapi mereka sekarang. Masakan tidak dia sanggup meninggalkan bumi dengan segera tanpa berlengah-lengah lagi setelah diketahuinya rahsia yang tidak disangkanya itu. Ancaman yang dia bakal terima tidaklah sebesar ancaman yang akan mereka semua tempuhi di masa akan datang andai rahsia ini tidak dibendung dan diselesaikan dengan seberapa segera. Setakat ini, dia dan beberapa orang pegawai pusat pentadbiran Angkasa sahaja yang tahu. Malah cubaan dia untuk melaporkan terus pada Majlis dan Pengerusi Angkasa teramat sukar disebabkan gerak gerinya yang terbatas, apatah lagi apabila dia termasuk dimasukkan ke hospital atas alasan kesihatan. 

Tapi itu adalah angkara mereka yang berkomplot untuk menutup mulutnya dari behubung terus dengan GAIA. 
Kesempatan yang dia perolehi sehari yang lepas terus diambilnya. GAIUS yang berpangkalan di stesen pemantauan Angkasa Bulan terpaksa digunakannya untuk sampai ke tempat terkini. Sebolehnya dia tak nak menggunakan GAIUS kerana kapal ini bersifat beta prototaip dan tidak dilengkapi perisai yang lengkap serta senjata. Andai berada dalam keadaan bahaya seperti sekarang, ibarat nyawaynya di hujung tanduk.

" Lee Yong, aku akan transport diri sendiri dan beberapa pegawai aku ke sana sekarang! Bila dah pasti, terus pecut laju ke planet Pluto " katanya terus tanpa berlengah-lengah.

Sebelum Lee Yong ingin mengatakan sesuatu, transmisi tersebut terus terputus. 

ALERT! ALERT! ALERT!

" Lee Yong! Senjata AXION telah diaktifkan dan akan mula menyerang kita dan GAIUS dalam tempoh 2 minit lagi. Jarak mereka dalam 50 ribu kilometer sahaja!" Ikmal cemas.

Senjata AXION dilengkapi oleh meriam plasma yang kuat dan juga torpedo photon. Perisai GAIA takkan bertahan lama andai diserang sebanyak 2 kali menggunakan meriam plasma tersebut.

" Ramis! Siap sedia ! " ujarnya pada Ramis. Pelik, Ramis tidak berganjak langsung. Apa jadi pada dia ni?? 

"GAIUS dalam jarak transport sekarang! " kata Ikmal lantas dengan tidak semena-mena 3 cahaya menyinari ruang kiri bilik kawalan tersebut.
Laksamana Rudin dan 2 orang pegawainya berjaya transport masuk ke GAIA tanpa sebarang masalah.

" Ikmal, sekarang! "arah Lee Yong. 

Serentak itu Ikmal gerakkan aras kemudian warp ke paras 6. GAIA lantas hilang dengan segera dari ruang angkasa tersebut dengan pantas meninggalkan AXION. Namun AXION berjaya mengekori mereka dengan kelajuan warp 5 ya. Mereka masih tidak dapat mengelakkan diri darinya.

"Kenapa tak guna warp 8 terus? " tanya Rudin. Sambil matanya terpandang ke arah Ramis dengan riak yang keliru. Dia tiba-tiba teringat sesuatu, namun mengendahkannya sementara menunggu jawapan dari Lee Yong.

" Imbangan reaktor warp mengalami masalah dan hanya boleh memecut selaju warp 5 sahaja. Saya masih menunggu laporan dari Raymond, penolong ketua jurutera tapi masih lagi takda jawapan darinya. " Bicara Lee Yong. Raymond mana...fikirnya. Ada masalah lain ke timbul?...

Rudin sekadar mendiamkan diri. Sabotaj? Ikutkan apa yang dia tahu, ada orang tertentu di dalam GAIA yang bertindak sebagai sabotaj. Tapi...
Dia berpaling pada pegawainya yang sedang memantau log jurutera dari terminal milik Ismail. 

" Bagaimana keadaannya, Nazeem? " tanya Rudin pada Nazeem selaku Pegawai Operasi dan Teknikal yang berpengalaman dalam bab kejuruteraan.

Walaupun Nazeem kelihatan agak muda dan sedikit lembut, namun permikiran dan tindakannya mencerminkan seorang yang matang apatah lagi dengan gaya mengenakan cermin matanya mirip seorang model.

" Sistem kejuruteraan GAIA amnya tiada masalah. Cuma ketidakseimbangan yang berlaku di imbangan injap reaktor warp tidak selari dengan saluran tenaga dari reaktor dual-matter. Ada konduit tertentu yang telah dinyah-aktifkan menyebabkan tenaga tidak disalurkan dengan betul. " Terangnya dengan terperinci.

" Maksud awak ?.." Lee Yong sedikit sebanyak memahaminya. Namun inginkan kepastian terus.

" Nazeem, pergi segera ke sana dengan Riduan dan selesaikan secepat mungkin " arah Rudin tanpa memberi peluang untuk Nazeem menjawab soalan Lee Yong.

Rudin ingin mengawal keadaan seadanya sebaik mungkin. Dia tak pasti siapakah tali barut yang melakukan khianat atas GAIA dan andai kata dia tersalah kata di depan mereka semua termasuklah Lee Yong, kemungkinan usahanya untuk mencari tali barut tersebut tidak akan berjaya.

Yang penting sekarang, melepaskan diri daripada dikejar AXION dan merangka cara untuk mengelakkan GAIA dari dikesan-nya apabila sampai ke Pluto nanti.

" Tuan! " panggil Ikmal dengan cemas.

Rudin mendekati Ikmal di terminal pengemudi-nya. Lee Yong menoleh dan cuba mengatakan sesuatu pada Ramis, namun kelibatnya terus hilang.
Adakah dia pergi bersama-sama dengan Nazeem dan Riduan ke bilik jurutera?....Fikirnya. Ada sesuatu yang pelik dan tak betul dengan Ramis..
Masalah ke.. kurang pasti. Dengan tidak semena-mena, dia seakan menerima kejutan. Dia ke?? 

" GAIUS!!".....Rudin mengeluh, sedih...

" Tuan? "

" Lee Yong, GAIUS baru sahaja dimusnahkan oleh AXION....." kata Ikmal dengan perlahan.

Rudin terduduk seketika di atas kerusi yang diduduki oleh Ezwan sebelum ini. Dia sememangnya sedar akan bahaya tersebut namun dia tetap kesal.
GAIUS yang dikemudikan oleh Khairil terpaksa menjadi korban demi kepentingan masa depan semua. Khairil yang merupakan anak saudara kepada rakan karibnya Khaidir amatlah berkeras hati untuk membantu Rudin dalam perkara ini walaupun dia cuba sedaya upaya menolaknya. Tapi dia sedar hanya Khairil dan Ikmal sahaja merupakan pengemudi kapal yang dianggap paling berbakat dalam ANGKASA.

Dia mengenggam tangan kanannya dengan erat. Hatinya amat berat, namun dia harus selesaikan semua ini.

" Ezwan, tunggu aku..."